ITALY, AUSTRIA, GERMANY & LIECHTENSTEIN 11H8M
INFO KEMBARA
Small Group 7 pax
Flexible Itinerary
Nature & Outdoor
Milan dikenali sebagai pusat fesyen Itali dengan mercu tanda seperti Duomo di Milano dan Galleria Vittorio Emanuele II yang ikonik. Venice pula memukau dengan terusan romantik, Rialto Bridge, dan Grand Canal, menjadikannya antara bandar paling unik di dunia. Hallstatt di Austria menampilkan pemandangan tasik yang indah, rumah tradisional, dan lombong garam tertua di dunia, menjadikannya Tapak Warisan Dunia UNESCO. Munich, ibu kota Bavaria, menggabungkan sejarah dan budaya dengan tarikan seperti Marienplatz, Istana Nymphenburg, serta festival terkenal Oktoberfest. Sementara itu, Dolomites di Itali menawarkan landskap pergunungan dramatik yang sesuai untuk aktiviti mendaki, ski, dan meneroka keindahan semula jadi. Kelima-lima destinasi ini memberikan pengalaman pelancongan yang unik dan menakjubkan.
DESTINASI menarik
Munich
Zermatt ialah destinasi ski terkenal di kaki Matterhorn. Bebas kenderaan, bandar ini menawarkan aktiviti musim sejuk, hiking, serta pemandangan ikonik gunung berbentuk piramid.
Milan
Milan, pusat fesyen Itali, menampilkan Duomo di Milano yang megah, Galleria Vittorio Emanuele II yang ikonik, serta pentas opera La Scala. Bandar ini menggabungkan kemewahan, seni, dan warisan sejarah yang menawan.
Venice
Venice, kota terapung di Itali, terkenal dengan Grand Canal, gondola romantik, dan seni bina bersejarah seperti St. Mark’s Square dan Rialto Bridge. Keunikan terusan menjadikannya destinasi ikonik dunia.
Glossglockner
Grossglockner High Alpine Road di Austria ialah laluan gunung yang spektakuler dengan pemandangan Alps yang menakjubkan. Sepanjang 48 km, jalan ini membawa pelancong ke kaki Gunung Grossglockner, puncak tertinggi Austria.
Hallstatt
Hallstatt, perkampungan tepi tasik di Austria, terkenal dengan pemandangan indah, rumah tradisional, dan lombong garam tertua di dunia. Keunikan landskapnya menjadikannya destinasi pelancongan terkenal dan Tapak Warisan Dunia UNESCO.
neuschwanstein Castle
Neuschwanstein Castle di Jerman ialah istana dongeng dengan seni bina Romanesque Revival yang mengagumkan. Terletak di Bavaria, istana ini menjadi inspirasi Disney dan menawarkan pemandangan gunung serta lembah yang menakjubkan.
Vaduz Castle
Vaduz Castle, kediaman rasmi Putera Liechtenstein, terletak di atas bukit dengan pemandangan indah ibu kota Vaduz. Istana bersejarah ini tidak dibuka untuk umum tetapi menjadi simbol negara.
Dolomites
Dolomites di Itali adalah rangkaian gunung yang menakjubkan, terkenal dengan pemandangan dramatik, aktiviti ski, dan hiking. Tapak Warisan Dunia UNESCO ini menawarkan landskap berbatu unik serta perkampungan Alpine yang menawan.
TRAVEL STYLE
SPECIAL SERVICE TERMS
Accommodation
Kemudahan penginapan sama ada hotel, homestay atau guest house di kawasan luar bandar. Jumlah penginapan adalah terhad tetapi menawarkan pengalaman unik.
Private Transport
Transport menggunakan MPV 9 seater. Kanak-kanak dianggap sebagai 1 seat seperti dewasa, dan diwajibkan memakai child seat.
Cabin Luggage
1 x Check-in Luggage
1 x Cabin Luggage
1 x Bag Personal Item (i.e hand bag, backpack, laptop)
Saiz luggage tidak melebih 26 inci. Ini penting dipatuhi kerana ruang MPV yang tidak besar.
Meal Plan
Penyediaan makan untuk sepanjang perjalanan di bawah tanggungjawab peserta. Jika ada dapur di guesthouse, boleh digunakan untuk memasak.
PERGI SENDIRI, PULANG IBARAT FAMILI








ITINERARI
Berikut adalah cadangan itinerari perjalanan kembara.
(Tertakluk kepada perubahan)
Hari 1 : Penerbangan KUL - Milan
Perjalanan kita akan bermula dengan penerbangan dari K.Lumpur ke
Milan.
Hari 2 : Hari Ketibaan Milan
- Kapten / Tour Leader akan menunggu di airport untuk bawa
berjalan ke bandar Milan sebelum terus ke penginapan
Hari 3 : Milan
- Jelajahi kota fesyen dunia dengan melawat Duomo di Milano.
