SWITZERLAND, ITALY, AUSTRIA, GERMANY & LIECHTENSTEIN 12H9M

INFO KEMBARA

12 Hari 9 Malam

Mountain Alps Experience

KUL – MXP

Small Group 7 pax

Flexible Itinerary

Nature & Outdoor

Trip SIGAL membawa peserta menjelajah Eropah bermula di Milan dan Venice yang klasik, sebelum menuju ke Dolomites yang menakjubkan seperti Cortina d’Ampezzo, Tre Cime, dan Lago di Braies. Perjalanan diteruskan ke Grossglockner dan perkampungan Hallstatt yang mempesona, diikuti Neuschwanstein Castle yang ikonik di Jerman. Singgahan di Vaduz (Liechtenstein), Locarno dan Verzasca (Switzerland), serta Lake Como di Itali menambah warna pada ekspedisi ini. Dengan kombinasi alam semula jadi, sejarah dan budaya, ditutup dengan hari bebas di Milan, trip ini menjadi satu pengalaman lengkap yang sukar dilupakan.

DESTINASI menarik

Dolomites Mountain range

Dolomites ialah rangkaian gunung di utara Itali, terkenal dengan puncak dramatik, landskap indah, aktiviti ski dan hiking, serta kampung alpine yang memukau seperti Cortina dan Val Gardena.

Lago di Braies

Tasik alpine yang sangat fotogenik untuk berjalan santai atau menaiki bot kayu. Bergantung pada cuaca, berjalan sekitar tasik sangat healing dan cantik

Tre Cime di Lavaredo

Nikmati pemandangan Tre Cime di Lavaredo, kawasan puncak Dolomites yang ikonik dengan pemandangan menakjubkan. 3 puncak pergunungan ini, menjadi ikon pemandangan yang wajib bila ke Dolomites.

Cortina Di Ampezzo

Cortina d’Ampezzo ialah resort ski mewah di Dolomites, terkenal dengan pemandangan alpine, aktiviti ski, hiking, dan suasana klasik Itali yang elegan.

Milan

Milan, pusat fesyen Itali, menampilkan Duomo di Milano yang megah, Galleria Vittorio Emanuele II yang ikonik, serta pentas opera La Scala. Bandar ini menggabungkan kemewahan, seni, dan warisan sejarah yang menawan.

Venice

Venice, kota terapung di Itali, terkenal dengan Grand Canal, gondola romantik, dan seni bina bersejarah seperti St. Mark’s Square dan Rialto Bridge. Keunikan terusan menjadikannya destinasi ikonik dunia.

Glossglockner Mountain Pass

Grossglockner High Alpine Road di Austria ialah laluan gunung yang spektakuler dengan pemandangan Alps yang menakjubkan. Sepanjang 48 km, jalan ini membawa pelancong ke kaki Gunung Grossglockner, puncak tertinggi Austria.

Hallstatt

Hallstatt, perkampungan tepi tasik di Austria, terkenal dengan pemandangan indah, rumah tradisional, dan lombong garam tertua di dunia. Keunikan landskapnya menjadikannya destinasi pelancongan terkenal dan Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Lake Como

Lake Como tarik pelancong dengan pelayaran tasik, vila mewah, bandar tepi tasik yang cantik, pemandangan romantik dan pengalaman santai penuh gaya Itali.

neuschwanstein Castle

Neuschwanstein Castle di Jerman ialah istana dongeng dengan seni bina Romanesque Revival yang mengagumkan. Terletak di Bavaria, istana ini menjadi inspirasi Disney dan menawarkan pemandangan gunung serta lembah yang menakjubkan.

Vaduz Castle

Vaduz Castle, kediaman rasmi Putera Liechtenstein, terletak di atas bukit dengan pemandangan indah ibu kota Vaduz. Istana bersejarah ini tidak dibuka untuk umum tetapi menjadi simbol negara.

Valle Verzasca

Valle Verzasca memikat pelancong dengan sungai biru jernih, jambatan batu klasik, alam semula jadi indah dan lokasi ikonik untuk fotografi dan aktiviti luar.

TRAVEL STYLE

SPECIAL SERVICE TERMS

Accommodation

Kemudahan penginapan sama ada hotel, homestay atau guest house di kawasan luar bandar. Jumlah penginapan adalah terhad tetapi menawarkan pengalaman unik.

Private Transport

Transport menggunakan MPV 9 seater. Kanak-kanak dianggap sebagai 1 seat seperti dewasa, dan diwajibkan memakai child seat.

Cabin Luggage

1 x Check-in Luggage 
1 x Cabin Luggage
1 x Bag Personal Item (i.e hand bag, backpack, laptop)

Saiz luggage tidak melebih 26 inci. Ini penting dipatuhi kerana ruang MPV yang tidak besar. 

Meal Plan

Penyediaan makan untuk sepanjang perjalanan di bawah tanggungjawab peserta.  Jika ada dapur di guesthouse, boleh digunakan untuk memasak. 

