HABIBI MOROCCO 12H9M

INFO KEMBARA

12 Hari 9 Malam

Casablanca-Rabat-Chefchaouen-Fez-Merzouga-Sahara-Tinghir-Marrakech

KUL – CMN

Kumpulan Kecil 7 Pax

Itinerary Kembara Islam Eropah

Pilihan Tambahan Pakej Umrah for Traveller 3H2M

Maghribi (Morocco) adalah destinasi pelancongan yang menakjubkan dengan gabungan budaya, sejarah, dan keindahan semula jadi. Marrakech terkenal dengan Jemaa El-Fna, souk berwarna-warni, dan Istana Bahia. Chefchaouen, kota biru yang tenang, menawarkan lorong-lorong indah dan seni bina unik. Fez, pusat kebudayaan, menampilkan medina kuno, Universiti Al-Qaraouine, dan tanneries berwarna-warni. Merzouga dan Erg Chebbi menawarkan pengalaman padang pasir dengan menunggang unta dan bermalam di khemah Berber. Ouarzazate, “Hollywood Afrika,” menarik dengan Kasbah Ait Ben Haddou. Ifrane, digelar “Switzerland Maghribi,” mempunyai pemandangan indah dan udara sejuk. Dari pantai Essaouira hingga ngarai Todra, Maghribi menawarkan pengalaman pelancongan luar biasa.

KEINDAHAN WARISAN ISLAM EROPAH

Casablanca

Casablanca, bandaraya terbesar di Morocco, adalah pintu masuk utama ke negara ini dan merupakan pusat perniagaan serta industri. Di sini kita melawat Masjid Hassan II, Salah satu masjid terbesar di dunia, terletak di tepi laut Atlantik.

Rabat

Rabat menawarkan gabungan unik antara warisan tradisional dan suasana kosmopolitan. Menara Hassan, Mausoleum Mohammed V,  dab Kasbah des Oudayas adalah antara tarikan utama.

Marrakech

Pusat kebudayaan meriah, Marrakech menawarkan Jemaa El-Fna yang ikonik, souk berwarna-warni, Istana Bahia, taman eksotik, serta suasana bandar lama yang penuh sejarah dan keunikan.

Chefchaouen

Terkenal dengan bangunan biru yang menawan, Chefchaouen menawarkan suasana santai, lorong-lorong berbukit, mural indah, serta souk yang menjual kraf tangan tempatan dan barangan unik.

Meknés

Bekas ibu kota imperial, Meknés kaya dengan warisan sejarah seperti Bab El Mansour, Dataran El Hdim, istana lama, serta runtuhan Rom Volubilis berhampiran.

Fez

Pusat kebudayaan Maghribi, Fez terkenal dengan medina kuno yang kompleks, Universiti Al-Qaraouine, souk tradisional, tanneries berwarna-warni, serta seni bina Andalusia yang mempesona.

Ifrane

Digelar “Switzerland Maghribi,” Ifrane memiliki landskap hijau, rumah berseni bina Eropah, udara sejuk, dan menjadi tempat ski popular di musim sejuk.

Azrou

Terkenal dengan hutan cedar yang menjadi habitat monyet Barbary, Azrou menawarkan keindahan alam, pasar tempatan, serta suasana desa yang tenang dan nyaman.

Lembah Ziz

Lembah subur dengan pohon tamar, Ziz menawarkan pemandangan oase hijau yang menakjubkan di tengah padang pasir, laluan ke Sahara yang bersejarah.

Merzouga

Gerbang ke Erg Chebbi, Merzouga menawarkan pengalaman unik padang pasir seperti menunggang unta, berkhemah di khemah Berber, dan menyaksikan matahari terbit di bukit pasir.

Todra Gorge

Jurang batu sempit yang mengagumkan, Todra Gorge menawarkan laluan mendaki menarik, pemandangan sungai jernih, serta peluang untuk berinteraksi dengan komuniti Berber tempatan.

Dades Valley

Dikenali sebagai “Laluan Seribu Kasbah,” lembah ini menawarkan pemandangan dramatik, gunung berbatu merah, desa tradisional, serta peluang fotografi landskap yang menakjubkan.

Rissani

Sebuah pekan kecil kaya dengan sejarah dan budaya. Rissani juga terkenal dengan pasar tradisionalnya,  souks, yang menawarkan pengalaman autentik dengan pelbagai barangan seperti rempah, tembikar, dan karpet.

Skoura

Oasis hijau yang dipenuhi ladang tamar dan kasbah bersejarah, Skoura terkenal dengan Kasbah Amridil, tempat terbaik untuk menerokai kehidupan tradisional di oasis.

Ouarzazate

Dikenali sebagai “Hollywood Afrika,” Ouarzazate mempunyai studio filem terkenal, Kasbah Taourirt, serta pemandangan padang pasir yang menjadi latar banyak filem terkenal.

