KAZAKHSTAN 7D5N
INFO KEMBARA

Kumpulan Kecil 8 Pax

Itinerari Fleksibel

Mesra Keluarga
Kazakhstan, negara terbesar di benua Asia Tengah, memukau pengunjung dengan keindahan alam yang mempersona. Pergunungan Altai dan Tian Shian menawarkan pemandangan yang dramatik, sementara tasik Kolsay dan Kaindy memberikan ketenangan yang luar biasa. Menyusuri padang rumput dan bukit bukau yang hijau luas saujana mata memandang, menaiki kuda di tepian sungai nya yang jernih. Tidak ada waktu untuk bosan di dunia seindah ini
Taman negara seperti Charyn Canyon adalah permata tersembunyi, menampilkan formasi batuan unik yang terbentuk ribuan tahun dahulu dan kepelbagaian flora dan fauna. Kazakhstan juga kaya dengan warisan budaya, tradisi nomad yang masih dikekalkan dan warisan sejarah yang terus unggul. Kampung-kampung tradisi dan pasar tempatan menawarkan pengunjung dengan pelbagai pengalaman yang memikat dan pastinya membawa pulang segunung kenangan yang tak terlupakan
KEINDAHAN TIAN SHIAN

Symbulak : Resort ski terkenal dengan pemandangan salji, laluan ski, dan kemudahan rekreasi.

Green Bazaar: Pasar tempatan meriah menawarkan pelbagai produk segar, makanan, dan barangan tradisional.

Almaty : Bandar kosmopolitan dengan pemandangan pergunungan, taman indah, dan budaya yang kaya.

Charyn Canyon: Formasi batuan spektakuler dengan pemandangan dramatik dan laluan mendaki.

Lake Kolsay & Kaindy : Tasik-tasik biru yang menakjubkan dengan hutan tenggelam dan laluan mendaki.

Trout Fish Farm : Rasai pengalaman penternakan ikan trout sebesar lengan dan hidangan ikan yang segar.
Aktiviti menarik

Cable Car Symbulak
Symbulak Ski Resort merupakan resort ski terbesar di Central Asia. Ia terletak di Lembah Medeu berketinggian 2,200 meter dari aras laut.

Meneroka Charyn Canyon
Buat yang belum lagi mempunyai rezeki untuk ke US, ini dia peluangnya untuk menikmati keunikan canyon yang terhasil daripada hakisan angin & air. Canyon kat sini lebih kurang macam grand canyon di US tapi lebih kecil.

Berkuda di Tepian Tasik Kaindy
Perjalanan masuk ke Kaindy Lake dari Saty menaiki UAZ, sejenis kenderaan pacuan 4 roda buatan Rusia dan kemudian bersambung terus ke tasik. Pilihan berkuda di tebing bukit menyajikan pemandangan gunung bertopikan salji.

Pemandangan tebing Tinggi Lake Kolsay
Tasik yang dikenali sebagai “Pearls of Tien Shan” oleh penduduk tempatan. Tasik ini terhasil kesan daripada tanah runtuh akibat pergerakan plat tektonik sekitar tahun 1887.

Trout Fish Farm
Trout Fish Farm : Rasai pengalaman penternakan ikan trout sebesar lengan dan hidangan ikan yang segar. Ikan disini diternak dengan sumber air sungai yang sejuk dari pergunungan.

Makanan Daging Tempatan Enak & Segar
Tahukah anda daging disini disembelih segar sebelum dimasak? Ia menjadikan dagingnya tidak berbau hamis, ‘berbau kambing’ atau meloyakan. Sebaliknya ia sangat enak dengan rasa kemanisan daging tersebut.

Membeli Barangan di Pasar Tempatan
Sejak pembukaannya pada 1875, Green Bazaar menjadi pusat perniagaan utama yang menjual pelbagai barangan dari keperluan harian sehinggalah ke cenderahati.

Membeli Coklat Kazakhstan
Aktiviti untuk keluarga yang paling digemari oleh anak-anak dan juga ibubapa. Kita akan ke Chocolate Factory untuk merasai kesedapan coklat tempatan Kazakhstan.

