10 Hari 7 Malam
Amsterdam, Volendam, Zaandam, Giethoorn, Zaanse Schans
Penerokaan Belanda menjadi lebih bermakna dengan gabungan destinasi menarik seperti Amsterdam, Zaanse Schans, Volendam, Marken, Giethoorn, Batavia, Kinderdijk dan Zaandam. Mulakan dengan Amsterdam Day Trip untuk merasai keindahan terusan, muzium dan suasana bandar yang hidup. Di Zaanse Schans, nikmati kincir angin dan keju tempatan. Volendam dan Marken pula menawarkan pemandangan kampung nelayan klasik Belanda. Giethoorn memikat dengan pelayaran bot di perkampungan tanpa jalan, manakala Batavia pula destinasi beli-belah berkonsepkan perkampungan lama. Di Kinderdijk, hayati deretan kincir angin warisan dunia sebelum mengakhiri dengan lawatan ke Zaandam, bandar unik dengan seni bina moden dan tradisional.
Kota terusan yang menawan dengan budaya berbasikal, seni di muzium Van Gogh, kafe unik, rumah Anne Frank dan suasana santai yang memikat pelancong.
Volendam ialah kampung nelayan tradisional Belanda dengan rumah berwarna-warni, pelabuhan cantik, pakaian tradisi, serta terkenal dengan keju tempatan dan suasana fotogenik.
Perjalanan diteruskan ke Giethoorn, dikenali sebagai ‘kampung tanpa jalan’ di mana pengunjung menaiki bot melalui terusan dan menikmati keindahan alam serta rumah desa yang indah.
Kampung tradisional Belanda dengan kincir angin bersejarah, kedai keju, kraftangan kayu dan suasana desa yang membawa pengunjung kembali ke era klasik Belanda.
Zaandam menampilkan seni bina berwarna-warni unik, termasuk Inntel Hotel ikonik, suasana santai, kedai menarik, dan lokasi berdekatan dengan Zaanse Schans yang bersejarah.
Tapak Warisan Dunia UNESCO di Belanda dengan deretan kincir angin tradisional, landskap hijau dan terusan – simbol kejuruteraan air Belanda yang mengagumkan.
Batavia Stad Fashion Outlet untuk membeli-belah barangan berjenama dengan harga diskaun dalam suasana yang menyerupai perkampungan Belanda lama.
Marken ialah sebuah kampung kecil yang terletak di pulau lama, terkenal dengan rumah kayu tradisional, jalan batu sempit, dan budaya Belanda yang masih terpelihara.
Nikmati pemandangan pantai dan kawasan pesisir yang memukau untuk menutup hari dengan suasana tenang dan segar dengan windmill disepanjang perjalanan.
Kemudahan penginapan sama ada hotel, homestay atau guest house. Jumlah penginapan adalah terhad dan tidak banyak pilihan dan beada bukan di bandar dan kebanyakannya di luar bandar.
Transport menggunakan MPV 9 seater. Kanak-kanak dianggap sebagai 1 seat seperti dewasa, dan diwajibkan memakai child seat (tambahan caj).
Penyediaan makan untuk sepanjang perjalanan di bawah tanggungjawab peserta. Terdapat kemudahan dapur di guesthouse, boleh digunakan untuk penyediaan makanan, walaupun utensil terhad.
1 x Check-in Luggage 23kg
1 x Bag Personal Item (i.e hand bag, backpack, laptop)
Saiz luggage tidak melebih 26 inci. Ini penting dipatuhi kerana ruang MPV yang tidak besar.










Berikut adalah cadangan itinerari perjalanan kembara.
(Tertakluk kepada perubahan)
* Penerbangan jam 2100 Kuala Lumpur – Amsterdam.
International Flight KUL- AMS
Checked in Luggage 23kg + 1 Cabin Luggage 7kg
Private Chartered Transport
Parking, Fuel & Toll
Accommodations (Guesthouse / Hotel)
Airport Transfer
Experienced Tour Leader
Drivers Expenses
Public Transport Pass Amsterdam]JANUARI 2025
28 Jan – 6 Feb
WhatsApp us