SANTORINI, ATHENS & ISTANBUL 9D7N

INFO KEMBARA

9 Hari 7 Malam

Athens / Santorini / Istanbul

KUL – IST / ATH – KUL

Kumpulan Kecil 7 Pax

Itinerary Santai

Mesra Keluarga

Kembara ke Istanbul, Athens dan Santorini menyatukan pesona sejarah, budaya dan keindahan alam. Di Istanbul, pengembara terpesona dengan seni bina agung Hagia Sophia dan Masjid Biru serta suasana meriah di Grand Bazaar. Perjalanan diteruskan ke Athens, kota purba yang menampilkan tinggalan sejarah seperti Acropolis dan Parthenon. Santorini pula memukau dengan pemandangan laut Aegean yang biru, bangunan putih bertingkat di Oia serta matahari terbenam yang romantis. Gabungan tiga destinasi ini menawarkan pengalaman unik – dari warisan Empayar Uthmaniyyah dan Yunani Kuno hinggalah ketenangan pulau indah yang menggamit jiwa dan meninggalkan kenangan yang tidak dapat dilupakan.

SEJARAH, BUDAYA & KEINDAHAN ALAM

Istanbul: Sebuah bandar yang menggabungkan warisan budaya timur dan barat, menawarkan tarikan seperti Hagia Sophia, Masjid Biru, dan Istana Topkapi. Bazaar Besar yang sibuk dan pemandangan indah Selat Bosphorus menjadikan Istanbul destinasi yang memikat hati.

Athens memikat dengan sejarah agungnya seperti Acropolis dan Parthenon. Kota ini menggabungkan warisan Yunani Kuno dengan kehidupan moden, menjadikannya destinasi penuh budaya dan inspirasi.

Santorini terkenal dengan bangunan putih berlatar laut biru, matahari terbenam yang menakjubkan, serta suasana romantik. Pulau ini sesuai untuk bersantai sambil menikmati keindahan semula jadi.

Aktiviti menarik

Hagia Sophia: Ikon Istanbul, pernah menjadi gereja dan masjid, kini muzium yang memaparkan seni bina Bizantium dan Islam yang mengagumkan.

Blue Mosque (Sultan Ahmed Mosque), Istanbul: Terkenal dengan kubah birunya, masjid ini adalah salah satu tarikan utama Istanbul, menawarkan seni bina Islam yang menakjubkan.

Grand Bazaar & Spice Bazaar, Istanbul: Pasar-pasar terkenal yang menawarkan pelbagai barangan dari rempah-rempah, tekstil, barang kemas hingga kraftangan tempatan.

Fira: Nikmati suasana bandar utama Santorini dengan lorong putih berliku, gereja berkubah biru, butik kecil dan kafe yang menghadap pemandangan Caldera yang memukau.

Cable Car ke Old Port: Naiki kereta kabel menuruni tebing curam ke pelabuhan lama, sambil menikmati pemandangan dramatik laut Aegean dan tebing berbatu Santorini yang menakjubkan.

Pilihan Menaiki Keldai: Alami pengalaman tradisional dengan menunggang keldai menyusuri laluan berbatu dari Old Port ke Fira. Seronok dan mencabar, sambil menikmati pemandangan tebing yang dramatik.

Red Beach : Santai di pantai unik dengan pasir berwarna merah atau hitam, berenang di air jernih dan nikmati suasana semula jadi yang eksotik dan tenang.

Nea Kameni: Lawat optional ke pulau gunung berapi aktif, berjalan kaki ke kawahnya dan alami landskap vulkanik mentah serta panorama Santorini dari sudut berbeza yang mengagumkan.

Oia: Desa paling fotogenik di Santorini, penuh dengan lorong sempit, galeri seni, kafe indah, dan tempat terbaik menyaksikan matahari terbenam romantik.

Acropolis & Parthenon: Terokai tapak arkeologi paling ikonik di Athens, nikmati pemandangan bandar dari atas bukit dan hayati keagungan seni bina Yunani purba yang masih kekal utuh.

Plaka District (Old Town): Berjalan di lorong berbatu yang penuh warna, beli cenderamata unik, nikmati kopi Greek dan alami suasana tradisional yang tenang di kaki Acropolis.

Monastiraki Square: Rasai kemeriahan pasar loak, temui barangan antik, cicip makanan jalanan Greek dan saksikan panorama Acropolis yang indah dari kafe atas bumbung.

KELEBIHAN PAKEJ

BERBEZA DENGAN TRIP YANG LAIN

Domestic Flight

Private Transport Terpilih

Airport Transfer

Caldera Activity

Tour Leader Berpengalaman

SMALL GROUP & PRIVATE ACTIVITY

ITINERARI SANTORINI, ATHENS & ISTANBUL 9H7M

Berikut adalah cadangan itinerari perjalanan kembara.

