KEUKENHAUF TULIP FESTIVAL NETHERLANDS 10D7N

INFO KEMBARA

10 Hari 7 Malam

Amsterdam, Volendam, Zaandam, Giethoorn, Zaanse Schans, Lisse

KUL – AMS

Small Group 7 pax

Flexible Itinerary

Tulip, Nature & Outdoor

Penerokaan Belanda menjadi lebih bermakna dengan gabungan destinasi menarik seperti Amsterdam, Zaanse Schans, Volendam, Marken, Giethoorn, Batavia, Kinderdijk dan Zaandam. Mulakan dengan Amsterdam Day Trip untuk merasai keindahan terusan, muzium dan suasana bandar yang hidup. Di Zaanse Schans, nikmati kincir angin dan keju tempatan. Volendam dan Marken pula menawarkan pemandangan kampung nelayan klasik Belanda. Giethoorn memikat dengan pelayaran bot di perkampungan tanpa jalan, manakala Batavia pula destinasi beli-belah berkonsepkan perkampungan lama.  Ladang tulip di Lisse menawarkan pemandangan semula jadi yang memukau, di mana hamparan tulip pelbagai warna terbentang sejauh mata memandang. Pelawat boleh berjalan di laluan khas di tepi ladang, mengambil gambar yang menakjubkan, dan sesetengah ladang juga menawarkan lawatan interaktif serta peluang memetik bunga.

Amsterdam

Kota terusan yang menawan dengan budaya berbasikal, seni di muzium Van Gogh, kafe unik, rumah Anne Frank dan suasana santai yang memikat pelancong.

Giethoorn

Perjalanan diteruskan ke Giethoorn, dikenali sebagai ‘kampung tanpa jalan’ di mana pengunjung menaiki bot melalui terusan dan menikmati keindahan alam serta rumah desa yang indah.

Keukenhof Tulip Festival

Keukenhof Festival adalah festival bunga musim bunga yang terkenal di Belanda, berlangsung setiap tahun dari pertengahan Mac hingga pertengahan Mei

Zaanse Schans

Kampung tradisional Belanda dengan kincir angin bersejarah, kedai keju, kraftangan kayu dan suasana desa yang membawa pengunjung kembali ke era klasik Belanda.

Zaandam

Zaandam menampilkan seni bina berwarna-warni unik, termasuk Inntel Hotel ikonik, suasana santai, kedai menarik, dan lokasi berdekatan dengan Zaanse Schans yang bersejarah.

Lisse

Berbeza dengan taman Keukenhof yang lebih tersusun dan bertema, ladang tulip di Lisse menawarkan pemandangan semula jadi yang memukau, di mana hamparan tulip pelbagai warna terbentang sejauh mata memandang. Pelawat boleh berjalan di laluan khas di tepi ladang, mengambil gambar yang menakjubkan, dan sesetengah ladang juga menawarkan lawatan interaktif serta peluang memetik bunga.

Batavia Stad

Batavia Stad Fashion Outlet untuk membeli-belah barangan berjenama dengan harga diskaun dalam suasana yang menyerupai perkampungan Belanda lama.

Marken

Marken ialah sebuah kampung kecil yang terletak di pulau lama, terkenal dengan rumah kayu tradisional, jalan batu sempit, dan budaya Belanda yang masih terpelihara.

Volendam

Volendam ialah kampung nelayan tradisional Belanda dengan rumah berwarna-warni, pelabuhan cantik, pakaian tradisi, serta terkenal dengan keju tempatan dan suasana fotogenik.

TRAVEL STYLE

SPECIAL SERVICE TERMS

Accommodation

Kemudahan penginapan sama ada hotel, homestay atau guest house. Jumlah penginapan adalah terhad dan tidak banyak pilihan dan beada bukan di bandar dan kebanyakannya di luar bandar.

Private Transport

Transport menggunakan MPV 9 seater. Kanak-kanak dianggap sebagai 1 seat seperti dewasa, dan diwajibkan memakai child seat (tambahan caj). 

Meal Plan

Penyediaan makan untuk sepanjang perjalanan di bawah tanggungjawab peserta.  Terdapat kemudahan dapur di guesthouse, boleh digunakan untuk penyediaan makanan, walaupun utensil terhad. 

Cabin Luggage

1 x Check-in Luggage 23kg
1 x Bag Personal Item (i.e hand bag, backpack, laptop)

Saiz luggage tidak melebih 26 inci. Ini penting dipatuhi kerana ruang MPV yang tidak besar. 

PERGI SENDIRI, PULANG IBARAT FAMILI

CADANGAN ITINERARI

Berikut adalah cadangan itinerari perjalanan kembara.
(Tertakluk kepada perubahan)

Hari 1 : Penerbangan

* Penerbangan jam 2100  Kuala Lumpur – Amsterdam.

Hari 2 : Hari Ketibaan Amsterdam

  • Perjalanan kita bermula di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Amsterdam dimana Tour Leader akan menunggu dan membawa anda terus ke penginapan. 
  • Kita berehat sebelum memulakan kembara sepenuhnya esok pagi.

