PARIS, BRUSSELS & AMSTERDAM 11D8N
INFO KEMBARA
Small Group 7 pax
Stopover London & Paris
Nature & Outdoor
Paris, Amsterdam dan Brussels adalah destinasi Eropah yang memukau dengan keunikan masing-masing. Paris memikat dengan Menara Eiffel, seni di Louvre dan suasana romantik di sepanjang Sungai Seine. Amsterdam pula terkenal dengan terusan indah, muzium Van Gogh dan budaya berbasikal yang santai. Brussels, ibu negara Belgium dan Kesatuan Eropah, menawan dengan Grand Place yang bersejarah, coklat buatan tangan dan wafel yang lazat. Ketiga-tiga bandar ini mudah dihubungi dengan kereta api, menjadikannya laluan popular untuk pelancong. Gabungan seni, budaya dan sejarah menjadikan perjalanan ke Paris, Amsterdam dan Brussels pengalaman Eropah yang lengkap dan tidak dilupakan.
Amsterdam
Kota terusan yang menawan dengan budaya berbasikal, seni di muzium Van Gogh, kafe unik, rumah Anne Frank dan suasana santai yang memikat pelancong.
Brussels
Ibu kota Belgium yang terkenal dengan Grand Place, coklat dan wafel lazat, seni bina klasik, serta gabungan budaya Eropah moden dan tradisional.
Paris
Kota romantik dengan Menara Eiffel, seni di Louvre, Champs-Élysées, kafe bergaya dan suasana elegan yang menjadikan Paris destinasi impian ramai pelancong.
Aktiviti menarik
Amsterdam Day Trip
Nikmati suasana santai Amsterdam dengan pelayaran terusan, lawatan ke muzium Van Gogh dan Rijksmuseum, serta meneroka kedai-kedai dan kafe unik di Jordaan.
Grand Place Brussels
Dataran bersejarah yang menjadi jantung Brussels, dikelilingi bangunan gaya Baroque, dewan bandar, dan guildhalls – tumpuan pelancong serta acara kebudayaan utama.
Paris Day Trip
Berjalan di Champs-Élysées, lawat Louvre, dan nikmati croissant segar sambil menyelami keindahan kota cinta yang menawan.
Zaanse Schans
Kampung tradisional Belanda dengan kincir angin bersejarah, kedai keju, kraftangan kayu dan suasana desa yang membawa pengunjung kembali ke era klasik Belanda.
Marnee La valle
Destinasi popular berhampiran Paris, terkenal dengan Disneyland Paris dan kawasan membeli-belah La Vallée Village – sesuai untuk keluarga dan pencinta beli-belah.
Bruges
Bandar bersejarah dengan seni bina zaman pertengahan, terusan romantik, coklat artisan dan suasana tenang yang menjadikannya destinasi Belgium yang menawan hati.
Kinderdijk Rotterdam
Tapak Warisan Dunia UNESCO di Belanda dengan deretan kincir angin tradisional, landskap hijau dan terusan – simbol kejuruteraan air Belanda yang mengagumkan.
Eiffel Tower at Night
Menara Eiffel bercahaya indah pada waktu malam, dengan lampu berkelip setiap jam – mencipta suasana romantik yang memukau di tengah kota Paris.
Amsterdam at Night
Amsterdam bersinar indah pada waktu malam dengan terusan yang berkilau, lampu jalan yang hangat, serta suasana meriah di kafe, pub dan kawasan Damrak.
TRAVEL STYLE
SPECIAL SERVICE TERMS
Accommodation
Kemudahan penginapan sama ada hotel, homestay atau guest house. Jumlah penginapan adalah terhad dan tidak banyak pilihan dan beada bukan di bandar dan kebanyakannya di luar bandar.
Private Transport
Transport menggunakan MPV 9 seater. Kanak-kanak dianggap sebagai 1 seat seperti dewasa, dan diwajibkan memakai child seat (tambahan caj).
Meal Plan
Penyediaan makan untuk sepanjang perjalanan di bawah tanggungjawab peserta. Terdapat kemudahan dapur di guesthouse, boleh digunakan untuk penyediaan makanan, walaupun utensil terhad.
Cabin Luggage
1 x Check-in Luggage 23kg
1 x Bag Personal Item (i.e hand bag, backpack, laptop)
Saiz luggage tidak melebih 26 inci. Ini penting dipatuhi kerana ruang MPV yang tidak besar.
London Stopover
Airport transfer ke penginapan di Central London sahaja. Travel di London menggunakan public transport. Oyster Card disediakan. Lawatan hanya di sekitar Central tertakluk kepada masa. Meal plan adalah tanggungan sendiri.
Paris Stopover
Airport transfer ke penginapan. Travel di Paris menggunakan public transport (metro). Destinasi lawatan di Paris tertakluk kepada masa. Meal plan adalah tanggungan sendiri.
