CLASSIC ENGLAND 10D7N
INFO KEMBARA
Small Group 7 pax
Flexible Itinerary
Private Transport for All Ages
London menawarkan pengalaman pelancongan yang menarik dengan mercu tanda ikonik seperti Big Ben, Tower of London, dan Buckingham Palace. Lawatan sehari ke Cambridge membolehkan pelawat menikmati seni bina universiti bersejarah dan menaiki punt di Sungai Cam. Bath pula terkenal dengan Roman Baths dan seni bina Georgian yang menawan. Cotswolds & Oxfordshire menawarkan pemandangan desa indah dengan rumah batu tradisional dan bandar akademik Oxford. Bicester Village menjadi syurga membeli-belah dengan jenama mewah pada harga diskaun. Di London, Oxford Street penuh dengan butik terkenal, manakala Portobello Market di Notting Hill menawarkan barangan vintaj dan antik yang unik.
DESTINASI menarik
London
London menawarkan pelbagai tarikan ikonik seperti Big Ben, Tower of London, Buckingham Palace, dan London Eye. Pelancong boleh menikmati sejarah, budaya, dan membeli-belah di Oxford Street atau Borough Market.
Cambridge
Cambridge menawan dengan universiti bersejarah, seni bina Gothic, dan pengalaman punting di Sungai Cam. Lawatan sehari membolehkan pelawat meneroka King’s College Chapel, Fitzwilliam Museum, dan suasana akademik yang klasik.
Bath
Bath terkenal dengan Roman Baths, seni bina Georgian, dan Royal Crescent. Bandar ini menawarkan sejarah, spa semula jadi, serta pemandangan Sungai Avon yang indah, menjadikannya destinasi warisan dunia UNESCO yang menarik.
Cotswold
Cotswolds ialah kawasan desa yang menawan di England,seperti Bibury, Bourton-on-the-Water, dan Castle Combe menawarkan pemandangan indah serta pengalaman desa klasik Inggeris. Dengan laluan hiking yang menakjubkan dan kafe-kafe kecil yang selesa, Cotswolds menjadi tempat percutian yang sempurna untuk menikmati ketenangan dan keindahan alam semula jadi
Oxfordshire
Oxfordshire terkenal dengan Universiti Oxford yang berprestij, seni bina bersejarah, dan suasana akademik yang klasik. Selain bandar Oxford, kawasan ini juga menawarkan desa-desa menawan, ladang anggur, serta tarikan seperti Blenheim Palace.
Bicester Village
Bicester Village ialah destinasi membeli-belah mewah yang menawarkan jenama terkenal pada harga diskaun. Dengan suasana desa yang elegan, ia menarik pemburu fesyen dari seluruh dunia untuk pengalaman membeli-belah eksklusif.
Oxford Street
Oxford Street ialah pusat membeli-belah utama di London, menampilkan lebih 300 kedai termasuk jenama terkenal seperti Selfridges, Zara, dan H&M. Terletak di tengah kota, ia menjadi destinasi popular bagi pembeli dari seluruh dunia.
Bayswater
Bayswater adalah kawasan strategik di London dengan gabungan budaya yang pelbagai, berdekatan dengan Hyde Park dan Kensington Gardens. Ia terkenal dengan hotel-hotel selesa, restoran antarabangsa, serta akses mudah ke tarikan utama London.
Borough Market
Borough Market, salah satu pasar makanan tertua di London, menawarkan pelbagai hidangan segar, makanan artisan, dan sajian antarabangsa. Terletak berhampiran London Bridge, ia menjadi destinasi popular bagi pencinta kuliner dan gastronomi.
TRAVEL STYLE
SPECIAL SERVICE TERMS
Accommodation
Kemudahan penginapan sama ada hotel, homestay atau guest house di kawasan luar bandar. Jumlah penginapan adalah terhad tetapi menawarkan pengalaman unik.
Private Transport
Kecuali di bandar London. transport menggunakan MPV 9 seater ke bandar kedesaan England. Kanak-kanak dianggap sebagai 1 seat seperti dewasa, dan diwajibkan memakai child seat.
Cabin Luggage
1 x Check-in Luggage
1 x Cabin Luggage
1 x Bag Personal Item (i.e hand bag, backpack, laptop)
Saiz luggage tidak melebih 26 inci. Ini penting dipatuhi kerana ruang MPV yang tidak besar.
Meal Plan
Penyediaan makan untuk sepanjang perjalanan di bawah tanggungjawab peserta. Jika ada dapur di guesthouse, boleh digunakan untuk memasak.
PERGI SENDIRI, PULANG IBARAT FAMILI





ITINERARI CLASsIC ENGLAND 10H7M
Berikut adalah cadangan itinerari perjalanan kembara.
(Tertakluk kepada perubahan)
Hari 1 : Penerbangan KUL - LHR
- Perjalanan kita akan bermula dengan penerbangan dari K.Lumpur ke
London.
