ROMANIA, BULGARIA & HUNGARY 10H7M

INFO KEMBARA

10 Hari 7 Malam

Sofia / Bucharest / Budapest

KUL – SOF / BUD-KUL

Kumpulan Kecil 10 Pax

Itinerary TransBalkan

Mesra Keluarga

Pakej privasi 10H7M premium ini direka untuk percutian Eropah Timur yang santai, mewah, dan mesra Muslim tanpa kerap bertukar hotel. Bergerak dengan van persendirian eksklusif, terokai keindahan Bulgaria, Romania, dan Hungary. Nikmati OOTD musim luruh di Taman Istana Vrana, saksikan keunikan kota purba Veliko Tarnovo, dan teroka istana Dracula di Transylvania yang berkabut. Pengembaraan diserikan dengan pengalaman unik tren malam kabin katil. Kemuncak trip menanti di Budapest melalui keindahan Fisherman’s Bastion dan kemegahan bangunan Parlimen. Dipenuhi makanan halal yang lazat, syurga borong cenderamata mawar yang murah, dan sudut foto bertaraf dunia, trip ini menjanjikan portfolio memori yang sangat eksklusif.

Kisah Dongeng, Istana, & Jejak Warisan.

  • Sofia (Bulgaria)

    Ibu kota tenang berlatarbelakangkan gunung berkabut, terkenal dengan kos sara hidup murah, kubah katedral emas berkilau, dan warisan Islam Uthmaniyyah yang dekat di hati.

  • Bucharest (Romania)

    Digelar “Little Paris” kerana seni bina bangunan lamanya yang elegan, menawarkan suasana kota bersejarah yang hidup, kafe estetik, dan akses mudah ke istana Transylvania.

  • Budapest (Hungary)

    Mutiara Sungai Danube yang sangat romantik, syurga bergambar OOTD bertaraf dunia melalui Fisherman’s Bastion dan kemegahan bangunan parlimen yang memukau setiap pandangan.

Aktiviti menarik

Veliko Tarnovo & Kubu Tsarevets :Rumah-rumah klasik Eropah yang dibina bertingkat-tingkat di atas tebing batu, tergantung di atas gaung Sungai Yantra. Di puncak bukitnya pula tersergam Kubu Tsarevets—sebuah kota pertahanan purba dengan dinding batu gergasi ala Great Wall.

Alexander Nevsky Cathedral : Katedral megah di Sofia dengan bumbung kubah emas tulen berkilauan, menjadi ikon fotografi kumpulan yang paling popular.

Masjid Banya Bashi : Masjid warisan Empayar Uthmaniyyah abad ke-16 yang estetik, terletak bersebelahan kolam air mata air panas semula jadi.

Vrana Park & Palace : Taman istana diraja berkonsep cerita dongeng dengan tasik angsa dan jambatan kayu, lubuk OOTD musim luruh.

Kubu Tsarevets (Veliko Tarnovo) : Kota pertahanan purba atas bukit yang menawarkan pemandangan dramatik deretan rumah klasik yang tergantung di tebing gaung.

Peles Castle : Istana Neo-Renaissance mewah di pergunungan Carpathian yang dikelilingi patung marmar, kelihatan seperti poster filem yang gah.

Bran Castle : Lebih dikenali sebagai Istana Dracula, menawarkan kembara mistik meneroka laluan rahsia di dalam dinding batu zaman pertengahan.

Cărturești Carusel : Kedai buku enam tingkat di Bucharest dengan seni bina putih bersih dan tangga melengkung, diiktiraf antara tercantik dunia.

Fisherman’s Bastion : Struktur batu putih dengan menara comel di atas bukit Buda, menawarkan panorama seluruh kota Budapest bertaraf dunia.

Hungarian Parliament Building : Bangunan parlimen gergasi berciri gothic di tebing Sungai Danube, menjadi latar belakang foto ikonik yang sangat memukau.

Great Market Hall : Pasar berbumbung klasik tempat memborong cenderamata, jersi, manisan Chimney Cake, dan produk tempatan Hungary pada harga berpatutan.

Buda Castle : Kompleks istana diraja bersejarah di atas bukit yang menawarkan seni bina megah dan pemandangan luas Sungai Danube yang mempesonakan.

KELEBIHAN PAKEJ

BERBEZA DENGAN TRIP YANG LAIN

Konsep “Hub & Explore”: ​Kurang tukar hotel, peserta lebih santai dan tidak penat kemas beg.

Pengalaman Sleeper Train : ​Menaiki Tren Malam “Ister” ke Budapest yang eksklusif.

Laluan Satu Hala Efisien: Perjalanan terus dari Sarajevo ke Zagreb tanpa perlu patah balik.

Kumpulan Kecil Eksklusif: Maksimum 10 peserta menaiki minivan premium untuk pergerakan lebih fleksibel.

Jelajah 5 Tapak UNESCO: Melawat Plitvice, Dubrovnik, Split, Old Bridge Mostar dan Kotor dalam satu trip.

SMALL GROUP & PRIVATE ACTIVITY

ITINERARI TRANSBALKAN 10H7M

Berikut adalah cadangan itinerari perjalanan kembara.

Hari 1 : Penerbangan KUL - SOF

  • Penerbangan malam dari KLIA menuju ke Sofia, Bulgaria (Transit Timur Tengah)

Hari 2 :Ketibaan di Sofia – Santai Hub Balkan

  • Petang: Tiba di Lapangan Terbang Sofia (SOF). Disambut oleh pemandu tempatan dan daftar masuk hotel.

