9 Hari 7 Malam
Sarajevo / Mostar / Split / Plitvice / Dubrovnik/ Kotor / Zagreb
West Balkan : Bosnia, Croatia & Montenegro (9H7M) adalah pakej premium kumpulan kecil (10 pax) berkonsepkan Hub & Explore yang dijadualkan pada sekitar musim sederhana. Perjalanan satu hala yang efisien ini bermula dari Sarajevo (Bosnia), merentasi Kotor dan Budva (Montenegro), serta berakhir di Dubrovnik, Split, dan Zagreb (Croatia). Peserta hanya bertukar hotel tiga kali sepanjang perjalanan, sekali gus mengurangkan keletihan mengangkat bagasi. Pada anggaran harga RM9,780 (All-In), pakej ini menawarkan keselesaan kenderaan private charter sepenuhnya, kebebasan fotografi landskap musim sejuk, keunikan pasaran Krismas Eropah, serta penginapan strategik bertaraf 3-4★ termasuk sarapan pagi.
Split: Kota persisiran pantai Adriatik yang berpusatkan Istana Rom purba, Diocletian’s Palace (UNESCO). Terkenal dengan gabungan unik sejarah silam dan gaya hidup Mediterranean modern, kota ini menawarkan suasana santai di Riva Promenade yang dipenuhi deretan kafe, menjadikannya hab strategik untuk fotografi dan permulaan jelajah pulau sekitar.
Dubrovnik: Dikenali sebagai “Pearl of the Adriatic”, kota berkubu purba di selatan Croatia (UNESCO) ini terkenal dengan tembok batu gergasi abad ke-16 yang mengelilingi seni bina Gothic, Renaissance, dan Baroque yang terpelihara rapi. Terkenal di peringkat global sebagai lokasi penggambaran siri Game of Thrones, kota ini menawarkan pemandangan laut Adriatik yang dramatik serta lorong-lorong batu yang sangat ikonik untuk fotografi.
Zagreb: Ibu negara Croatia yang kaya dengan seni bina Austro-Hungarian klasikal dan terbahagi kepada kawasan Upper Town bersejarah serta Lower Town yang dinamik. Kota ini meriah dengan budaya kopi, muzium unik, dan terkenal di peringkat antarabangsa kerana menganjurkan Advent Market (Pasar Krismas) terbaik di Eropah setiap kali menjelang musim sejuk.
Mostar: Terkenal dengan jambatan ikonik Stari Most yang merentasi Sungai Neretva, Mostar adalah bandar bersejarah di Bosnia dan Herzegovina. Bandar ini menawarkan seni bina Ottoman, kedai-kedai kerajinan tangan, dan kafe tepi sungai yang menarik.
Kotor: Sebuah bandar pelabuhan yang indah di Montenegro, terkenal dengan teluk yang menakjubkan dan kota lama yang terpelihara dengan baik. Kotor menawarkan pemandangan jalanan berbatu, bangunan bersejarah, dan benteng yang menawarkan pemandangan panorama teluk.
Sarajevo: Ibu kota Bosnia dan Herzegovina, dikenali dengan sejarah yang kaya dan warisan pelbagai budaya. Tarikan utama termasuk Bascarsija (pasar lama), Masjid Gazi Husrev-beg, dan Muzium Tunnel yang menceritakan kisah pengepungan Sarajevo semasa perang.
Baščaršija, Gazi Husrev-beg’s Mosque, Clock Tower, Sebilj: Pusat bersejarah Sarajevo yang menampilkan pasar lama, masjid bersejarah, menara jam, dan pancutan air ikonik.
Latin Bridge & Sarajevo City Hall: Tapak penting sejarah di Sarajevo, Latin Bridge adalah lokasi pembunuhan Archduke Franz Ferdinand, dan dewan bandar adalah bangunan ikonik dengan seni bina Moorish.
Ski Resort, Sarajevo: Destinasi popular untuk peminat sukan musim sejuk, menawarkan pelbagai aktiviti seperti ski dan snowboarding dengan pemandangan gunung yang indah.