PERGI SENDIRI, PULANG IBARAT FAMILI










CADANGAN ITINERARI
Berikut adalah cadangan itinerari perjalanan kembara.
(Tertakluk kepada perubahan)
Hari 1 : Penerbangan
* Penerbangan jam 2100 Kuala Lumpur – Amsterdam.
Hari 2 : Hari Ketibaan Amsterdam
- Perjalanan kita bermula di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Amsterdam dimana Tour Leader akan menunggu dan membawa anda terus ke penginapan.
- Kita berehat sebelum memulakan kembara sepenuhnya esok pagi.
Hari 3 : Amsterdam Day Trip
- Menerokai Bandar Amsterdam yang indah dan kaya dengan pelbagai taman hijau menarik dan muzium yang mempersonakan.
- Ia lebih menyeronokkan secara berjalan kaki di sepanjang Damrak sehingga ke Flower Market dan sebelum ke Rejmuseum.
- Lihat bagaimana terusan membentuk bandar dan bangunan yang unik tidak sama tinggi.
- Awas basikal sangat banyak disini.
Hari 4 : Zaanse Schans
- Zaanse Schans adalah muzium terbuka, perkampungan tradisional dipenuhi rumah kayu comel pelbagai rupa yang dipulihara.
- Ia contoh terbaik kincir angin dimana semua termasuk rumah dan kedaiberumur lebih 100 tahun dan dibawa ke sini.
- Ia dicabut, dibaiki dan dibina semula dari pelbagai tempat.
Hari 5 : Grand Place, Brussels
- Brussels merupakan bandar dimana kita berhenti sebelum meneruskan kembara ke Paris.
- Ia bandar yang cantik dan tertumpu di kawasan Grand Place yang mempunyai bangunan dalam era yang berbeza Gothic, Balroque dan Reinansance.
- Meriah dengan kehadiran street performance. Pernah tengok patung budak kecil kencing berdiri? Manneken Pis adalah tempatnya disini.
Hari 6 : Marne La Valle
- Selain Bicester Village di UK, La Valle Village ini turut menjadi tumpuan pembeli barangan berjenama antarabangsa dengan tawaran harga yang menarik.
- Beli sepuasnya sebelum kita bawa pulang semua barangan ke Malaysia.
- Kita akan singgah, bergambar di Disneyland, yang popular.
Hari 7 : Paris Day Trip
- Hari ini kita akan memulakan kembara di sekitar Paris yang terkenal dengan binaan besi Eiffel Tower, gerbang Arc De Triomphe, dan jalan lurus Champ Elysées yang popular dengan outlet sepanjang jalan.
- Kita akan singgah di Musée du Louvre untuk bergambar sebelum ke Mountmartre sebagai lokasi terakhir hari ini.
Hari 8 : Brugges
- Mulakan hari di Grote Markt, dataran utama yang dikelilingi bangunan bersejarah, sebelum mendaki Belfry of Bruges untuk menikmati pemandangan bandar dari atas.
- Seterusnya, berjalan ke kawasan Burg Square dan Rozenhoedkaai, lokasi bergambar paling ikonik di Bruges.
- Singgah di kedai coklat artisan seperti The Chocolate Line.
Hari 9 : Rotterdam
- Kinderdijk Windmills Tapak Warisan Dunia UNESCO di Belanda dengan deretan kincir angin tradisional, landskap hijau dan terusan – simbol kejuruteraan air Belanda yang mengagumkan.
- Sesuai untuk bersantai, bergambar dan menaiki basikal.
Hari 10 : Penerbangan Pulang
- Free & Easy
- Check out
- Penerbangan pulang jam 1540 petang
Hari 11 : Ketibaan Kuala Lumpur
- Dijangka tiba di KLIA 1440 petang
Inclusion
International Flight KUL- AMS
Checked in Luggage 23kg + 1 Cabin Luggage 7kg
Private Chartered Transport
Parking, Fuel & Toll
Accommodations (Guesthouse / Hotel)
Airport Transfer
Experienced Tour Leader
Drivers Expenses
Public Transport Pass Amsterdam & Paris
Exclusion
- ❌ Meal Plan
- ❌ Entrance Fee
- ❌ Personal Expenses
- ❌ Travel Insurance
Note
- Travel menggunakan MPV kecuali di dalam bandar Paris dan Amsterdam
- Aktiviti malam hanya tertumpu di lokasi yang ditetapkan.
- Perjalanan boleh bermula dari Paris atau Amsterdam.
HARgA PAKEJ
TARIKH KEMBARA
Tarikh Open Trip
JANUARI 2025
28 Jan – 6 Feb
Check Availability & Deposit Payment
- Klik Check Availability untuk memeriksa jumlah seat yang masih ada
- Borang hanya boleh memproses pembayaran deposit sahaja.
- Bagi tujuan pembayaran lain, hubungi terus Travel Consultant.