KYRGYZSTAN, KAZAKHSTAN , UZBEKISTAN & TAJIKISTAN 12D10N

INFO KEMBARA

12 Hari 10 Malam

Banjaran Tian Shian

KUL – Almaty / Tashkent – KUL

Kumpulan Kecil 7-10 Pax

Itinerari Fleksibel

Alam Semulajadi

Kazakhstan, negara terbesar di benua Asia Tengah, memukau pengunjung dengan keindahan alam yang mempersona. Kyrgyzstan pula adalah negara indah di Asia Tengah dengan pergunungan megah, tasik biru jernih, padang rumput luas, dan budaya nomad yang kaya. Bumi Uzbekistan tidak asing lagi untuk diperkenalkan. Ianya merupakan negara tapak warisan dunia UNESCO.Tajikistan menawarkan pengalaman negara yang berpotensi untuk dijelajahi, kurang dikenali tetapi mempunyai alam semulajadi yang tidak diketahui,

KEMBARA RENTAS 4 NEGARA

Almaty : Bandar kosmopolitan dengan pemandangan pergunungan, taman indah, dan budaya yang kaya.

Symbulak : Resort ski terkenal dengan pemandangan salji, laluan ski, dan kemudahan rekreasi.

Green Bazaar: Pasar tempatan meriah menawarkan pelbagai produk segar, makanan, dan barangan tradisional.

Tashkent : Pengunjung berpeluang melawat ibu negara nya iaitu Tashkent yang pesat membangun dan membeli belah hasil tempatan di Bazar Chorsu. Anda boleh merasai makanan tradisional Uzbekistan yang lazat dan enak, seperti nasi plov, samsa, dan shashlik. Gunung Chimgan yang menghijau menjadi tempat popular untuk pengunjung yang inginkan ketenangan.

Samarkand: Bagi yang suka bergambar dan mengambil gambar, sememangnya kota Samarkand merupakan tempat yang tepat untuk anda  berkarya. Mempunyai kepelbagaian etnik dan agama, di sini pengunjung boleh melawat masjid-masjid yang indah, istana, madrasah, muzium dan makam-makam yang bersejarah.

Skazka Canyon : Skazka Canyon dalam bahasa Rusia, perkataan Skazka bermaksud “Dongeng,” Di sini, anda berpeluang untuk merasai keindahan landskap pergunungan lapisan warna yang paling indah

Charyn Canyon: Formasi batuan spektakuler dengan pemandangan dramatik dan laluan mendaki.

Lake Kolsay & Kaindy : Tasik-tasik biru yang menakjubkan dengan hutan tenggelam dan laluan mendaki.

Djeti Oguz Gorge: Djety-Oguz dalam bahasa Kyrgyz bermaksud “Tujuh Lembu Jantan” – inilah nama yang diberikan oleh penduduk tempatan kepada lembah gunung yang dibentuk oleh sungai.

Issykul Lake: Salah satu tasik alpine terbesar dan terdalam di dunia. Dikelilingi oleh banjaran gunung Tien Shan, tasik ini kekal bebas ais sepanjang tahun, menjadikan namanya dalam bahasa Kyrgyz bermaksud “Tasik Hangat.”

 

Jyrgalan Valley : Sebuah lembah unik terletak di antara bukit-bukit hijau dan puncak tinggi di sebelah timur Kyrgyzstan, lembah Jyrgalan merupakan destinasi pelancongan pengembaraan yang semakin berkembang. 

Bishkek :Bandar yang dirancang pada zaman Soviet; ia dibina dengan susun atur grid, jalan-jalan lebar yang diapit oleh terusan pengairan dan pokok-pokok besar, bangunan dan kompleks apartmen Soviet.

Aktiviti menarik

Pemandangan tebing Tinggi Lake Kolsay

Tasik yang dikenali sebagai “Pearls of Tien Shan” oleh penduduk tempatan. Tasik ini terhasil kesan daripada tanah runtuh akibat pergerakan plat tektonik sekitar tahun 1887.