KELEBIHAN PAKEJ

BERBEZA DENGAN TRIP YANG LAIN

International Flight

Multiple Transportation

Airport Transfer

Nomad Experience

Tour Leader Berpengalaman

SMALL GROUP & PRIVATE ACTIVITY

ITINERARI HABIBi morocco 12h9m

Berikut adalah cadangan itinerari perjalanan kembara.

Hari 1 : Penerbangan KUL - Casablanca

  • Perjalanan akan bermula dari KLIA dan terus ke Casablanca.

Hari 2 : Ketibaan Casablanca

  • Tiba di Casablanca dan melawat Masjid Hassan II (bergantung pada waktu ketibaan)
  • Check in dan makan malam

Hari 3 : Casablanca - Rabat (B)

  • Bertolak ke Rabat. 
  • Lawatan ke monumen seperti Kasbah Oudaias, Makam Mohammed V dan Hassan Tower. 
  • Bermalam di Chefchaouen. Saksikan matahari terbenam dari bumbung Riad, panorama stop, atau dari masjid lama.
  • Dijangka tiba pada jam 1015 petang di KLIA.

Hari 4 : Meneroka Chefchaouen (B)

  • Selepas sarapan, sertai lawatan ke Chefchaouen.
  • Beli kraf tempatan, terokai mural-mural menarik, dan nikmati suasana jalanan serta kafe berwarna biru yang ikonik.
  • Makan malam di restoran tempatan dan berehat.

Hari 5 : Chefchaouen – Meknés – Fez (B)

  • Awal pagi selepas sarapan, bertolak menuju ke Fes dengan persinggahan di Meknes
  • Lawati Dataran El Hdim dan lihat pintu gerbang Bab El Mansour yang megah.
  • Nikmati hidangan tengah hari di Meknes sebelum meneruskan perjalanan ke Fes.
  • Check in dan bermalam di hotel atau riad di Fes.

Hari 6 : Fez – Ifrane – Azrou – Ziz Valley – Merzouga (B)

  • Bertolak ke selatan melalui Ifrane, dikenali sebagai “Switzerland Morocco,” dan melalui Pergunungan Atlas Tengah serta hutan cedar di Azrou. 
  • Teruskan perjalanan ke Midelt, Lembah Ziz, Erfoud, Rissani, dan akhirnya tiba di Merzouga, disambut dengan secawan teh. 
  • Bermalam di hotel/riad.

Hari 7 : Pengalaman Nomad di Merzouga (B/D)

  • Selepas sarapan, kita akan meneroka kawasan sekitar, bermula dengan melawat kampung komuniti yang berasal dari Mali untuk menikmati muzik dan budaya mereka. 
  • Seterusnya, menuju ke belakang bukit pasir di tengah padang pasir dengan pemandangan memukau sambil menikmati secawan teh bersama pengembara Berber. 
  • Kembali ke hotel untuk bersiap sedia dengan panduan tempatan yang akan mengajar cara menunggang dan mengendalikan unta sebelum memulakan pengembaraan merentasi lautan pasir Erg-Chebbi.
  • Bermalam di khemah Berber.

Hari 8 : Merzouga – Gorges Todra – Dades Valley (B&D)

  • Bangun awal untuk menyaksikan matahari terbit yang menakjubkan, mencipta bayang-bayang dan warna yang berbeza di atas bukit pasir tertinggi di Maghribi. 
  • Selepas sarapan, meneruskan perjalanan ke Tinghir dan Ngarai Todra— ngarai tertinggi dan paling sempit di Maghribi, sesuai untuk mendaki atau berehat di tepi sungai sambil menikmati hidangan Berber tempatan. 
  • Selepas makan tengah hari, perjalanan diteruskan ke Lembah Dades, di mana kita akan bermalam di hotel yang terletak di puncak gunung

Hari 9 : Dades Gorge – Skoura – Ouarzazate - Marrakech (B)

  • Sarapan dan daftar keluar, kemudian teruskan perjalanan merentasi Lembah Dades menuju ke Kalaa M’gouna, yang dikenali sebagai “bandar mawar” kerana pengeluaran air mawar yang terkenal.
  • Perjalanan diteruskan ke Skoura, yang dipenuhi pohon palma, sebelum tiba di Ouarzazate, digelar sebagai “Hollywood Afrika” kerana sering menjadi lokasi penggambaran filem-filem antarabangsa. 
  • Seterusnya, lawati Kasbah Ait Ben Haddou, kasbah terbesar di Maghribi dan Tapak Warisan Dunia UNESCO. 
  • Perjalanan diteruskan merentasi Tizi n’Tichka Pass (2260m) di pergunungan High Atlas menuju ke Marrakech. 
  • Bermalam di hotel atau riad.

