BEST OF SPAIN 9H6M

INFO KEMBARA

9 Hari 6 Malam

Madrid / Toledo / Granada / Cordoba / Barcelona 

KUL – BCN / MAD – KUL

Kumpulan Kecil 7 Pax

Itinerary Kembara Islam Eropah

Pilihan Tambahan Pakej Umrah for Traveller 3H2M

Granada dan Córdoba di Sepanyol mempamerkan keindahan warisan Islam, dengan Alhambra dan Mezquita-Catedral sebagai tarikan utama. Madrid pula adalah ibu kota yang terkenal dengan seni dan budaya, sementara Toledo menawarkan suasana zaman pertengahan dengan jejak peradaban Islam, Kristian, dan Yahudi. Perjalanan dilengkapkan dengan mengerjakan umrah di Mekah memberi peluang kepada umat Islam untuk mendekatkan diri kepada Allah melalui tawaf dan saie, ibadah yang boleh dilakukan sepanjang tahun. Setiap destinasi ini membawa pengalaman yang berbeza, daripada menghargai sejarah dan seni bina sehingga kepada memperkukuh spiritualiti dalam ibadah.

KEINDAHAN WARISAN ISLAM EROPAH

Granada terkenal dengan Alhambra, istana dan kubu yang indah dari era kerajaan Islam di Andalusia. Alhambra mempamerkan seni bina Moorish yang memukau dengan taman-taman dan ukiran halus.

Córdoba pula dikenali dengan Mezquita-Catedral, sebuah masjid besar yang kemudiannya diubah menjadi katedral. Córdoba pernah menjadi pusat ilmu dan kebudayaan semasa zaman kekhalifahan Umayyah.

Madrid, ibu negara Sepanyol, adalah pusat budaya dan seni dengan muzium terkenal seperti Prado dan Reina Sofía. Madrid juga terkenal dengan plaza bersejarah seperti Puerta del Sol dan Retiro Park.

Toledo, bandar yang dikenali sebagai “Kota Tiga Budaya” (Islam, Kristian, dan Yahudi), menampilkan seni bina zaman pertengahan. Toledo menawarkan pemandangan menakjubkan dengan gereja, sinagog, dan masjid lama, serta pengaruh seni El Greco.

Barcelona, menawarkan pelbagai tarikan pelancong, karya seni bina Antoni Gaudí seperti La Sagrada Familia dan Park Güell. Kawasan Gothic Quarter memikat dengan lorong-lorong bersejarahnya, manakala La Rambla adalah destinasi popular untuk berjalan-jalan.  Stadium Camp Nou menarik peminat bola sepak dari seluruh dunia.

DESTINASI KEMBARA

Alhambra dan Generalife : Lawatan ke kompleks istana Alhambra adalah kemuncak kunjungan ke Granada. Jelajahi Istana Nasrid, Alcazaba, dan taman Generalife yang indah. Pastikan membuat tempahan tiket awal kerana ia sering penuh.

Kawasan Albaicín dan Mirador de San Nicolás : Berjalan di sekitar kawasan Albaicín, bekas perkampungan Islam, dengan jalan berbatu dan rumah tradisional. Di Mirador de San Nicolás, nikmati pemandangan indah Alhambra berlatarbelakangkan pergunungan Sierra Nevada.

Mezquita-Catedral de Córdoba : Mulakan dengan Mezquita-Catedral, sebuah masjid agung yang diubah menjadi katedral selepas penaklukan Kristian. Struktur ini mempamerkan gabungan seni bina Islam dan Gothic, menjadikannya mercu tanda paling ikonik di Córdoba.

Roman Bridge of Córdoba : Berjalan menyusuri jambatan Rom purba ini yang merentasi Sungai Guadalquivir. Ia menawarkan pemandangan indah Mezquita dan menjadi lokasi ikonik bagi peminat seni bina klasik.

Ramblas  : Ramblas Barcelona adalah jalan ikonik sepanjang 1.2 km, terkenal dengan suasana meriah, kedai, restoran, artis jalanan, serta tarikan seperti Mercat de Sant Josep.

