BEST OF SWITZERLAND 10D7N

INFO KEMBARA

10 Hari 7 Malam

Swiss Nature

KUL – ZRH

Small Group 7 pax

Flexible Itinerary

Nature & Outdoor

Switzerland menawarkan keindahan alam menakjubkan dengan destinasi utama seperti Interlaken, bandar di antara Lake Thun dan Lake Brienz, terkenal dengan aktiviti lasak. Jungfraujoch – Top of Europe memukau dengan salji abadi. Lucerne terkenal dengan Chapel Bridge dan Lake Lucerne, manakala Rhine Falls, air terjun terbesar di Eropah, menambah keajaiban alam. Perkampungan seperti Zermatt dan Lauterbrunnen menampilkan pesona tradisional, sementara sungai dan tasik memberikan ketenangan luar biasa.

DESTINASI menarik

Lucern Old Town

Lucerne Old Town memukau dengan seni bina bersejarah, jalan berbatu, Chapel Bridge yang ikonik, dan Menara Air. Dikelilingi bangunan klasik, ia menggambarkan keindahan budaya Swiss.

Lungern Lake

Lungern Lake menawarkan pemandangan tasik biru kehijauan dikelilingi gunung. Lokasi ini sesuai untuk berkelah, berkayak, atau bersantai menikmati ketenangan alam yang menakjubkan.

Mount Titlis

Mount Titlis terkenal dengan glasier kekal, Titlis Rotair, dan Titlis Cliff Walk. Ia destinasi wajib untuk bermain salji, ski, serta menikmati panorama Alps.

Perkampungan Lauterbrunnen

Lauterbrunnen dikenali sebagai lembah air terjun, dengan Staubbach Falls dan Trümmelbach Falls. Kampung ini menawarkan pemandangan desa Alpine klasik dengan latar belakang gunung bersalji.

Brienz Lake

Brienz Lake menampilkan air biru turquoise yang jernih, dikelilingi gunung indah. Naik bot, berkayak, atau nikmati pemandangan lokasi filem Korea, Crash Landing on You!

Blausee

Blausee ialah tasik kecil dengan air biru kristal jernih, dikelilingi hutan tebal. Ia lokasi romantik untuk berjalan santai, bersampan, atau menikmati keindahan semula jadi.

Zermatt

Zermatt ialah destinasi ski terkenal di kaki Matterhorn. Bebas kenderaan, bandar ini menawarkan aktiviti musim sejuk, hiking, serta pemandangan ikonik gunung berbentuk piramid.

Rheinfall

Rhine Falls, air terjun terbesar di Eropah, menampilkan air deras yang mengagumkan. Pelancong boleh menaiki bot ke batu tengah untuk merasai kekuatan air terjun.

Zurich

Zurich ialah bandar terbesar Switzerland, terkenal dengan Old Town, Bahnhofstrasse untuk membeli-belah mewah, serta keindahan Lake Zurich. Ia pusat budaya, kewangan, dan seni Switzerland.

TRAVEL STYLE

SPECIAL SERVICE TERMS

Accommodation

Kemudahan penginapan sama ada hotel, homestay atau guest house di kawasan luar bandar. Jumlah penginapan adalah terhad tetapi menawarkan pengalaman unik.

Private Transport

Transport menggunakan MPV 9 seater. Kanak-kanak dianggap sebagai 1 seat seperti dewasa, dan diwajibkan memakai child seat.

Cabin Luggage

1 x Check-in Luggage 
1 x Cabin Luggage
1 x Bag Personal Item (i.e hand bag, backpack, laptop)

Saiz luggage tidak melebih 26 inci. Ini penting dipatuhi kerana ruang MPV yang tidak besar. 

Meal Plan

Penyediaan makan untuk sepanjang perjalanan di bawah tanggungjawab peserta.  Jika ada dapur di guesthouse, boleh digunakan untuk memasak. 

PERGI SENDIRI, PULANG IBARAT FAMILI

ITINERARI BEST OF SWITZERLAND 10H7M

Berikut adalah cadangan itinerari perjalanan kembara.
(Tertakluk kepada perubahan)

Hari 1 : Penerbangan KUL - Zurich

Perjalanan kita akan bermula dengan penerbangan dari K.Lumpur ke
Zurich. 