- Jika crowd tidak ramai, jika mahu boleh n aik ke bumbungnya untuk menikmati pemandangan bandar.
- Berjalan di sekitar Galleria Vittorio Emanuele II untuk membeli-belah atau menikmati kopi di kafe klasik.
- Teruskan ke Castello Sforzesco dan bersiar-siar di Sempione Park.
Hari 4 : Venice
- Mulakan lawatan dengan bersiar-siar di Piazza San Marco serta melawat Basilica di San Marco dan Doge’s Palace.
- Nikmati gondola ride atau berjalan di Jambatan Rialto.
- Jelajah jalan kecil Venice yang penuh dengan butik unik.
Hari 5: Dolomites
- Bertolak ke Dolomites dan nikmati perjalanan melalui pemandangan gunung yang luar biasa.
- Singgah di Tre Cime di Lavaredo untuk mendaki atau sekadar menikmati pemandangan ikonik.
- Teruskan lawatan ke Lago di Braies, tasik biru zamrud yang sangat fotogenik.
- Selesai menikmati keindahan alam, berehat di penginapan berdekatan.
Hari 6 : Glossglockner High Alpine Road* / Innsbruck
- Memandu melalui Grossglockner High Alpine Road, salah satu laluan pemandangan paling indah di Eropah.
- Berhenti di pelbagai hentian untuk menikmati pemandangan Alps yang megah.
- Singgah di Kaiser-Franz-Josefs-Höhe untuk melihat glasier Pasterze dan mungkin melihat marmot liar.
- Nikmati makan dan rehat di restoran gunung sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.
- *Sekiranya laluan Grossglockner ditutup, itinerary hari ini akan ke Innsbruck mengikut kesesuaian trip.
Hari 7 : Hallstatt
- Sampai di Hallstatt dan mulakan hari dengan berjalan-jalan di sekitar tasik yang terkenal dengan keindahannya.
- Naik funicular ke Skywalk untuk pemandangan panorama yang menakjubkan.
- Lawati Salt Mine untuk melihat sejarah perlombongan garam di kawasan ini.
- Susuri perkampungan kecil yang dipenuhi rumah kayu klasik. Ambil gambar di Hallstatt Marktplatz sebelum berehat dan menikmati suasana tenang kampung ini.
Hari 8 : Neuschwanstein Castle
- Bertolak ke Jerman dan lawati Istana Neuschwanstein, istana dongeng yang menjadi inspirasi Disney.
- Naik ke Marienbrücke untuk menikmati pemandangan istana dari sudut terbaik.
- Nikmati makan tengah hari di pekan Füssen sebelum meneruskan perjalanan
Hari 9 : Vaduz Castle
- Terus ke Vaduz Castle, istana yang terletak di atas bukit dengan pemandangan panoramik seluruh bandar dan kawasan pergunungan sekitarnya.
- Berjalan di bandar Vaduz
Hari 10 : Penerbangan Pulang
- Tertakluk kepada masa penerbangan, Free & Easy
- Penerbangan pulang
Hari 11 : Ketibaan Kuala Lumpur
- Dijangka tiba di Kuala Lumpur
Inclusion
International Flight Return KUL- MXP
Checked in Luggage + 1 Cabin Luggage
Private Chartered Transport
Toll, Fuel & Parking
Accommodations (Guesthouse / Hotel Double/Triple)
Airport Transfer
Travel Insurance
Experienced Tour Leader
Drivers Expenses
Exclusion
- ❌ Meal Plan
- ❌ Entrance Fee
- ❌ Personal Expenses
- ❌ Driver Tipping EUR2/day/pax
HARgA PAKEJ
Dewasa
12 tahun ke atas-
Deposit RM500
-
Group Size Min 7 pax
(Surcaj Flight RM600 Cuti Sekolah)
Kanak-kanak
2 tahun ke atas-
Deposit RM500
-
Group Size Min 7 pax
Ground Service
Exclude Flight-
Deposit RM500
-
Group Size Min 7 pax
TARIKH KEMBARA
Tarikh Open Trip
OKTOBER 2025
14-24 Okt
OKTOBER 2026
14-24 Okt
Check Availability & Deposit Payment
- Klik Check Availability untuk memeriksa jumlah seat yang masih ada
- Borang hanya boleh memproses pembayaran deposit sahaja.
- Bagi tujuan pembayaran lain, hubungi terus Travel Consultant.
INGIN BUAT TEMPAHAN?
ISIKAN BORANG TEMPAHAN
(DAN KAMI AKAN HUBUNGI MELALUI WHATSAPP)
Last Updated : 27 Jan 2026 v2.0