Palacio Real (Istana Diraja Madrid) : Melawat Istana Diraja, salah satu istana terbesar di Eropah. Terokai bilik-bilik yang dihiasi mewah dan muzium senjata yang menampilkan koleksi sejarah.

Plaza Mayor : Hanya beberapa minit dari istana, dataran ini ialah pusat bersejarah Madrid yang terkenal dengan seni bina simetri. Anda boleh menikmati kopi atau churros di kafe berhampiran.

Puerta del Sol : Mercu tanda terkenal Madrid dan pusat bagi perayaan Tahun Baru di Sepanyol. Jangan lupa bergambar di patung beruang “El Oso y el Madroño,” simbol bandar Madrid.

Gran Vía : Berjalan di sepanjang Gran Vía, kawasan membeli-belah utama Madrid. Anda boleh membeli cenderamata atau menikmati pemandangan senja dari rooftop bar di sekitar kawasan ini.

Alcázar de Toledo : Istana dan kubu ini kini berfungsi sebagai muzium tentera, menawarkan pemandangan bandar yang menakjubkan dari puncaknya. Ia memainkan peranan penting dalam sejarah Toledo dan Perang Saudara Sepanyol.

Jambatan San Martín dan Jambatan Alcántara : Berjalan di dua jambatan bersejarah ini yang merentasi Sungai Tagus, memberikan pemandangan yang indah dan latar belakang gambar yang sempurna.

Plaza de Zocodover  : Dataran utama Toledo, di mana anda boleh menikmati kopi atau membeli cenderamata di kedai-kedai kecil sekitarnya.

KELEBIHAN PAKEJ

BERBEZA DENGAN TRIP YANG LAIN

International Flight

Multiple Transportation

Airport Transfer

VIsa Tourist

Tour Leader Berpengalaman

SMALL GROUP & PRIVATE ACTIVITY

ITINERARI BEST OF SPAIn 9H6M

Berikut adalah cadangan itinerari perjalanan kembara.

Hari 1 : Penerbangan KUL - BARCELONA

  • Perjalanan akan bermula dari KLIA dan terus ke Barcelona, Sepanyol.

Hari 2 : Barcelona

  • Kita dijangka akan tiba di Barcelona pada jam 9pagi. 
  • Kemudian akan dibawa terus ke hotel
  • Guided Free & Easy meneroka bandar Barcelona.

Hari 3 : Granada

  • Kita akan bergerak ke Granada dan dijangka tiba jam 13.00 tengahari.
  • Kemudian akan dibawa terus ke hotel sekitar 30 minit. Kita akan ke Masjid Granada (Mezquita Mayor de Granada) 
  • Ruang yang tenang untuk refleksi dengan pemandangan Alhambra dan pergunungan Sierra Nevada yang menakjubkan.

Hari 4 : La Alhambra, Granada

  • Sebuah kompleks istana dan benteng yang megah.
  • Lawatan ini termasuk meneroka Istana Nasrid yang terkenal dengan seni bina Moor yang halus dan Taman Generalife yang menawarkan landskap yang menakjubkan dan taman-taman yang tenang.

Hari 5 : Granada - Cordoba

  • Bertolak ke Córdoba untuk melawat Mezquita-Catedral de Córdoba. Terokai Menara Calahorra yang bersejarah dan Jambatan Roman yang indah. 

Hari 6 : Cordoba - Madrid

  • Bertolak ke Madrid menaiki keretapi.
  • Tiba di Madrid. 
  • Guded Free & Easy meneroka bandar Madrid

Hari 7 : Day Trip Toledo

  • Perjalanan dari Madrid ke Toledo menaiki keretapi, menuju ke bandar Toledo yang dahulunya merupakan ibu negara Sepanyol sebelum berpindah ke Madrid. 
  • Di sini jelas kelihatan dahulu bagaimana Islam, Kristian dan Yahudi hidup dalam satu komuniti dengan aman.