Cable Car Symbulak

Symbulak Ski Resort merupakan resort ski terbesar di Central Asia. Ia terletak di Lembah Medeu berketinggian 2,200 meter dari aras laut. 

Meneroka Charyn Canyon

Buat yang belum lagi mempunyai rezeki untuk ke US, ini dia peluangnya untuk menikmati keunikan canyon yang terhasil daripada hakisan angin & air. Canyon kat sini lebih kurang macam grand canyon di US tapi lebih kecil. 

Registan Square

Dataran ikonik di Samarkand, Uzbekistan, dikelilingi madrasah bersejarah dengan seni bina Timurid, mozek indah, dan kubah biru memukau.

Imam Bukhari Complex

Lawatan ke ilmuwan tersohor Imam Bukhari. Kompleks yang baru dibuka menempatkan sejarah beliau dan sumbangan besar terhadap dunia.

Guri Emir

Mausoleum bersejarah di Samarkand, Uzbekistan, tempat persemadian Emir Timur dan keluarganya, terkenal dengan seni bina megah dan mozek yang rumit

 
Plov Center

Restoran terkenal di Tashkent, Uzbekistan, menyajikan plov tradisional yang lezat, hidangan nasi beraroma dengan daging dan sayuran.

Imam Khast Complex

Kompleks bersejarah di Tashkent, Uzbekistan, dengan masjid, madrasah, dan makam Imam Khast, terkenal dengan seni bina Islam yang menawan dan ukiran halus. Dimana Quran mushaf Uthmani ditulis tangan yang juga telah dipindahkan ke Muzium Tamadun Islam.

Shakhi Zinda

Kompleks makam di Samarkand, Uzbekistan, terkenal dengan seni bina Islam yang rumit, mozek biru, dan sejarah berabad lamanya.

Berkuda di Tepian Tasik Kaindy

Perjalanan masuk ke Kaindy Lake dari Saty adalah engalaman menaiki UAZ, sejenis kenderaan pacuan 4 roda buatan Rusia dan kemudian bersambung terus ke tasik. Pilihan berkuda di tebing bukit menyajikan pemandangan gunung bertopikan salji.

Trout Fish Farm

Rasai pengalaman penternakan ikan trout sebesar lengan dan hidangan ikan yang segar. Ikan disini diternak dengan sumber air sungai yang sejuk dari pergunungan.

Makanan Daging Tempatan Enak & Segar

Tahukah anda daging disini disembelih segar sebelum dimasak? Ia menjadikan dagingnya tidak berbau hamis, ‘berbau kambing’ atau meloyakan. Sebaliknya ia sangat enak dan rasa kemanisan daging tersebut.

Membeli Barangan di Pasar Tempatan

Sejak pembukaannya pada 1875, Green Bazaar menjadi pusat perniagaan utama yang menjual pelbagai barangan dari keperluan harian sehinggalah ke cenderahati.

Membeli Coklat Kazakhstan

Aktiviti untuk keluarga yang paling digemari oleh anak-anak dan juga ibubapa. Kita akan ke Chocolate Factory untuk merasai kesedapan coklat tempatan Kazakhstan.

Merasai Pengalaman Nomad

Berpeluang mengenali kehidupan bangsa nomad dengan lebih dekat dengan tradisi penginapan mereka di yurt. 

7 Bulls of Jeti Ogus

Formasi batuan merah megah, menyerupai tujuh ekor lembu, dengan pemandangan lembah hijau.

Bermain Air di Tasik Issykul

Salah satu tasik alpine terbesar dan terdalam di dunia. “Tasik Hangat” ini sesuai untuk piknik, bermain air atau boleh mandi sekiranya anda kental fizikal.

 

7 Lakes (Half Kul)

Tasik yang bertingkat yang mana semakin tinggi mendaki, pemandangan menjadi semakin cantik.

