8 Hari 6 Malam
Kunming – Dali – Lijiang – Shangri La
Yunnan ialah sebuah wilayah di barat daya China yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi, budaya yang pelbagai, dan cuaca yang nyaman sepanjang tahun. Terkenal sebagai destinasi pelancongan, Yunnan menawarkan pelbagai pengalaman menarik untuk pelawat. Yunnan adalah tempat yang kaya dengan pengalaman semula jadi dan budaya, sesuai untuk pelancong yang mencari gabungan keindahan alam dan sejarah.
Kunming: Kunming, ibu negeri Yunnan yang dikenali sebagai “Bandar Musim Bunga Abadi”, menawarkan cuaca nyaman sepanjang tahun, tarikan semula jadi seperti Shilin Stone Forest tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO dan Green Lake Park terletak di tengah-tengah bandar , serta kekayaan budaya dan makanan tempatan yang unik.
Dali: adalah sebuah bandar bersejarah kuno yang terkenal dengan gabungan keindahan alam semula jadi dan warisan budaya. Bandar ini dikelilingi oleh Tasik Erhai yang memukau serta Banjaran Gunung Cangshan yang megah, menjadikannya destinasi ideal untuk pencinta alam. Kota Lama Dali di penuhi dengan seni bina tradisional, serta budaya unik suku Bai.
Lijiang: Tapak Warisan Dunia UNESCO, Lijiang memikat dengan jalan berbatu dan bangunan tradisional Naxi. Gunung Salji Naga Jade menawarkan pemandangan menakjubkan yang memukau.
Shangri La: Dataran tinggi yang mendamaikan, Shangri La memukau dengan biara Tibet, padang rumput luas, dan budaya Buddha yang mendalam. Terletak di pergunungan, ia menawarkan suasana mistik.
Hutan batuan semula jadi di Kunming yang menyerupai hutan batu raksasa, penuh formasi unik, menjadikannya tapak geologi memukau dan tapak Warisan Dunia UNESCO.
Banyak aktiviti di sepanjang Nanping Street dan Shun Peng. Kedai-kedai menjual barangan seperti kek rose dan kopi, merupakan antara cenderahati terbaik dari Yunnan.
Kota kuno dengan seni bina tradisional dan budaya Bai, menawarkan pemandangan tasik dan gunung indah, terkenal dengan jalan berbatu dan suasana sejarah.
Dataran rumput tinggi di Shangri-La yang dipenuhi padang bunga pada musim panas dan tasik berkilauan, menawarkan pemandangan pastoral yang tenang.
Lembah dramatik di Yunnan dengan tebing tinggi dan air deras, salah satu ngarai terdalam di dunia dan lokasi trekking menakjubkan.
Gunung bersalji abadi di Lijiang dengan pemandangan menakjubkan, tempat suci bagi etnik Naxi dan popular dengan aktiviti mendaki.
Bandar bersejarah dengan budaya Bai yang kaya, terkenal dengan rumah-rumah tradisional, pasar tempatan, dan seni bina klasik Yunnan.
Kota kuno Tibet di Shangri-La, dengan jalan batu, budaya Buddha yang mendalam, dan pemandangan malam yang indah, penuh sejarah dan tradisi.
Tasik di Dali ini sering menjadi tarikan kerana aktiviti berbasikal yang mendamaikan. Tempat yang paling tempat untuk healing dan bertenang senang.
Ramai yang tidak tahu di Yunnan Islam tumbuh sangat subur. Masjid juga banyak di dalam bandar, betapa nikmat beragama dan kebebasan yang diberikan,
Rasai makanan halal yang enak yang disajikan seperti hot pot dan juga daging Yunnan BBQ skewer. Apa yang membezakan skewer Yunnan adalah penggunaan rempah khas, rasa pedas lada sichuan yang memberikan rasa unik dan kaya pada hidangan ini.