Merasai Pengalaman Nomad
Berpeluang mengenali kehidupan bangsa nomad dengan lebih dekat dengan tradisi penginapan mereka di yurt.
KELEBIHAN PAKEJ
BERBEZA DENGAN TRIP YANG LAIN

Penginapan Hotel

Private Transport

Makanan Halal

Tanah Tinggi Symbulak

Tour Leader Berpengalaman
The bEST NATURE EXPERIENcE

















ITINERARI Kazakhstan 7H5M
Berikut adalah cadangan itinerari perjalanan kembara.
Hari 1 : Penerbangan
* Penerbangan jam 1300pm Kuala Lumpur – Almaty
* Ketibaan 1740pm waktu tempatan di Almaty
* Airport Transfer & Check in hotel
* Makan malam.
Hari 2 : Symbulak, Medeu / City Tour
- Berkunjung ke Symbulak resort ski yang terletak di pergunungan Tian Shan. Terkenal dengan landskapnya yang indah, kemudahan moden, dan pelbagai aktiviti sukan musim sejuk. Berpeluang menaiki sistem kereta kabelnya, yang menawarkan pemandangan menakjubkan gunung-ganang dan lembah-lembah di sekitarnya.
- Kembali ke bandar untuk city tour sekitar bandar Almaty
- Meal : B
Hari 3 : Perkampungan Budaya / Green Bazaar
- Berkunjung ke perkampungan ethnik. Berpeluang mengenali kehidupan bangsa nomad dengan lebih dekat dengan tradisi penginapan mereka di yurt.
- Selain dari memasak, pengunjung disajikan dengan pertunjukan kuda Dzhigitovka dan tarian tradisi Kara Zhorga. Juga berpeluang untuk melihat demonstrasi dan merasai sendiri makanan tradisi orang Kazakhstan
- Pulang ke Almaty dan singgah di Green Bazaar.
- Meal : B/L
Hari 4 : Charyn Canyon
- Terbentang 154 km di sepanjang Sungai Charyn, salah satu daripada sungai yang paling dalam dari pergunungan Tien Shan Utara.
- Dikenali dengan panggilan “Grand Canyon Kecil” oleh penduduk tempatan, canyon ini menawarkan panorama yang menakjubkan dengan tebing-tebing batu yang tinggi dan warna-warni yang berbeza.
- Meal : B/D
Hari 5 : Tasik Kaindy / Tasik Kolsay
- Tasik yang dikenali sebagai “Pearls of Tien Shan” oleh penduduk tempatan. Tasik ini terhasil kesan daripada tanah runtuh akibat pergerakan plat tektonik sekitar tahun 1887.
- Perjalanan kita akan diteruskan ke Kaindy Lake sebelum pulang
- ke Almaty.
- Meal : B/L
Hari 6 : Trout Fish Farm / Penerbangan Pulang
- Check out.
- Pengalaman menjamu selera dari ‘kolam ke meja’ yang unik
dengan hidangan ikan trout segar. Memberikan
peluang kepada pengunjung untuk menikmati hidangan
trout yang berkualiti tinggi dan segar sambil menikmati
keindahan alam sekitar, seperti gunung-ganang dan sungai.
Bergerak ke airport 1330. - Penerbangan pulang pada 1900.
- Meal : B
Hari 7 : Ketibaan Kuala Lumpur
- Kita dijangka tiba di Kuala Lumpur pada 0600 pagi. Bawa pulang kenangan yang indah dan menyeronokkan.
- Sehingga jumpa lagi.
Nota :
- B : Breakfast, L:Lunch, D:Dinner
Inclusion
- FLIGHT ARRANGEMENT
International Flight Airasia KUL-ALA
Checked in Luggage 20kg
Private Chartered Transport
Accommodations (Double) with Breakfast
Meal Plan
Airport Transfer
Travel Insurance
Experienced Tour Leader
Drivers Expenses
Exclusion
- ❌ Local Tour Guide (Optional)
- ❌ Bottled water and beverages
- ❌ Entrance Fee to Cultural Village (RM250)
- ❌ Cable Car and UAZ Taxi Shuttle (RM80)
- ❌ Horse riding (optional)
- ❌ Personal Expenses
- ❌ Tipping
HARgA PAKEJ penuh
TARIKH KEMBARA
Tarikh Open Trip
2025
31 May -5 June 2025
5 July – 10 July 2025
9 Aug – 14 Aug 2025
13 Sept- 18 Sept 2025
18 Oct – 23 Oct 2025
8 Nov- 13 Nov 2025
20 Dec – 25 Dec 2025
2026
1 Jan- 6 Jan 2026
15 Jan – 20 Jan 2026
12 Feb – 17 Feb 2026
19 Mac – 24 Mac 2026
9 April – 14 April 2026
14 May – 19 May 2026
11 June – 16 June 2026
9 July- 14 July 2026
6 Aug – 11 Aug 2026
10 Sept – 15 Sept 2026
8 Oct – 13 Oct 2026
12 Nov – 17 nov 2026
17 Dec – 22 Dec 2026
Check Availability & Deposit Payment
- Klik Check Availability untuk memeriksa jumlah seat yang masih ada
- Borang hanya boleh memproses pembayaran deposit sahaja.
- Bagi tujuan pembayaran lain, hubungi terus Travel Consultant.