Hari 10 : Marrakech (B)

  • Pagi dimulakan awal dengan lawatan ke Madrasa Ben Youssef, sebuah keajaiban seni bina dan antara monumen paling penting di Marrakech – sekolah agama abad ke-14 yang penuh sejarah.
  • Seterusnya, lawatan ke Souk tradisional dan Istana Bahia yang menakjubkan. 
  • Rehat makan tengah hari, kemudian aktiviti bebas pada sebelah petang. 
  • Nikmati suasana santai sambil menyaksikan matahari terbenam dari kafe bumbung di Dataran Jemaa El-Fna
  • Bermalam di Marrakech.

Hari 11 : Penerbangan Pulang

  • Check out dan bergerak ke airport jam 11pagi
  • Berlepas pulang pada jam 1545 petang

Hari 12 : Ketibaan

  • Dijangka tiba pada jam 1015 petang di KLIA.

Inclusion

Spain Travel Package 

  • ✅ Penerbangan KUL – Casablanca (inc. luggage 1 x 23kg)
  • ✅ Accommodation 9 nights (hotel / riad)
  • ✅1 night at Sahara Luxury Camp,  Camel Track, Desert Tour 4×4 
  • ✅ Transportation
  • ✅ Meal Plan Halfboard (as per itinerary)
  • ✅ Sight seeing as per itinerary
  • ✅ Airport Transfer
  • ✅ Experienced Tour Leader / Local Guide

Exclusion

  • Personal Expenses
  • Sebarang perubatan melibatkan Covid 19
  • Sebarang perbelanjaan aktiviti yang tidak dinyatakan
  • Travel Insurance
  • Meal plan (as stated)
  • Entrance Fee / Ticket
  • Local Guide in Fes & Kasbah (optional)
 

HARgA PAKEJ

Dewasa / Kanak-kanak

2 tahun ke atas
MYR 12,980 / pax
  • Deposit RM1000
  • Flight Ticket Fare
  • Progress Payment
Popular

UMRAH FOR TRAVELLER

PAKEJ PILIHAN
+ MYR RM1,999 / pax
  • Umrah 3H2M
  • Flight Ticket Fare RM5000
  • Progress Payment
ADD-ON

ITINERARY PAKEJ UMRAH FOR TRAVELER 3H2M

Hari 8 : Jeddah

  • Ucapkan selamat tinggal Eropah, kita akan memulakan perjalanan menunaikan umrah pula dengan menaiki penerbangan yang ditetapkan. 
  • Dijangka tiba di Jeddah pada malam hari, dan akan terus dibawa ke penginapan.

Hari 9 : Mekah

  • Melaksanakan Umrah Pertama.
  • Dengan bimbingan mutawif setelah umrah pertama, hari ini adalah hari terbaik untuk berehat dan berjalan sekitar masjid.

Hari 10 : Ziarah

  • Jemaah dibawa ziarah antaranya Padang Arafah, tempat jemaah Haji berwukuf Muzdalifah, Mina, dan Jamaraat Tempat Melontar
  • Umrah Kedua (Pilihan)
  • Penerbangan Pulang

Hari 10 : Ziarah

  • Penerbangan Pulang 0215am
  • Dijangka tiba di KLIA 1515pm

Inclusion - Umrah For Traveller

Umrah for Traveler Package 3H2M

  • ✅ Penerbangan Jeddah – KUL
  • ✅ Hotel 2 & 3 Sebilik (Hotel Snood Ajyad (200M-250M) atau setaraf)
  • ✅ Visa for Umrah
  • ✅ Airport Transfer
  • ✅ Stopover Visa Insurance
  • ✅ Transport 
  • ✅ Guidance by Mutawwif Umrah Pertama
  • ✅ Ziarah 
  • ✅ Air Zam-zam 

Exclusion - Umrah For Traveller​

  • Personal Expenses
  • Sebarang perubatan melibatkan Covid 19
  • Sebarang perbelanjaan aktiviti yang tidak dinyatakan
  • Meal Plan
*Semua penyertaan adalah tertakluk kepada visa kelulusan umrah.
 

TARIKH KEMBARA

Tarikh Open Trip

December 2025
8-19 December 2025 (Cuti Sekolah)

March 2026
24.03.2026 – 04.04.2026

Check Availability & Deposit Payment

  • Klik Check Availability untuk memeriksa jumlah seat yang masih ada
  • Borang hanya boleh memproses pembayaran deposit sahaja.
  • Bagi tujuan pembayaran lain, hubungi terus Travel Consultant.
INGIN BUAT TEMPAHAN?

TRAVEL CONSULTANT SEDIA MEMBANTU

ISIKAN BORANG TEMPAHAN
(DAN KAMI AKAN HUBUNGI MELALUI WHATSAPP)