  • Malam: Aktiviti berjalan santai di Vitosha Boulevard untuk menikmati kopi estetik bajet bawah RM10 dan OOTD berlatarbelakangkan Gunung Vitosha berkabut. Makan malam kebab premium halal.

Hari 3 : Jejak Diraja & Foto Estetik Sofia

  • Pagi: Bergambar berkumpulan di Alexander Nevsky Cathedral (kubah emas tulen) dan melawat runtuhan Rom purba Serdica serta Masjid Banya Bashi warisan Uthmaniyyah.

  • Petang: Dibawa ke Vrana Park & Palace, taman istana diraja berkonsepkan kisah dongeng dengan jambatan kayu dan tasik untuk sesi OOTD musim luruh.

  • Malam: Sesi memborong produk penjagaan kulit berasaskan minyak mawar (Rose Oil) asli jenama Refan/Bulgarian Rose pada harga kilang.

  •  

Hari 4 : Veliko Tarnovo & Cross-Border

  • Pagi: Daftar keluar hotel di Sofia. 

  • Tengah Hari: Tiba di Veliko Tarnovo, ibu kota purba Bulgaria. Kumpulan dibawa melawat Kubu Tsarevets yang tersergam indah di puncak bukit. Peserta boleh berjalan di laluan batu kota lama dan mengambil gambar panoramic kumpulan dengan latar belakang dinding kubu gergasi serta runtuhan istana berlatarbelakangkan gunung.

Hari 5 : Kembara Dongeng Transylvania

  • Pagi/Petang: Full-day trip menaiki van privasi membelah pergunungan Carpathian. Melawat Peles Castle yang mewah dan Bran Castle (Istana Dracula) yang penuh penceritaan legenda mistik. Nikmati hidangan tengah hari sup sayur tradisional (Ciorbă) di dalam mangkuk roti khas (halal).

  • Malam: Kembali ke Bucharest untuk berehat.

Hari 6 : Little Paris & Tren Malam

  • Pagi: Bergambar di bangunan gergasi Palace of the Parliament dan sesi OOTD di tangga putih ikonik kedai buku tercantik dunia, Cărturești Carusel.

  • Petang: Waktu santai (Me-Time) di kafe-kafe hipster Old Town sebelum dihantar ke stesen kereta api.

  • Malam: Menaiki Tren Malam “Ister” ke Budapest (~6:30 PM). Pengalaman eksklusif tidur di dalam Kabin Katil privasi (Sleeper Cabin).

Hari 7 : Budapest

  • Pagi: Tiba di Stesen Budapest Keleti (~8:50 AM). Disambut van privasi Hungary dan daftar masuk hotel.

  • Petang: Meneroka kawasan bukit Buda Castle: Fisherman’s Bastion dan Gereja Matthias yang menawarkan sudut foto bertaraf dunia bertemakan puteri raja. Mencuba manisan tradisional Chimney Cake yang harum

Hari 8 : Budapest

  • Pagi: Lawatan melawat struktur megah Hungarian Parliament Building dan merintasi Jambatan Chain.

  • Petang: Memborong cenderamata, jersi, dan coklat tempatan di Great Market Hall.

  • Malam: Kemuncak Trip: Private Evening Cruise (Pelayaran Bot Persendirian) menyusuri Sungai Danube khusus untuk kumpulan anda menyaksikan limpahan lampu emas bangunan Parlimen pada waktu malam. Makan malam romantis hidangan halal premium

Hari 9 : Penerbangan Pulang

  • Tengah Hari: Daftar keluar hotel. Sesi santai saat akhir sebelum van persendirian menghantar kumpulan ke Lapangan Terbang Budapest (BUD) untuk penerbangan pulang Multi-City ke Malaysia.

Hari 10 : Ketibaan KUL

  • Selamat tiba di KLIA pada sebelah petang/malam dengan memori kembara 3 negara Balkan yang tidak dapat dilupakan.

Inclusion

  • ✅ Return flight ticket KUL – SOF / BUD – KUL (20kg + In Flight Meal)
  • ✅ Accommodation Hotel/ Apartment (Twin / Double/Triple) with Breakfast
  • Room/Triple), Hotel/ Apartment/ Hostel
  • ✅ Transportation
  • ✅ Entrance Fee
  • ✅ Sight seeing as per itinerary
  • ✅ Airport Transfer
  • ✅ Experienced Tour Leader 

Exclusion

  • Personal Expenses
  •  Entrance Fee
  • Sebarang perbelanjaan aktiviti yang tidak dinyatakan
  • Travel Insurance
  • Meal Plan

HARgA PAKEJ

Dewasa

12 tahun ke atas
MYR 9,780 / pax
  • Deposit RM500
Popular

TARIKH KEMBARA

Tarikh Open Trip

2026 (Musim Autumn)
18 – 27 Oktober 2026

2027 (Musim Bunga)
17 April – 26 April 2027
1 Mei – 10 Mei 2027
15 Mei – 24 Mei 2027

2027 (Musim Autumn)
10 – 19 Oktober 2027
24 Oktober – 2 November 2027
2 – 11 November 2027

Check Availability & Deposit Payment

  • Klik Check Availability untuk memeriksa jumlah seat yang masih ada
  • Borang hanya boleh memproses pembayaran deposit sahaja.
  • Bagi tujuan pembayaran lain, hubungi terus Travel Consultant.
INGIN BUAT TEMPAHAN?

TRAVEL CONSULTANT SEDIA MEMBANTU

ISIKAN BORANG TEMPAHAN
(DAN KAMI AKAN HUBUNGI MELALUI WHATSAPP)

Last Updated : 7 July 2026  v1.0