Antara aktiviti yang sangat menarik di Yunnan kerana tanah yang luas untuk tanaman seperti strawberi dan plum. Buah disini sangat manis dan enak.
Lembah antara pergunungan Yulong ini dibangunkan sebahagian tarikan yang menarik untuk dinikmati.
Persembahan bangsa Naxi yang memaparkan budaya orang natif disini. Dijayakan oleh 500 orang, permbahan ini menonjolkan keindahan bangsa dan budaya yang dilatari pergunungan Yulong.
Ini adalah best-kept secret destination! Menikmati secawan kopi melihat betapa besar gunung ciptaan Tuhan. Perlahan matahari terbenam suatu pengalaman yang sanagt mendamaikan.





















Berikut adalah cadangan itinerari perjalanan kembara.
Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Kunming
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kunming, dan daftar masuk ke hotel.
Makan malam dan bermalam di Kunming
Sarapan pagi di hotel
Lawatan ke Stone Forest (Shilin), tapak warisan semula jadi yang terkenal dengan formasi batu kapur unik dan pemandangan yang menakjubkan
Seterusnya melawat Masjid Shuncheng, antara masjid tertua dan terbesar di Kunming
Berpeluang membeli-belah di Kunming Old Street, kawasan bersejarah yang menempatkan pelbagai kedai tempatan dan produk tradisional
Makan malam di restoran tempatan
Bermalam di Kunming
Sarapan pagi di hotel sebelum bertolak ke Shangri-La.
Melawat Tiger Leaping Gorge, salah satu gaung terdalam dan tercantik di dunia yang menawarkan pemandangan alam semula jadi yang luar biasa.
Perjalanan diteruskan menuju ke Shangri-La, kawasan tanah tinggi yang terkenal dengan landskap pergunungan yang dramatik.
Bermalam di Shangri-La.
Sarapan pagi di hotel.
Lawatan ke Potatso National Park, taman negara pertama di China yang menampilkan tasik alpine dan padang rumput yang luas (termasuk kenderaan dalam taman).
Lawatan santai di Lijiang Ancient Town, tapak Warisan Dunia UNESCO yang terkenal dengan seni bina tradisional dan suasana klasik.
Seterusnya bertolak ke Lijiang. Solat akan diadakan di Masjid Lijiang sebelum daftar masuk hotel.
Bermalam di Lijiang.
Sarapan pagi di hotel.
Lawatan ke Gunung Jade Dragon Snow (Jade Dragon Snow Mountain) termasuk menaiki kereta kabel untuk menikmati pemandangan pergunungan bersalji yang menakjubkan.
Seterusnya melawat Blue Moon Valley termasuk perkhidmatan buggy.
Kemudian menyaksikan persembahan kebudayaan terkenal Impression Lijiang.
Lawatan ke Masjid Lijiang dan sesi membeli-belah di sekitar Lijiang Ancient City.
Bermalam di Lijiang
Sarapan pagi di hotel sebelum bertolak ke Kunming dengan menaiki kereta api. (perjalanan dalam 3jam)
Setibanya di Kunming, peserta akan diberi masa untuk membeli-belah di Shuncheng Halal Street bagi mendapatkan produk tempatan dan cenderahati.
Seterusnya, bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
Tiket Penerbangan KUL – KMG (termasuk 20kg)
Penginapan Hotel (Double/Twin)
Kenderaan Peribadi (mengikut jumlah pax)
2x High Speed Train
Makan Fullboard (kecuali Dinner Hari-5)
Local Tour Guide
Tour Leader dari Malaysia
Tiket Blue Moon Valley (termasuk buggy)
Tiket Impression Lijiang
Tiger Leaping Gorge Escalator
Tiket Stone Forest
Yulong Mountain Cable Car
4 – 11 April 2026
9 – 16 May 2026
29 May – 5 June 2026
29 Aug – 5 Sept 2026
10 – 17 Oct 2026
6 – 13 Nov 2026
WhatsApp us