11 Hari 8 Malam
Paris, London & Amsterdam
London, Paris dan Amsterdam adalah tiga destinasi ikonik Eropah yang menawarkan gabungan budaya, sejarah dan gaya hidup moden. London mempesona dengan mercu tanda seperti Big Ben, Buckingham Palace dan pengalaman membeli-belah di Oxford Street. Paris, kota cinta, memukau dengan Menara Eiffel, seni di Louvre dan suasana romantik di tepi Sungai Seine. Amsterdam pula dikenali dengan terusan yang indah, muzium Van Gogh dan budaya berbasikal yang santai. Ketiga-tiganya mudah dihubungkan dengan kereta api Eurostar atau penerbangan singkat, menjadikan lawatan ke tiga bandar ini satu pengalaman Eropah yang lengkap dan mengasyikkan.
Kota terusan yang menawan dengan budaya berbasikal, seni di muzium Van Gogh, kafe unik, rumah Anne Frank dan suasana santai yang memikat pelancong.
Mulakan di Menara London dan Tower Bridge, terus ke Katedral St. Paul. Nikmati permandangan Sungai Thames, lawat Istana Buckingham, Westminster Abbey, dan akhiri di Covent Garden atau South Bank.
Kota romantik dengan Menara Eiffel, seni di Louvre, Champs-Élysées, kafe bergaya dan suasana elegan yang menjadikan Paris destinasi impian ramai pelancong.
Nikmati suasana santai Amsterdam dengan pelayaran terusan, lawatan ke muzium Van Gogh dan Rijksmuseum, serta meneroka kedai-kedai dan kafe unik di Jordaan.
Dataran bersejarah yang menjadi jantung Brussels, dikelilingi bangunan gaya Baroque, dewan bandar, dan guildhalls – tumpuan pelancong serta acara kebudayaan utama.
Berjalan di Champs-Élysées, lawat Louvre, dan nikmati croissant segar sambil menyelami keindahan kota cinta yang menawan.
Kampung tradisional Belanda dengan kincir angin bersejarah, kedai keju, kraftangan kayu dan suasana desa yang membawa pengunjung kembali ke era klasik Belanda.
Destinasi popular berhampiran Paris, terkenal dengan Disneyland Paris dan kawasan membeli-belah La Vallée Village – sesuai untuk keluarga dan pencinta beli-belah.
Bandar bersejarah dengan seni bina zaman pertengahan, terusan romantik, coklat artisan dan suasana tenang yang menjadikannya destinasi Belgium yang menawan hati.
Tapak Warisan Dunia UNESCO di Belanda dengan deretan kincir angin tradisional, landskap hijau dan terusan – simbol kejuruteraan air Belanda yang mengagumkan.
Menara Eiffel bercahaya indah pada waktu malam, dengan lampu berkelip setiap jam – mencipta suasana romantik yang memukau di tengah kota Paris.
Amsterdam bersinar indah pada waktu malam dengan terusan yang berkilau, lampu jalan yang hangat, serta suasana meriah di kafe, pub dan kawasan Damrak.
Kemudahan penginapan sama ada hotel, homestay atau guest house. Jumlah penginapan adalah terhad dan tidak banyak pilihan dan beada bukan di bandar dan kebanyakannya di luar bandar.
Transport menggunakan MPV 9 seater. Kanak-kanak dianggap sebagai 1 seat seperti dewasa, dan diwajibkan memakai child seat (tambahan caj).
Penyediaan makan untuk sepanjang perjalanan di bawah tanggungjawab peserta. Terdapat kemudahan dapur di guesthouse, boleh digunakan untuk penyediaan makanan, walaupun utensil terhad.
1 x Check-in Luggage 23kg
1 x Bag Personal Item (i.e hand bag, backpack, laptop)
Saiz luggage tidak melebih 26 inci. Ini penting dipatuhi kerana ruang MPV yang tidak besar.
Airport transfer / Private Transfer ke penginapan di Central London sahaja. Travel di London menggunakan public transport. Oyster Card disediakan. Lawatan hanya di sekitar Central tertakluk kepada masa. Meal plan adalah tanggungan sendiri.
Airport transfer / Private Transfer ke penginapan. Travel di Paris menggunakan public transport (metro). Destinasi lawatan di Paris tertakluk kepada masa. Meal plan adalah tanggungan sendiri.








Berikut adalah cadangan itinerari perjalanan kembara.
(Tertakluk kepada perubahan)
* Penerbangan jam 2100 Kuala Lumpur – Amsterdam.
International Flight KUL- AMS
International Flight LHR- KUL
Checked in Luggage 23kg + 1 Cabin Luggage 7kg
Private Chartered Transport (Amsterdam & Paris)
Parking, Fuel & Toll
Accommodations (Apartment / Hotel)
Airport Transfer
Experienced Tour Leader
Drivers Expenses
Public Transport Pass London & ParisOKTOBER 2025
19 – 29 Oct
JANUARY 2026
16 – 26 Jan
MAY 2026
1-11 May
WhatsApp us