Devish House, Blagaj: Rumah tekke bersejarah yang terletak di tepi Sungai Buna, Blagaj menawarkan suasana yang tenang dan pemandangan alam yang mempesonakan.
Počitelj: Sebuah bandar bersejarah di Bosnia dan Herzegovina dengan seni bina Ottoman yang mengagumkan, menara batu, dan pemandangan yang menawan.
Watermill Mlincici & Pliva Waterfall, Jajce: Tapak alam semula jadi yang indah, menampilkan kincir air tradisional dan air terjun yang mengagumkan.
Stari Most (Old Bridge), Old Bazaar, Koski Mehmed-Pasha Mosque & Biscevic House, Museum of War & Genocide Victims: Kawasan bersejarah yang mengisahkan sejarah perang dan genosid, jambatan ikonik, pasar lama, masjid dan rumah tradisional yang menawarkan gambaran kehidupan zaman Ottoman.
Kotor Bay: Teluk yang menakjubkan di Montenegro, dikelilingi oleh gunung dan bandar lama Kotor yang terpelihara dengan baik, menawarkan pemandangan yang memukau dan aktiviti air yang menyeronokkan.
Plitvice Lakes National Park: Taman negara tertua dan terbesar di Croatia (UNESCO), terkenal dengan rangkaian 16 tasik berteres yang saling bersambung melalui siri air terjun yang memukau. Dikelilingi oleh hutan tebal dan dilengkapi dengan laluan berjalan kaki (boardwalk) kayu yang panjang, ia adalah destinasi terulung untuk pencinta alam semula jadi,
Konsep “Hub & Explore”: Kurang tukar hotel, peserta lebih santai dan tidak penat kemas beg.
Laluan Satu Hala Efisien: Perjalanan terus dari Sarajevo ke Zagreb tanpa perlu patah balik.
Kumpulan Kecil Eksklusif: Maksimum 10 peserta menaiki minivan premium untuk pergerakan lebih fleksibel.
Jelajah 5 Tapak UNESCO: Melawat Plitvice, Dubrovnik, Split, Old Bridge Mostar dan Kotor dalam satu trip.










Berikut adalah cadangan itinerari perjalanan kembara.
Pagi: Walking tour pendek di Sarajevo (Old Town & Tunnel of Hope).
Tengah hari: Memandu ke Mostar. Singgah di Blagaj Tekke sebelum check-in hotel 3★ di Mostar. Layan suasana malam di jambatan Stari Most.
Check-out Mostar. Singgah di Air Terjun Kravica.Meneruskan perjalanan ke Dubrovnik (Croatia).
Hari ini minivan membawa kumpulan membuat Day Trip rentas sempadan ke Montenegro.
Meneroka Kotor Old Town yang dramatik di celah fjord, singgah di Budva dan bergambar di Sveti Stefan.
Check-out Dubrovnik. Memandu menyusuri pantai ke Split merentasi Pelješac Bridge.
Tiba di Split, check-in hotel.
Petang: Berjalan di Diocletian’s Palace dan menikmati kopi di Riva Promenade yang dihiasi lampu.
Check-out awal pagi dari Split. Memandu ke arah utara menuju Plitvice Lakes National Park
Eksplorasi Plitvice Lakes: Nikmati pengalaman magikal berjalan di atas boardwalk tasik dan air terjun separa beku musim sejuk (Sesi fotografi landskap yang sangat premium!).
Lewat petang: Teruskan pemanduan ke Zagreb.
Return flight with checkin Luggage
Accommodation Hotel/ Apartment (Twin / Double/Triple) with Breakfast
Transportation
Entrance Fee
Sight seeing as per itinerary
Airport Transfer
Experienced Tour Leader 2026 (Early Winter)
30 Nov – 8 Dec
2027 (End Winter)
20-28 Mac
29 Mac – 6 April
2027 (Autumn)
30 Oct – 7 Nov
8 Nov – 16 Nov
2027 (Late Autumn)
17-25 Nov
Last Updated : 7 July 2026 v1.0