Hari 2 : Hari Ketibaan Zurich

  • Kapten / Tour Leader akan menunggu di airport untuk bawa
    berjalan ke bandar Zurich sebelum terus ke penginapan

Hari 3 : Lucern & Lungern Lake

  • Perjalanan melalui kawasan pergunungan Alps yang sangat cantik
    sehingga kita akan ke Lucern bandar bersejarah seperti jambatan kayu
    tertua di Eropah yang dipanggil “Chapel Bridge”, tasik Lucern dan Old
    Town.
  • Kita juga akan ke Tasik Lungern, antara lokasi ikonik keretapi
    merentasi tepi tasik.

Hari 4 : Mount Titlis, Engelberg

  • Kita akan menikmati keindahan Engelberg dan juga tarikan utama
    Mount Titlis yang akan membawa anda ke puncak. 
  • Aktiviti seperti sledging dan luncur salji disini, tetapi awal jangan terlalu seronok kerana mungkin tergolek pula nanti.

Hari 5 : Interlaken & Lauterbrunnen

  • Dua perkampungan tercantik tetapi jarang dilawati akan kita jelajahi
    hari ini. Minum Hot Chocolate di perkampungan yang dipenuhi air
    terjun di Lauterbrunnen
  • Kita akan ke pekan Interlaken dan juga singgah ke Tasik Brenzee lokasi penggambaran Crash Landing on You

Hari 6 : Blausee & Kandersteg

  • Kita akan ke salah satu perkampungan tenang di Kandersteg di mana
    rumah rumah di bawah lembah pergunungan.
  • Kemudian akan terus ke tasik popular, melihat ikan Trout sebesar lengan di tasik berwarna zamrud di di Blausee.

Hari 7 : Zermatt

  • Berjalan di rumah kayu klasik Swiss yang sudah berusia ratusan tahun
    di Zermatt. Tiada kenderaan di sini, kerana di dalam kampung ini tidak
    dibenarkan kenderaan berpetrol.
  • Di sini juga terletak gunung Matterhorn, gunung yang ada di dalam coklat Toblerone

Hari 8 : Rheinfall, Schaffhausen

  • Kita kunjungi air terjun terlebar di Eropah dan lihat pemandangan
    dari atas istana sehingga ke jambatan yang merintangi sungai
    tersebut.
  • Lihat bot kecil yang cuba menghampiri arus terjun yang
    deras. Pengalaman berdiri 1 meter dari air terjun.

Hari 9 : Zurich, Penerbangan Pulang

  • Tertakluk kepada masa penerbangan, kita akan bersiar-siar di bandar yang antara termahal di dunia.
  • Penerbangan pulang

Hari 10 : Ketibaan Kuala Lumpur

  • Dijangka tiba di Kuala Lumpur

Inclusion

  • ✅ International Flight Return KUL- ZRH
  • ✅ Checked in Luggage + 1 Cabin Luggage 
  • ✅ Private Chartered Transport
  • ✅ Accommodations (Guesthouse / Hotel)
  • ✅ Airport Transfer
  • ✅ Travel Insurance
  • ✅ Experienced Tour Leader
  • ✅ Drivers Expenses

Exclusion

  • ❌ Meal Plan
  • ❌ Entrance Fee
  • ❌ Personal Expenses

HARgA PAKEJ

Dewasa

12 tahun ke atas
MYR 9,780 / pax
  • Deposit RM500
  • Group Size Min 7 pax
Popular

Kanak-kanak

2 tahun ke atas
MYR 9,280 / pax
  • Deposit RM500
  • Group Size Min 7 pax
FAMILI

Ground Service

Exclude Flight
MYR 6,780 / pax
  • Deposit RM500
  • Group Size Min 7 pax
D.I.Y

TARIKH KEMBARA

Tarikh Open Trip

OKTOBER 2025
14-23 Okt

APRIL 2026
1-10 Apr

Check Availability & Deposit Payment

  • Klik Check Availability untuk memeriksa jumlah seat yang masih ada
  • Borang hanya boleh memproses pembayaran deposit sahaja.
  • Bagi tujuan pembayaran lain, hubungi terus Travel Consultant.
INGIN BUAT TEMPAHAN?

TRAVEL CONSULTANT SEDIA MEMBANTU

ISIKAN BORANG TEMPAHAN
(DAN KAMI AKAN HUBUNGI MELALUI WHATSAPP)