JOGJAKARTA
HEALING 4D3N

INFO KEMBARA

4 Hari 3 Malam

Weekend Trip

KUL – Jogjakarta (YIA)

Kumpulan Kecil 2-12 Pax

Itinerari Terlengkap

Serasi Keluarga

Jogjakarta, sering disebut Yogyakarta, adalah destinasi budaya yang memikat di Indonesia. Dikenal dengan warisan sejarahnya, kota ini menawarkan tarikan seperti Candi Borobudur dan Prambanan, dua kompleks kuil yang diiktiraf sebagai Warisan Dunia UNESCO. Kraton Yogyakarta, istana kerajaan yang masih aktif, dan Tamansari Water Castle menawarkan wawasan mendalam tentang sejarah dan budaya Jawa. Jalan Malioboro adalah syurga membeli-belah dengan kedai-kedai yang menjual batik, kerajinan tangan, dan cenderamata. Aktiviti lain termasuk menikmati seni persembahan tradisional seperti wayang kulit dan tarian Jawa. Alam sekitarnya juga menarik, dengan pemandangan gunung berapi Gunung Merapi dan pantai-pantai indah di selatan.

PELBAGAI PILIHAN PENGALAMAN

Desa Kerajinan Kulit Manding : Desa Kerajinan Kulit Manding terkenal dengan produk kulit berkualiti seperti bag, jaket, dan dompet. Pengunjung dapat melihat proses pembuatan dan membeli cenderamata kulit asli.

Pantai Timang: Pantai Timang terkenal dengan keindahan alam dan gondola tradisional yang menyeberangi laut menuju Pulau Timang. Pantai ini menawarkan pemandangan ombak besar dan batu karang yang menakjubkan.

Pinus Penger: Menawarkan pemandangan alam yang menakjubkan dengan hutan pinus yang rimbun dan udara segar. Tempat ini populer untuk fotografi, berjalan santai, dan menikmati sunset dari gardu pandang yang unik.

Heha Sky View: Pemandangan panoramik Jogjakarta dari ketinggian. Tempat ini memiliki restoran, spot foto kreatif, dan area bersantai yang nyaman, menjadikannya destinasi populer untuk menikmati matahari terbenam dan bersantai.

Kaliadem: Terletak di lereng Gunung Merapi dan menawarkan pemandangan gunung berapi yang menakjubkan. Destinasi ini popular untuk pelancong jeep lava tour, menikmati udara segar, dan mempelajari sejarah letusan Merapi.

Malioboro : Jalan ikonik di Jogjakarta yang terkenal dengan pasar tradisional, kedai batik, dan penjual cenderamata. Pengunjung dapat menikmati makanan lokal, seni jalanan, dan suasana budaya yang meriah sepanjang hari dan malam.

Merapi Tour: Pengalaman mendebarkan menjelajahi lereng Gunung Merapi dengan jeep. Ia mengungkap pemandangan alam yang dramatik, baki letusan, dan museum mini yang menceritakan sejarah gunung berapi aktif ini. 

Taman Sari Castle: dikenal sebagai Istana Air, adalah kompleks peninggalan Kerajaan Yogyakarta. Dikenal dengan kolam pemandian, terowong bawah tanah, dan senibina yang menawan, tempat ini menawarkan wawasan tentang kehidupan kerajaan Jawa dan keindahan budaya tradisional. 

Bakpia Cookies Factory: Pembuatan bakpia, kuih tradisional berisi kacang hijau atau coklat. Pengunjung dapat melihat proses pembuatan, merasai berbagai varian, dan membeli khas khas Yogyakarta yang lazat ini.

KELEBIHAN PAKEJ

BERBEZA DENGAN TRIP YANG LAIN

Pelepasan Setiap Hujung Minggu

Penginapan Selesa

Termasuk Tarikan

Bebas Memilih Penerbangan

Tour Leader Berpengalaman

Trip sepanjang tahun

ITINERARI jogjakarta 4H3M

Berikut adalah cadangan itinerari perjalanan kembara. 

HARI 1: PENERBANGAN KUL - YIA

•Berlepas ke Lapangan Terbang Yogyakarta
•Check in hotel
•Melawat ke Tebing Breksi, iaitu tebing tinggi dengan ukiran wayang dan motif Jawa – sangat fotegenik dan Instagram-worthy
•Singgah ke Obelix Hill dan menikmati pemandangan matahari terbenam, panorama Gunung Merapi, landskap hijau, dan bandar Yogyakarta serta pelbagai spot foto bergambar yang Instagrammable
•Jalan-jalan di Malioboro

HARI 2: MERAPI TOUR DAN CITY TOUR

•Meneruskan aktiviti Merapi Tour menggunakan Jeep
•Jogjakarta city tour dengan melihat dan keindahan budaya Keraton Jogja dan Taman Sari
•Aktiviti bebas

HARI 3: PANTAI TIMANG DAN HUTAN PINUS

•Teruskan perjalanan ke Pantai Timang dan merasai pengalaman Gondola dan Jembatan Gantung.
•Melawat ke Hutan Pinus Pengger yang terkenal dengan pokok pine yang tenang, udara sejuk dan spot fotografi yang kreatif.
•Melawat ke Rumah Hobbit untuk aktiviti bergambar, dan menikmati udara segar di kawasan pergunungan.

Hari 4 : PENERBANGAN YIA - KUL

•Sarapan dan check out,
•Singgah membeli ole-ole khas
•Perjalanan pulang ke Lapangan Terbang

Inclusion

  • ✅ 1. Pengangkutan (MPV/Coaster)
  • ✅ 2. Penginapan 3* (Double/Twin) 
  • ✅ 3. Tour Leader Muslim (Trip 8px above) 
  • ✅ 4. Meal Plan (Breakfast Hotel) 
  • ✅ 5. Driving Guide (English/Indonesian Spoken) 
  • ✅ 6. Return flight KUL – YIA

Exclusion

  • 📌 1. Perbelanjaan peribadi
  • 📌 2. Insurance Perjalanan
  • 📌 3. Single room (additional cost)
  • 📌 4. Entrance Fee
  • 📌 5. Tipping
  • 📌 6. Checkin luggage

HARgA PAKEJ

Dewasa

12 tahun ke atas
Bermula MYR 1785 / pax
  • 9-10 pax: RM1785/pax
  • 5-8 pax: RM1985pax
  • 3-4 pax: RM2025/pax
  • 2 pax : RM2270/pax
  • Deposit RM200
Popular

TARIKH PELEPASAN

Syarat & Terma

  • ✅ Min pax : 2 / Max pax : 10 / group
  • ✅ Hotel Neo Malioboro or 3 star similar 
  • ✅ Surcharge peak season + RM30/night/pax -18 Feb / 9-14 Apr / 24-31 May / 14- 19 June / 13-20 Sept / 20 Dec – 2 Jan 
  • ✅ Physical Level : 2.5/5

Tarikh Pelepasan

  • Open Trip :
    28-31 Aug 2025
    17-20 Sep 2025
    15-18 Oct 2025
    12-15 Nov 2025 
    11-14 Dec 2025
  • Terbuka sepanjang tahun, pelepasan hujung minggu
INGIN BUAT TEMPAHAN?

TRAVEL CONSULTANT SEDIA MEMBANTU

ISIKAN BORANG TEMPAHAN
(DAN KAMI AKAN HUBUNGI MELALUI WHATSAPP)