LOMBOK & PINK BEACH 4H3M

INFO KEMBARA

4 Hari 3 Malam

Weekend Trip

KUL – Lombok (LOP)

Kumpulan Kecil 2-10 Pax

Itinerary Fleksibel

Serasi Keluarga

Lombok ialah sebuah destinasi pelancongan yang semakin popular di Indonesia, terkenal dengan keindahan semula jadi dan suasana yang lebih tenang berbanding Bali. Pulau ini menawarkan pantai-pantai memukau seperti Pantai Tanjung Aan dan Selong Belanak, sesuai untuk berenang, berjemu. Gunung Rinjani menjadi tarikan utama bagi peminat aktiviti mendaki. Di Desa Sade, pengunjung boleh mengenali budaya suku Sasak yang unik. Pulau-pulau kecil seperti Gili Trawangan, Gili Meno dan Gili Air pula terkenal dengan aktiviti snorkeling dan menyelam. Lombok adalah pilihan ideal bagi mereka yang mencari pengalaman pelancongan yang santai dan asli.

PELBAGAI PILIHAN PENGALAMAN

Pink Beach Lombok
Pantai unik dengan pasir berwarna merah jambu, air laut jernih, sesuai untuk berenang, bergambar, snorkeling dan menikmati keindahan alam yang menenangkan.

Bukit Merese
Bukit terbuka dengan pemandangan laut biru dan tebing menghijau, lokasi terbaik menikmati matahari terbenam dan bergambar dengan latar belakang menakjubkan.

Air Terjun Sendang Gile
Air terjun bertingkat yang terletak di kaki Gunung Rinjani, dikelilingi hutan tropika, sejuk, menyegarkan dan sesuai untuk aktiviti riadah dan fotografi.

Pantai Kuta Mandalika
Pantai luas dengan pasir putih bersih, sesuai untuk bersantai, meluncur, atau menikmati makanan tempatan sambil melihat pemandangan laut yang memukau.

Desa Sade
Perkampungan tradisional masyarakat Sasak dengan rumah beratap jerami, warisan budaya, tarian tradisional dan aktiviti tenunan yang masih diamalkan penduduk tempatan.

Pekan Lombok
Bandar kecil yang menjadi nadi aktiviti harian, menawarkan pasar tradisional, kedai kraftangan, makanan lokal dan suasana tempatan yang mesra pelancong.

KELEBIHAN PAKEJ

BERBEZA DENGAN TRIP YANG LAIN

Pelepasan Setiap Hujung Minggu

Penginapan Selesa

Termasuk Bot

Bebas Memilih Penerbangan

Tour Leader Berpengalaman

Trip sepanjang tahun

ITINERARI Lombok 4H3M

Berikut adalah cadangan itinerari perjalanan kembara. 

Hari 1 : Penerbangan KUL - LOP

•Berlepas ke Lapangan Terbang Lombok
•Singgah di Pantai kuta Mandalika dan Bukit Merese dengan pemandangan bukit yang memukau dan menyaksikan panorama laut biru.
•Check in Hotel dan Makan Malam

Hari 2 : Pink Beach & Island Hoping

•Selepas sarapan, menuju ke Pink Beach yang terkenal dengan pasir berwarna pink yang unik.
•Aktiviti dieruskan dengan menjelajah ke pulau-pulau berhampiran bersantai di tepi pantai yang sangat cantik untuk sesi bergambar.
•Pulang ke Lombok
•Aktiviti bebas

Hari 3 :Sendang Gile Waterfall & Bukit Selong

•Selepas sarapan pagi, menuju ke Desa Senaru dan menikmati keindahan air terjun Sendang Gile & Tiup Kelep yang terkenal dengan keindahan dan kejernihan airnya
•Meneruskan lawatan ke Desa Sembalun, merasai pengalaman udara sejuk dan menikmati panorama bukit hijau di kaki Gunung Rinjani
•Singgah ke Bukit Selong dan menikmati panorama sawah berpetak warna-warni berlatarbelakangkan Gunung Rinjani, sesuai untuk sesi fotografi!
•Aktiviti Bebas

Hari 4 : Penerbangan LOP - KUL

•Singgah membeli ole-ole khas Lombok
•Aktiviti bebas
•Perjalanan pulang ke Lapangan Terbang

Inclusion

  • ✅ • Return Flight Ticket
  • ✅ •Hotel 3 Star (Twin/Double Room)
  • ✅• Private Transportation
  • ✅•Fullboard Meal
  • ✅•Entrance Fee
  • ✅•Private Boat

Exclusion

  • 📌 •Personal Expenses
  • 📌 •Travel Insurance
  • 📌•Check-in Luggage
  • 📌 •Tipping

HARgA PAKEJ

Dewasa

12 tahun ke atas
Bermula MYR 2020 / pax
  • 6-10 pax: RM2020/pax
  • 4-5 pax: RM2215/pax
  • 2-3 pax: RM2585/pax
  • Deposit RM200
Popular

TARIKH PELEPASAN

Tarikh Pelepasan

  • 16-19 July 2025
    21-24 Aug 2025
    18-21 Sep 2025
  • Terbuka sepanjang tahun, pelepasan hujung minggu

Syarat & Terma

  • Tertakluk kepada keadaan cuaca dan perubahan musim
INGIN BUAT TEMPAHAN?

TRAVEL CONSULTANT SEDIA MEMBANTU

ISIKAN BORANG TEMPAHAN
(DAN KAMI AKAN HUBUNGI MELALUI WHATSAPP)