Hari 3 : Amsterdam Day Trip

  • Menerokai Bandar Amsterdam yang indah dan kaya dengan pelbagai taman hijau menarik dan muzium yang mempersonakan. 
  • Ia lebih menyeronokkan secara berjalan kaki di sepanjang Damrak sehingga ke Flower Market dan sebelum ke Rejmuseum. 
  • Lihat bagaimana terusan membentuk bandar dan bangunan yang unik tidak sama tinggi. 
  • Awas basikal sangat banyak disini.

Hari 4 : Zaanse Schans

  • Zaanse Schans adalah muzium terbuka, perkampungan tradisional dipenuhi rumah kayu comel pelbagai rupa yang dipulihara. 
  • Ia contoh terbaik kincir angin dimana semua termasuk rumah dan kedaiberumur lebih 100 tahun dan dibawa ke sini. 
  • Ia dicabut, dibaiki dan dibina semula dari pelbagai tempat.

Hari 5 : Giethoorn, Coastal View & Batavia

  • Perjalanan diteruskan ke Giethoorn, dikenali sebagai ‘kampung tanpa jalan’ di mana pengunjung menaiki bot melalui terusan dan menikmati keindahan alam serta rumah desa yang indah. 
  • Kemudian singgah di Batavia Stad Fashion Outlet untuk membeli-belah barangan berjenama dengan harga diskaun dalam suasana yang menyerupai perkampungan Belanda lama.

Hari 6 : Volendam, Marken

  • Itinerary sehari ke Volendam dan Marken bermula dengan perjalanan pagi ke Volendam, sebuah kampung nelayan yang terkenal dengan rumah kayu berwarna-warni dan pelabuhan yang cantik. 
  • Nikmati sarapan sambil menghadap laut, kemudian bergambar memakai pakaian tradisional Belanda dan lawati kilang keju tempatan. 
  • Selepas itu, naik feri ke Marken, sebuah perkampungan pulau yang tenang dengan rumah kayu hijau dan jalan batu sempit. 
  • Akhiri hari dengan makan tengah hari atau minum petang di kafe tepi laut sebelum kembali semula ke Amsterdam.

Hari 7 : Zaandam

  • Dimulakan dengan bergambar di hadapan Inntel Hotel Zaandam yang ikonik dengan seni bina seperti rumah-rumah tradisional bertindan. 
  • Seterusnya, berjalan kaki di kawasan pusat bandar yang mesra pejalan kaki, sambil menikmati suasana tenang dan membeli-belah di butik tempatan.
  • Luangkan masa di Czaar Peterhuisje, rumah bersejarah tempat tinggal Tsar Peter the Great semasa beliau belajar pembinaan kapal di Belanda. 

Hari 8 : Keukenhof Tulip Festival

  • Keukenhof Festival adalah festival bunga musim bunga yang terkenal di Belanda, berlangsung setiap tahun dari pertengahan Mac hingga pertengahan Mei. 
  • Terletak di Lisse, taman seluas 32 hektar ini menampilkan lebih 7 juta bunga, termasuk tulip, hyacinth, daffodil dan banyak lagi dalam pelbagai warna dan corak. 
  • Pengunjung boleh berjalan di antara taman-taman bertema, rumah kaca, dan pameran bunga yang menakjubkan, serta menikmati suasana musim bunga yang segar dan berwarna-warni. 
  • Festival ini juga sering disertai dengan pertunjukan bunga, gerai makanan, dan aktiviti mesra keluarga, menjadikannya salah satu tarikan utama musim bunga di Belanda.

Hari 9 : Penerbangan Pulang

  • Free & Easy
  • Check out
  • Penerbangan pulang jam 1540 petang

Hari 10 : Ketibaan Kuala Lumpur

  • Dijangka tiba di KLIA 1440 petang

Inclusion

  • ✅ International Flight  KUL- AMS
  • ✅ Checked in Luggage 23kg + 1 Cabin Luggage 7kg
  • ✅ Private Chartered Transport
  • ✅ Parking, Fuel & Toll 
  • ✅ Entrance Ticket Keukenhof Festival
  • ✅ Accommodations (Guesthouse / Hotel)
  • ✅ Airport Transfer
  • ✅ Experienced Tour Leader
  • ✅ Drivers Expenses 

Exclusion

  • ❌ Meal Plan
  • ❌ Entrance Fee
  • ❌ Personal Expenses
  • ❌ Travel Insurance
  • ❌ Boating

Note

  • Jadual Keukenhauf Festival adalah antara Mac hingga May dan tertakluk kepada jadual. 

HARgA PAKEJ

Dewasa

12 tahun ke atas
MYR 10,780 / pax
  • Deposit RM500
Popular

Kanak-kanak

2 tahun ke atas
MYR 10,380 / pax
  • Deposit RM500
FAMILI

Ground Service

Exclude Flight
MYR 7,880 / pax
  • Deposit RM500
GROUND

TARIKH KEMBARA

Tarikh Open Trip

April 2026
20 – 29 April

Check Availability & Deposit Payment

  • Klik Check Availability untuk memeriksa jumlah seat yang masih ada
  • Borang hanya boleh memproses pembayaran deposit sahaja.
  • Bagi tujuan pembayaran lain, hubungi terus Travel Consultant.
INGIN BUAT TEMPAHAN?

TRAVEL CONSULTANT SEDIA MEMBANTU

ISIKAN BORANG TEMPAHAN
(DAN KAMI AKAN HUBUNGI MELALUI WHATSAPP)