KELEBIHAN PAKEJ

BERBEZA DENGAN TRIP YANG LAIN

Pelbagai Penginapan

Private Transport

Makanan Halal

Cable Car Symbulak

Tour Leader Berpengalaman

PERGI SENDIRI, PULANG IBARAT FAMILI

ITINERARI Kyrgyzstan, Kazakhstan, Uzbekistan & Tajikistan 12H10M

Berikut adalah cadangan itinerari perjalanan kembara.

Hari 1 : Penerbangan

  •  Penerbangan jam 1300pm Kuala Lumpur – Almaty
  • Ketibaan 1740pm waktu tempatan di Almaty
  • Airport Transfer &  Check in hotel
  • Accommodation : H

Hari 2 : Symbulak / City Tour

  • Berkunjung ke Symbulak resort ski yang terletak di pergunungan Tian Shan. Terkenal dengan landskapnya yang indah, kemudahan moden, dan pelbagai aktiviti sukan musim sejuk. 
  • Kembali ke bandar untuk city tour sekitar bandar Almaty dan Green Bazaar
  • Meal : B 
  • Accommodation : H

Hari 3 : Charyn Canyon / Tasik Kolsay

  • Check-out.
  • Terbentang 154 km di sepanjang Sungai Charyn, salah satu daripada sungai yang paling dalam dari pergunungan Tien Shan Utara.
  • Dikenali dengan panggilan “Grand Canyon Kecil” oleh penduduk tempatan, canyon ini menawarkan panorama yang menakjubkan dengan tebing-tebing batu yang tinggi dan warna-warni yang berbeza.
  •  Meal : B/D
  • Accommodation : GH

Hari 4 : Cross Border Kyrgyzstan / Jyrgalan Valley

  • Menyeberang sempadan ke Kyrgyzstan. Melintasi lembah Karkara yang indah dengan berhenti seketika untuk mengambil gambar dan menikmati pemandangan.
  • Berehat dan bermalam di Jyrgalan Valley
  • Meal : B / D
  • Accommodation : Y / GH

Hari 5 : Karakol, Jeti Ogus & Issykul Lake

  • Morning horse ride (optional), pengalaman berkuda santai menuju ke kawasan indah lembah Jyrgalan.
  • Bergerak ke pekan Karakol untuk souvenir asli bangsa Nomad.
  • Seterusnya, lawati Jeti-Oguz, terkenal dengan formasi batuan yang dikenali sebagai “7 Lembu Jantan.”
  • Nikmati perjalanan di sepanjang pantai selatan Tasik Issyk-Kul yang sangat luas
  • Berehat dan bermalam di tepian tasik Issyk Kul
  • Meal : B, D
  • Accommodation : GH

Hari 6 : Persembahan Helang & Burana Tower

  • Mulakan lawatan anda dengan menyaksikan pertunjukan pemburu helang, satu tradisi kuno yang mempamerkan kemahiran pemburu dalam menggunakan helang untuk memburu.
  • Dalam perjalanan, berhenti seketika untuk melawat Menara Burana, sebuah struktur bersejarah yang terletak berhampiran dengan bandar Tokmok.
  • Teruskan perjalanan anda dan tiba di Bandar Bishkek, ibu kota Kyrgyzstan.  berehat dan bermalam.
  • Meal : B
  • Accommodation : H

Hari 7 : Bishkek, Penerbangan ke Tashkent

  • Check out.
  • Luangkan masa untuk meneroka bandar ini,sambil melawat Ala-Too Square, Turkiye Mosque
  • Penerbangan domestic ke Tashkent. Berehat dan bermalam di Tashkent
  • Meal : B
  • Accommodation : H

Hari 8 : Tashkent Day Trip

  • ⁠Lawatan ke Imam Khast Complex dan Islamic Civilization Center, dimana terdapatnya Al Quran tulisan tangan resam Uthmani pertama.
  • Aktiviti di bandar Taskhen, Plov Center, Green Bazaar
  • Meal : B
  • Accommodation : H