Hari 2 : Hari Ketibaan London
- Kapten / Tour Leader akan menunggu di airport untuk bawa
berjalan ke bandar London sebelum terus ke penginapan
Hari 3 : London Day Trip
- Mulakan hari dengan pengalaman tube melawat Istana Buckingham dan menyaksikan upacara pertukaran pengawal, kemudian terus ke Big Ben dan Houses of Parliament untuk mengambil gambar ikonik.
- Seterusnya, lawati Tower of London untuk melihat sejarah zaman pertengahan dan singgah di Tower Bridge untuk pemandangan sungai Thames.
- Ikuti pelayaran santai di Sungai Thames sambil menikmati keindahan kota London pada waktu malam.
Hari 4 : Cambridge Day Trip
- Mulakan lawatan dengan bersiar-siar di sekitar universiti terkenal, termasuk King’s College Chapel yang bersejarah.
- Nikmati pengalaman punting di Sungai Cam sambil melihat bangunan klasik di sepanjang The Backs.
- Jelajahi jalanan berbatu di sekitar bandar dengan seni dan sejarah.
- Sebelum pulang ke London, sempatkan diri menikmati teh petang di salah satu kedai klasik Cambridge.
Hari 5 : Bath Day Trip
- Mulakan lawatan dengan mengunjungi Roman Baths, tempat bersejarah peninggalan Rom purba.
- Bersiar-siar di sekitar Pulteney Bridge yang indah dan nikmati makan tengah hari di sebuah restoran tempatan.
- Teruskan eksplorasi ke Royal Crescent, deretan bangunan Georgian yang unik, sebelum bersantai di Thermae Bath Spa untuk menikmati pemandian air panas semula jadi.
- Selesai menikmati suasana tenang Bath, kembali ke London pada waktu malam.
Hari 6 : Cotswold & Oxfordshire
- Bertolak awal ke Cotswold dan nikmati pemandangan desa yang indah dengan rumah batu klasik.
- Berjalan-jalan di Bourton-on-the-Water yang dikenali sebagai ‘Venice of the Cotswolds’ sebelum meneroka kampung Castle Combe yang sering dianggap sebagai kampung tercantik di England.
- Meneruskan perjalanan ke Oxford, melihat keindahan antara universiti tertua di United Kingdom.
- Luangkan masa menikmati suasana desa Oxfordshire sebelum kembali ke London pada sebelah malam.
Hari 7 : Bicester Village
- Berangkat ke Bicester Village dan luangkan hari membeli-belah di rangkaian butik mewah dengan diskaun menarik.
- Singgah di The Farmshop untuk menikmati hidangan santai sebelum meneruskan sesi membeli-belah di jenama-jenama terkenal seperti Burberry, Prada dan Gucci.
- Jika masih ada masa, bersiar-siar di sekitar kawasan kampung Bicester sebelum menaiki kereta api pulang ke London pada lewat petang.
Hari 8 : Oxford Street, Bayswater & Borough Market
- Jelajahi Oxford Street, pusat beli-belah terkenal di London dengan pelbagai butik fesyen dan kedai flagship seperti Selfridges dan Primark.
- Singgah di Whiteleys atau kedai-kedai kecil di Bayswater untuk membeli cenderamata atau barangan unik.
- Akhiri perjalanan dengan makan malam di restoran atau menikmati hidangan santai sebelum pulang ke hotel
Hari 9 : Penerbangan Pulang
- Tertakluk kepada masa penerbangan, kita akan bersiar-siar di bandar jika mempunyai masa secara Free & Easy
- Penerbangan pulang
Hari 10 : Ketibaan Kuala Lumpur
- Dijangka tiba di Kuala Lumpur
Inclusion
International Flight Return KUL- LHR
Checked in Luggage + 1 Cabin Luggage
Private Chartered Transport
Accommodations (Hotel / Apartment)
Airport Transfer
Travel Insurance
Experienced Tour Leader
Drivers Expenses
Exclusion
- ❌ Meal Plan
- ❌ Entrance Fee
- ❌ Personal Expenses
HARgA PAKEJ
Dewasa
12 tahun ke atas-
Deposit RM500
-
Group Size Min 7 pax
(Surcaj Flight RM600 Cuti Sekolah)
Kanak-kanak
2 tahun ke atas-
Deposit RM500
-
Group Size Min 7 pax
Ground Service
Exclude Flight-
Deposit RM500
-
Group Size Min 7 pax
TARIKH KEMBARA
Tarikh Open Trip
OKTOBER 2025
26 Nov -5 Dec 2025
Check Availability & Deposit Payment
- Klik Check Availability untuk memeriksa jumlah seat yang masih ada
- Borang hanya boleh memproses pembayaran deposit sahaja.
- Bagi tujuan pembayaran lain, hubungi terus Travel Consultant.