Hari 8 : Penerbangan Pulang

  • Check out dan bergerak ke airport jam 11pagi
  • Berlepas pulang pada jam 1545 petang

Hari 9 : Ketibaan

  • Dijangka tiba pada jam 1015 petang di KLIA.

Inclusion

Spain Travel Package 

  • ✅ Penerbangan KUL – Barcelona (inc. checkin luggage 1 x 23kg)
  • ✅ Penerbangan Madrid –  KUL (inc. checkin luggage 1 x 23kg)
  • ✅ Accommodation 6 nights (Twin/Double Hotel)
  • ✅ Transportation
  • ✅ Train 
  • ✅ Sight seeing as per itinerary
  • ✅ Airport Transfer
  • ✅ Experienced Tour Leader

Exclusion

  • Personal Expenses
  • Sebarang perubatan melibatkan Covid 19
  • Sebarang perbelanjaan aktiviti yang tidak dinyatakan
  • Travel Insurance
  • Entrance Fee
  • Meal Plan
 

HARgA PAKEJ

Dewasa / Kanak-kanak

2 tahun ke atas
MYR 9,780 / pax
  • Deposit RM1000
  • Flight Ticket Fare
  • Progress Payment
SPAIN

UMRAH FOR TRAVELLER

PAKEJ PILIHAN
+ MYR RM1,999 / pax
  • Umrah 3H2M
  • Flight Ticket Fare RM5000
  • Progress Payment
ADD-ON

ITINERARY PAKEJ UMRAH FOR TRAVELER 3H2M

Hari 8 : Jeddah

  • Ucapkan selamat tinggal Eropah, kita akan memulakan perjalanan menunaikan umrah pula dengan menaiki penerbangan yang ditetapkan. 
  • Dijangka tiba di Jeddah pada malam hari, dan akan terus dibawa ke penginapan.

Hari 9 : Mekah

  • Melaksanakan Umrah Pertama.
  • Dengan bimbingan mutawif setelah umrah pertama, hari ini adalah hari terbaik untuk berehat dan berjalan sekitar masjid.

Hari 10 : Ziarah

  • Jemaah dibawa ziarah antaranya Padang Arafah, tempat jemaah Haji berwukuf Muzdalifah, Mina, dan Jamaraat Tempat Melontar
  • Umrah Kedua (Pilihan)
  • Penerbangan Pulang

Hari 10 : Ziarah

  • Penerbangan Pulang 0215am
  • Dijangka tiba di KLIA 1515pm

Inclusion - Umrah For Traveller

Umrah for Traveler Package 3H2M

  • ✅ Penerbangan Jeddah – KUL
  • ✅ Hotel 2 & 3 Sebilik (Hotel Snood Ajyad (200M-250M) atau setaraf)
  • ✅ Visa for Umrah
  • ✅ Airport Transfer
  • ✅ Stopover Visa Insurance
  • ✅ Transport 
  • ✅ Guidance by Mutawwif Umrah Pertama
  • ✅ Ziarah 
  • ✅ Air Zam-zam 

Exclusion - Umrah For Traveller​

  • Personal Expenses
  • Sebarang perubatan melibatkan Covid 19
  • Sebarang perbelanjaan aktiviti yang tidak dinyatakan
  • Meal Plan
*Semua penyertaan adalah tertakluk kepada visa kelulusan umrah.
 

TARIKH KEMBARA

Tarikh Open Trip

  • 26 Nov – 4 Disember 2026
  • 13-23 Disember 2026

Check Availability & Deposit Payment

  • Klik Check Availability untuk memeriksa jumlah seat yang masih ada
  • Borang hanya boleh memproses pembayaran deposit sahaja.
  • Bagi tujuan pembayaran lain, hubungi terus Travel Consultant.
INGIN BUAT TEMPAHAN?

TRAVEL CONSULTANT SEDIA MEMBANTU

ISIKAN BORANG TEMPAHAN
(DAN KAMI AKAN HUBUNGI MELALUI WHATSAPP)