PERGI SENDIRI, PULANG IBARAT FAMILI

ITINERARI

Berikut adalah cadangan itinerari perjalanan kembara.
(Tertakluk kepada perubahan)

Hari 1 : Penerbangan KUL - Milan

Perjalanan kita akan bermula dengan penerbangan dari K.Lumpur ke Milan

Hari 2 : Hari Ketibaan

  • Kapten / Tour Leader akan menunggu di airport untuk bawa
    berjalan ke bandar Milan sebelum terus ke penginapan

Hari 3 : Milan

  • Jelajahi kota fesyen dunia dengan melawat Duomo di Milano.
  • Naik ke bumbungnya untuk menikmati pemandangan bandar.
  • Berjalan di sekitar Galleria Vittorio Emanuele II untuk membeli-belah atau menikmati kopi di kafe klasik.
  • Teruskan ke Castello Sforzesco dan bersiar-siar di Sempione Park.

Hari 4 : Venice

  • Mulakan lawatan dengan bersiar-siar di Piazza San Marco serta melawat Basilica di San Marco dan Doge’s Palace. 
  • Nikmati gondola ride atau berjalan di Jambatan Rialto. 
  • Jelajah jalan kecil Venice yang penuh dengan butik unik.
  •  

Hari 5 : Dolomites

  • Dua perkampungan tercantik tetapi jarang dilawati akan kita jelajahi
    hari ini. Minum Hot Chocolate di perkampungan yang dipenuhi air
    terjun di Lauterbrunnen
  • Kita akan ke pekan Interlaken dan juga singgah ke Tasik Brenzee lokasi penggambaran Crash Landing on You

Hari 6 : Glossglockner High Alpine Road

  • Memandu melalui Grossglockner High Alpine Road, salah satu laluan pemandangan paling indah di Eropah. 
  • Berhenti di pelbagai hentian untuk menikmati pemandangan Alps yang megah. 
  • Singgah di Kaiser-Franz-Josefs-Höhe untuk melihat glasier Pasterze dan mungkin melihat marmot liar. 
  • Nikmati makan dan rehat di restoran gunung sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

Hari 7 : Hallstatt

  • Sampai di Hallstatt dan mulakan hari dengan berjalan-jalan di sekitar tasik yang terkenal dengan keindahannya. 
  • Naik funicular ke Skywalk untuk pemandangan panorama yang menakjubkan. 
  • Lawati Salt Mine untuk melihat sejarah perlombongan garam di kawasan ini. 
  • Susuri perkampungan kecil yang dipenuhi rumah kayu klasik. Ambil gambar di Hallstatt Marktplatz sebelum berehat dan menikmati suasana tenang kampung ini.

Hari 8 : Neuschwanstein Castle

  • Bertolak ke Jerman dan lawati Istana Neuschwanstein, istana dongeng yang menjadi inspirasi Disney. 
  • Naik ke Marienbrücke untuk menikmati pemandangan istana dari sudut terbaik.
  • Nikmati makan tengah hari di pekan Füssen sebelum meneruskan perjalanan 

Hari 9 : Vaduz

  • Naik ke Vaduz Castle, istana yang terletak di atas bukit dengan pemandangan panoramik seluruh bandar dan kawasan pergunungan sekitarnya. 
  • Walaupun istana ini tidak dibuka untuk orang awam kerana ia merupakan kediaman rasmi keluarga diraja Liechtenstein, pengunjung masih boleh menikmati pemandangan dari luar dan mengambil gambar di sudut terbaik.
  •  

Hari 10 : Valle Vezasca / Lake Como

  • Kita akan menikmati keindahan Engelberg dan juga tarikan utama
    Mount Titlis yang akan membawa anda ke puncak. 
  • Aktiviti seperti sledging dan luncur salji disini, tetapi awal jangan terlalu seronok kerana mungkin tergolek pula nanti.

Hari 11 : Penerbangan Pulang

  • Tertakluk kepada masa penerbangan, kita akan bersiar-siar di tarikan yang berhampiran
  • Penerbangan pulang

Hari 12 : Ketibaan Kuala Lumpur

  • Dijangka tiba di Kuala Lumpur

Inclusion

  • ✅ International Flight Return KUL- MXP
  • ✅ Checked in Luggage + 1 Cabin Luggage 
  • ✅ Private Chartered Transport
  • ✅ Toll, Car Train & Parking
  • ✅ Accommodations (Homestay / Cabin / Hotel)
  • ✅ Airport Transfer
  • ✅ Travel Insurance
  • ✅ Experienced Tour Leader
  • ✅ Drivers Expenses

Exclusion

  • ❌ Meal Plan
  • ❌ Entrance Fee
  • ❌ Personal Expenses
  • ❌ Driver Tipping EUR2/day/pax

HARgA PAKEJ

Dewasa

12 tahun ke atas
MYR 11,780 / pax
  • Deposit RM500
  • Group Size Min 7 pax
Popular

Kanak-kanak

2 tahun ke atas
MYR 11,280 / pax
  • Deposit RM500
  • Group Size Min 7 pax
FAMILI

Ground Service

Exclude Flight
MYR 8,780 / pax
  • Deposit RM500
  • Group Size Min 7 pax
D.I.Y

TARIKH KEMBARA

Tarikh Open Trip

OKTOBER 2025

14-27 Okt

Check Availability & Deposit Payment

  • Klik Check Availability untuk memeriksa jumlah seat yang masih ada
  • Borang hanya boleh memproses pembayaran deposit sahaja.
  • Bagi tujuan pembayaran lain, hubungi terus Travel Consultant.
INGIN BUAT TEMPAHAN?

TRAVEL CONSULTANT SEDIA MEMBANTU

ISIKAN BORANG TEMPAHAN
(DAN KAMI AKAN HUBUNGI MELALUI WHATSAPP)