KASHMIR & TAJ MAHAL, INDIA 8H6M

INFO KEMBARA

8 Hari 6 Malam

Banjaran Himalaya

KUL – Delhi – Srinagar

Kumpulan Kecil 12 Pax

Itinerari Fleksibel

Mesra Keluarga

Kembara ke Kashmir, India menawarkan pemandangan gunung yang menakjubkan, lembah hijau subur, dan tasik biru yang jernih. Pengalaman berperahu di Dal Lake, melawat taman-taman Mughal, dan meneroka pasar tempatan yang penuh warna menjadikan perjalanan ini unik dan mempesonakan, sesuai untuk pencinta alam dan budaya.

Selepas pulang dari kembara di Kashmir, kita akan menuju ke Agra.  Sebuah bandar bersejarah yang terletak di negeri Uttar Pradesh, India, terkenal dengan sejarah Mughal yang kaya dan mercu tanda ikoniknya. Ia paling terkenal dengan Taj Mahal, salah satu Tujuh Keajaiban Dunia, simbol cinta yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan sebagai peringatan kepada isterinya, Mumtaz Mahal.

DESTINASI MENDAMAIKAN

Pahalgam : Destinasi alam semula jadi yang menakjubkan dengan lembah hijau, sungai jernih, dan udara segar.

Sonamarg: Perkampungan indah dengan padang bunga emas, pemandangan gunung bersalji, dan laluan berjalan kaki.

Gulmarg : Destinasi ski terkenal dengan pemandangan gunung bersalji, padang bunga, dan aktiviti luar.

Taj Mahal: Monumen cinta ikonik dengan marmar putih indah dan seni bina Mughal yang memukau.

Delhi: Kota bersejarah dengan kombinasi budaya moden, monumen ikonik, dan pasar yang sibuk.

Dal Lake: Tasik indah di Srinagar dengan rumah bot, shikara, dan pemandangan gunung yang mempesonakan.

Aktiviti menarik

Menaiki Shikara selama 2 jam

Menaiki sampan kecil tradisi ini mengelilingi Dal Lake melihat secara dekat masyarakat tinggal atas air.

Kashmir
Berkuda di Glacier Thajiwas sonamarg

Antara aktiviti kegemaran melalui lembah dan hutan di kawasan yang terindah Kashmir.

Melawat Taj Mahal

Disenaraikan antara 7 Keajaiban di Dunia bukti cinta Shah Jahan kepada isterinya, Mumtaz Mahal.

Pengalaman Bermalam di Houseboat

Rasai tidur semalam yang rumah cantik berukiran diatas Tasik Dal atau Tasik Nigeen. 

Di Rumah Munni, Filem Bajrangi Bhaijaan

Bagi peminat filem Bollywood ada banyak tempat penggambaran seperti Bajrangi Bhaijaan,Fitoor,Phantom,3 Idiots,Betaab dan banyak lagi.

Membeli Saffron, Buah Kering dan Manisan

Kashmir antara negara dianugerahkan daun Saffron yaang bernilai tinggi. Buahan kering dan manisan untuk dibawa pulang.

Kashmir
Bergambar Seindah Musim Luruh

Bergambar secantik di ketika musim luruh di Nishat Garden. Vibes autumn yang sebenar.

Bermain Salji Winter

Aktiviti untuk keluarga yang paling digemari oleh anak-anak dan juga ibubapa.

Bergambar Musim Bunga

Ketika musim tulip bulan Mac, sepanjang musim bunga menyajikan pemandangan yang berwarna di Kashmir.

KELEBIHAN PAKEJ

BERBEZA DENGAN TRIP YANG LAIN

1 Malam Penginapan di Delhi

1 Malam Penginapan di Housebout

2 Jam Shikara RIde

Cable Car Gulmarg

Tour Leader Berpengalaman

PERGI SENDIRI, PULANG IBARAT FAMILI

ITINERARI KASHMIR & TAJ MAHAL 8H6M

Berikut adalah cadangan itinerari perjalanan kembara.

Hari 1 : Penerbangan KUL - Delhi

  • Berlepas dari Kuala Lumpur (KUL)
  • Ketibaan di Lapangan Terbang Indira Ghandi International Airport
  • Airport transfer dan check in hotel di Delhi

Hari 2 : Srinagar (B/D)

  • Check out hotel dan terus ke airport untuk berlepas ke Srinagar
  • Ketibaan di Lapangan Terbang Srinagar
  • Mengunjungi dan menikmati pemandangan di Srinagar Mughal Garden dan menaiki Shikara di Dal Lake.
  • Bermalam di houseboat.

Hari 3 : Sonamarg (B/D)

  • Sonamarg adalah sebuah pekan yang indah terletak di daerah Ganderbal, Jammu dan Kashmir, India. Dikenali sebagai “Padang Rumput Emas,” ia terkenal dengan landskap yang menakjubkan, dikelilingi oleh gunung yang diliputi salji, padang rumput hijau yang subur, dan sungai.
  • Pilihan aktivit: Menaiki pony ke Thajiwas Glacier

Hari 4 : Gulmarg (B/D)

  • Perjalanan menuju ke Gulmarg. Gulmarg adalah sebuah stesen bukit dan resort ski yang popular terletak di rangkaian Pir Panjal di Jammu dan Kashmir, India. Dikenali dengan kecantikan alam semula jadi yang memukau, ia sering dirujuk sebagai “Padang Rumput Bunga” kerana padang rumput hijau yang subur, bunga liar yang berwarna-warni, dan gunung yang diliputi salji.
  • Antara aktiviti menarik ialah menaiki Gondola untuk menikmati permandangan sekitar.