Hari 1 : Penerbangan KUL - IST

  • Pelepasan pagi dari KLIA ke Istanbul
  • Tiba Istanbul, Turkey sekitar 1400pm
  • Check in dan berehat
  • Aktiviti malam Free & Easy 

Hari 2 : Istanbul Day 1

  • Lawat Hagia Sophia – simbol ikonik Istanbul, gabungan gereja dan masjid.

  • Terus ke Masjid Biru – seni bina Uthmaniyyah yang memukau.

  • Jalan-jalan di Sultanahmet Square – suasana klasik dan bersejarah.

  • Makan malam di restoran Turki berdekatan dengan view Hagia Sophia.

Hari 3 : Istanbul Day 2, Penerbangan ke Santorini

  • Jalan ke Grand Bazaar – beli cenderamata, rempah dan barangan kulit.

  • Lunch cepat di sekitar Eminönü.

  • Bertolak ke lapangan terbang ~2:30 petang

  • Check-in dan rehat sebentar.

  • Nikmati suasana malam Santorini yang tenang dan angin sepoi-sepoi.

Hari 4 : Santorini Day 1

  • Jalan-jalan di Fira: Nikmati suasana bandar utama Santorini dengan lorong putih berliku, gereja berkubah biru, butik kecil dan kafe yang menghadap pemandangan Caldera yang memukau.

  • Cable Car ke Old Port: Naiki kereta kabel menuruni tebing curam ke pelabuhan lama, sambil menikmati pemandangan dramatik laut Aegean dan tebing berbatu Santorini yang menakjubkan.

  • Sunset View di Oia : Tonton matahari terbenam yang ikonik dari runtuhan istana lama, dengan langit jingga keemasan yang menyinari bangunan putih dan laut yang tenang.

Hari 5 : Santorini Day 2

  • Red Beach or Perissa Beach: Santai di pantai unik dengan pasir berwarna merah atau hitam, berenang di air jernih dan nikmati suasana semula jadi yang eksotik dan tenang.

  • Nea Kameni: Lawat pulau gunung berapi aktif, berjalan kaki ke kawahnya dan alami landskap vulkanik yang masih panas serta panorama Santorini dari sudut berbeza yang mengagumkan. 

Hari 6 : Penerbangan ke Athens

  • Penerbangan ke Athens.
  • Bergerak menaiki metro ke Monastiraki Square: Rasai kemeriahan pasar loak, temui barangan antik, cicip makanan jalanan Greek dan saksikan panorama Acropolis yang indah dari kafe atas bumbung.
  • Syntagma Square & Changing of the Guard : Saksikan upacara penukaran pengawal di hadapan Parlimen.

Hari 7 : Athens Day Trip

  • Acropolis & Parthenon: Terokai tapak arkeologi paling ikonik di Athens, nikmati pemandangan bandar dari atas bukit dan hayati keagungan seni bina Yunani purba yang masih kekal utuh.
  • Plaka District (Old Town): Berjalan di lorong berbatu yang penuh warna, beli cenderamata unik, nikmati kopi Greek dan alami suasana tradisional yang tenang di kaki Acropolis.

Hari 8 : Penerbangan Pulang

  • Free & Easy
  • Check out dan Airport Transfer
  • Penerbangan pulang ke Kuala Lumpur

Hari 9 : Ketibaan

  • Arrival KLIA 8am.

Inclusion

✅International Flight ticket KUL – Istanbul (20kg + In Flight Meal)
✅International Flight ticket Athens – KUL (20kg + In Flight Meal)
✅International Flight IST – Santorini 
✅Domestic Flight Santorini – Athens
✅Accommodation 7 nights (Twin / Double Room/Triple) in Hotel/ Apartment/ 
✅ Local transport Istanbul & Athens
✅Transportation in Santorini
✅ Sight seeing as per itinerary
✅Airport Transfer 
✅ Experienced Tour Leader 

Exclusion

  • Personal Expenses
  • Sebarang perubatan melibatkan Covid 19
  • Sebarang perbelanjaan aktiviti yang tidak dinyatakan
  • Travel Insurance
  • Meal Plan
  • Entrance Fee
  • Activity cable car, donkey ride, boat cruise to volcano & hotspring

HARgA PAKEJ

Dewasa

12 tahun ke atas
MYR 10,780 / pax
  • Deposit RM500
Popular

Dewasa

12 tahun ke atas
MYR 6,780 / pax
  • Deposit RM500
Ground

TARIKH KEMBARA

Tarikh Open Trip

September 2025
25 September – 3 October 2025

Check Availability & Deposit Payment

  • Klik Check Availability untuk memeriksa jumlah seat yang masih ada
  • Borang hanya boleh memproses pembayaran deposit sahaja.
  • Bagi tujuan pembayaran lain, hubungi terus Travel Consultant.
INGIN BUAT TEMPAHAN?

TRAVEL CONSULTANT SEDIA MEMBANTU

ISIKAN BORANG TEMPAHAN
(DAN KAMI AKAN HUBUNGI MELALUI WHATSAPP)