Hari 9 : Samarkand Day Trip

  • Menaiki train ke Samarkand seawal pagi.
  • Setibanya di Samarkand akan melawat monumen bersejarah Registan Square yang sangat popular.
  • ⁠Ke Guri Emir, makam pemerintah terkenal Asia Tengah iaitu Amir Temur, seterusnya melawat Shakhi Zinda, terdapatnya makam sepupu Rasulullah Ibnu Abbas 
  • ⁠Kunjungan ke Imam Bukhari Complex.
  • Train kembali ke Tashkent
  • ⁠Makan malam dan berehat.
  • ⁠Meal : B
  • Accommodation : H

Hari 10 : Tajikistan Day Trip

  • ⁠Sarapan pagi di hotel.
  • Pemandu akan pick-up di hotel dan memulakan perjalanan ke sempadan Tajikistan.
  • Local Guide akan mengalukan kedatangan anda dan memulakan trip ke Tajikistan
  • Berhenti di pekan untuk makan tengahari.
  • Perjalanan diteruskan ke 7 Lakes.
  • Kembali ke hotel sekitar jam 7 malam.
  • ⁠Meal: B
  • Accommodation : H

Hari 10 : Tashkent, Penerbangan Pulang

  • ⁠Sarapan pagi di hotel dan check out
  • Menaiki train seawal pagi dan bertolak ke pulang ke Tashkent airport 1500pm untuk penerbangan pulang ke tanahair
  • ⁠Meal: B

Hari 11 : Ketibaan Kuala Lumpur

  • Dijangka tiba di Kuala Lumpur 0605am

Nota :

  •  Accommodation : GH-Guesthouse, HS-Homestay, H-Hotel, Y-Yurt
  • B : Breakfast, L:Lunch, D:Dinner

Inclusion

  • ✅ International Flight Airasia KUL-ALA/TAS-KUL
  • ✅ Checked in Luggage 20kg
  • ✅ Domestic Flight + checked in Luggage 20kg
  • ✅ Private Chartered Transport
  • ✅ Entrance fees as per itinerary
  • ✅ Accommodations (Double) with Breakfast
  • ✅ Meal Plan as per itinerary
  • ✅ Airport Transfer
  • ✅ Train Tashkent-Samarkan Economy Return
  • ✅ Travel Insurance
  • ✅ Experienced Tour Leader
  • ✅ Eagle Hunters Show
  • ✅ National Park Entrance Fee
  • ✅ Drivers Expenses

Exclusion

  • ❌ Local Tour Guide (Optional)
  • ❌ Bottled water and beverages
  • ❌ Cable Car and UAZ Taxi Shuttle (RM80)
  • ❌ Horse riding (optional)
  • ❌ Personal Expenses
  • ❌ Tipping
  • ❌ Entrance Fee

HARgA PAKEJ

Dewasa

12 tahun ke atas
MYR 9,970 / pax
  • Deposit RM500
Popular

Kanak-kanak

2 tahun ke atas
MYR 9,280 / pax
  • Deposit RM500
FAMILI

Ground Only

Without International Flight
MYR 6,780 / pax
  • Deposit RM500
Small Group

TARIKH KEMBARA

Tarikh Open Trip

2026
9 – 20 SEPT 2026
7 – 18 OCT 2026
4 – 15 NOV 2026
2- 15 DEC 2026 (School Holiday)

Check Availability & Deposit Payment

  • Klik Check Availability untuk memeriksa jumlah seat yang masih ada
  • Borang hanya boleh memproses pembayaran deposit sahaja.
  • Bagi tujuan pembayaran lain, hubungi terus Travel Consultant.

VIDEO kembara

INGIN BUAT TEMPAHAN?

TRAVEL CONSULTANT SEDIA MEMBANTU

Yazmin
+60 10-573 0245

Mastura
+60 14-663 1078

SHARE THIS TRIP :

ISIKAN BORANG PERTANYAAN
(DAN KAMI AKAN HUBUNGI ANDA)

Last Updated : 6 July 2026  v2.0