Hari 5 : Pahalgam (B/D)

  • Perjalanan menuju ke Pahalgam. Pahalgam adalah sebuah pekan yang indah yang terletak di daerah Anantnag, Jammu dan Kashmir, India, yang terkenal dengan kecantikan alam semula jadi dan persekitaran yang tenang. Terletak pada ketinggian sekitar 7,000 kaki, ia terletak di tebing Sungai Lidder, dikelilingi oleh padang rumput hijau yang subur, gunung yang diliputi salji, dan hutan yang lebat. 
  • Antara aktiviti – aktiviti yang kami akan lakukan: Aru Valley, Beetab Valley and Chandanwari
  • Aktiviti Pilihan: Menaiki kuda ke Baisaran Valley (Mini Swiss) atau Beetab Valley

Hari 6 : Srinagar - Delhi (B/D)

  • Selepas sarapan pagi, kita akan di bawa ke lapangan terbang Srinagar untuk berlepas ke Delhi.
  • Setelah tiba di Delhi,  kita akan menaiki ‘Tempo Traveler’
    ke Agra yang akan mengambil masa selama 4-5 jam. 
  • Kita akan bermalam di Agra.

Hari 7 : Taj Mahal, Agra (B/D)

  • Kita akan bertolak ke Taj Mahal pada awal pagi bagi mengelakkan orang ramai. 
  • Dalam tengah hari kita akan menuju ke Delhi untuk penerbangan balik ke Kuala Lumpur pada 10mlm. 
  • ‘Selamat Tinggal’ Kashmir & Agra dengan penuh kenangan manis.

Hari 8 : Ketibaan Kuala Lumpur

  • Dijangka tiba di KLIA pada jam 6pagi.

Inclusion

  • ✅ Return flight ticket KUL – Delhi (20kg + In Flight Meal)
  • ✅ Return flight ticket Delhi – Srinagar (15kg)
  • ✅ Accommodation (Twin / Double Room/Family)
  • ✅ Half board (Breakfast, Dinner)
  • ✅ Transportation
  • ✅ All Tolls & Taxes, Driver Allowance
  • ✅ Airport Transfer
  • ✅ Sight seeing as per itinerary
  • ✅ Group Travel Insurance
  • ✅ Visa India
  • ✅ Experienced Tour Leader

Exclusion

  • Personal Expenses
  • Personal medications to be brought along for the Tour. 
  • Personal expenses which includes shopping, optional activities and tips.

HARgA PAKEJ

Dewasa

12 tahun ke atas
MYR 5390 / pax
  • Deposit RM500
Popular

Kanak-kanak

2 tahun ke atas
MYR 4970 / pax
  • Deposit RM500
FAMILI

Bayi

2 tahun ke bawah
MYR 1380 / pax
  • Deposit RM500
FAMILI

TARIKH KEMBARA

Tarikh Open Trip

SEPTEMBER 2025 (SUMMER SEASON)
13/09- 20/09/25

OCTOBER 2025 (AUTUMN SEASON)
18/10 – 25/10/25 (Public Holiday)

NOVEMBER 2025 (AUTUMN SEASON)
23/11 – 30/11/25

DECEMBER 2025 (WINTER SEASON)
11/12 – 18/12/25 (Note: 11/12/25 – Thursday: PH – Sultan Selangor Birthday)
20/12 – 27/12/25 (Note: School Holidays)
27/12/25 – 03/01/26 (Note: School Holidays)

JANUARY 2026 (WINTER SEASON)
05/01 – 12/01/26 (Note: Malaysia School Holidays)
17/01 – 24/01/26 (Non-Peak Season)
24/01 – 31/01/26 (Non-Peak Season)

FEBRUARY 2026 (WINTER SEASON)
31/01 – 07/02/26 (Note: 01/02 & 02/02/26 – Sunday & Monday: PH – Thaipusam & FT Day)
07/02 – 14/02/26 (End of Winter Season)

APRIL 2026 (SPRING SEASON)
29/03 – 05/04/26 (Tulip Season)
05/04 – 12/04/26 (Tulip Season)
12/04 – 19/04/26 (Early Summer)
19/04 – 26/04/26 (Early Summer)

Check Availability & Deposit Payment

  • Klik Check Availability untuk memeriksa jumlah seat yang masih ada
  • Borang hanya boleh memproses pembayaran deposit sahaja.
  • Bagi tujuan pembayaran lain, hubungi terus Travel Consultant.

VIDEO kembara

INGIN BUAT TEMPAHAN?

TRAVEL CONSULTANT SEDIA MEMBANTU

ISIKAN BORANG TEMPAHAN
(DAN KAMI AKAN HUBUNGI MELALUI WHATSAPP)