SCANDINAVIA NORWAY SWEDEN FINLAND 12D9N

INFO KEMBARA

12D9N

Norway, Sweden & Finland

KUL – OSL / OSL-EVE

Small Group 7 pax

Flexible Itinerary

Nature, Aurora  & Outdoor

Norway menawarkan keindahan alam yang menakjubkan, dari bandar moden hingga ke kawasan Artik yang memukau. Oslo, ibu kota Norway, menggabungkan sejarah dan kemodenan dengan tarikan seperti Oslo Opera House dan Vigeland Park. Lofoten menawarkan landskap gunung dramatik, kampung nelayan tradisional, serta peluang melihat Aurora Borealis dan matahari tengah malam. 

Tromsø, dikenali sebagai “Pintu Gerbang ke Artik,” menawarkan pemandangan menakjubkan dari Fjellheisen serta tarikan seperti Arctic Cathedral. Sommarøy, sebuah pulau kecil berhampiran Tromsø, terkenal dengan pantai pasir putih dan air jernih, sesuai untuk percutian santai. Norway juga merupakan salah satu lokasi terbaik di dunia untuk aurora hunting, dengan tempat seperti Tromsø, Narvik, dan Lofoten menjadi pilihan utama untuk menyaksikan keindahan cahaya utara di langit Artik.

ARTIC CIRCLE

Lofoten

Lofoten menawarkan pemandangan dramatik dengan gunung menjulang, kampung nelayan tradisional, dan pantai berpasir putih. Aktiviti popular termasuk mendaki, berkayak, dan menikmati keindahan matahari tengah malam atau Aurora Borealis.

Oslo

Oslo, ibu kota Norway, menggabungkan sejarah dan kemodenan dengan tarikan seperti Oslo Opera House, Vigeland Park, dan Akershus Fortress. Bandar ini juga terkenal dengan fjord yang indah dan muzium Viking.

Tromso

Tromsø dikenali sebagai “Pintu Gerbang ke Artik,” dengan tarikan seperti Arctic Cathedral, Polaria, dan kabel car Fjellheisen. Ia juga merupakan destinasi utama untuk menyaksikan cahaya utara.

Abisko

Abisko, terletak di utara Sweden, terkenal sebagai salah satu tempat terbaik di dunia untuk melihat Aurora Borealis. Taman Negara Abisko menawarkan laluan hiking yang menakjubkan, termasuk Kungsleden Trail, serta pemandangan Tasik Torneträsk yang indah.

Kiruna

Kiruna, bandar paling utara di Sweden, terkenal dengan lombong bijih besi terbesar di dunia dan fenomena alam seperti matahari tengah malam serta Aurora Borealis. Tarikan utama termasuk Icehotel di Jukkasjärvi dan Gereja Kiruna yang unik.

Aurora Hunting

Norway adalah lokasi terbaik untuk memburu Aurora Borealis, terutamanya di kawasan Artik seperti Tromsø, Narvik, dan Lofoten. Musim sejuk adalah waktu terbaik untuk melihat fenomena cahaya utara yang menakjubkan ini.

TRAVEL STYLE

SPECIAL SERVICE TERMS

Accommodation

Kemudahan penginapan sama ada hotel, cabin, homestay atau guest house. Jumlah penginapan adalah terhad dan tidak banyak pilihan dan beada bukan di bandar dan kebanyakannya di luar bandar.

Private Transport

Transport menggunakan MPV 9 seater. Kanak-kanak dianggap sebagai 1 seat seperti dewasa, dan diwajibkan memakai child seat.

Cabin Luggage

1 x Check-in Luggage 
1 x Cabin Luggage
1 x Bag Personal Item (i.e hand bag, backpack, laptop)

Saiz luggage tidak melebih 26 inci. Ini penting dipatuhi kerana ruang MPV yang tidak besar. 

Meal Plan

Penyediaan makan untuk sepanjang perjalanan di bawah tanggungjawab peserta.  Jika ada dapur di guesthouse, boleh digunakan untuk memasak. 

PERGI SENDIRI, PULANG IBARAT FAMILI

ITINERARI NORWAY & SWEDEN ARTIC CIRCLE 12D9N

Berikut adalah cadangan itinerari perjalanan kembara.
(Tertakluk kepada perubahan)

Hari 1 : Penerbangan

* Penerbangan jam 2100  Kuala Lumpur – Oslo.

Hari 2 : Hari Ketibaan Oslo

  • Dijangka tiba ke Oslo pada 10pagi.
  • Tertakluk kepada masa ketibaan kita akan menyambung penerbangan dari Oslo ke Narvik.

Hari 3 : Senja

  • Sekiranya cuaca mengizinkan, kita akan melalui Senja, satu lagi lokasi ikonik di utara Norway.
  • Senja memang terkenal dengan pergunungan yang mengagumkan, pantai yang bersih dan juga kehidupan yang tenang.
  • Ketika menghampiri musim sejuk, salji sudah mula kelihatan di pergunungan yang menemai perjalanan sepanjang laluan coastal di Senja.

Hari 4 : Tromso

  • Pagi ini, kita akan mulakan perjalanan ke Tromso, sama ada melalui jalan darat dan feri bergantung pada cuaca dan jadual.

  • Sekiranya cuaca mengizinkan, kita akan melalui Senja, satu lagi lokasi ikonik di utara Norway.
  • Lawatan di bandar Tromso yang digelar “Paris of the North.” bermula dengan melawat Arctic Cathedral yang ikonik, kemudian menaiki Fjellheisen cable car ke puncak gunung Storsteinen untuk melihat panorama bandar Tromso dan fjord sekitarnya. 
  • Pada waktu malam, anda akan dibawa ke satu lagi lokasi memburu Aurora — mungkin kali ini anda akan dapat merakam foto terbaik dengan langit yang dipenuhi jalur hijau yang menari.

Hari 5 : Tromso - Sommeroy

  • Selepas sarapan, bergerak ke Sommarøy, sebuah pulau kecil yang terletak kira-kira satu jam dari Tromso.

  • Setibanya di Sommarøy, anda boleh berjalan di tepi pantai, menikmati keindahan laut Artik, dan melihat rumah-rumah nelayan tradisional yang berwarna-warni. 

  • Bergerak dari Tromso ke Finland.

  • Sesi memburu Aurora — di kawasan terpencil Finland ini, gangguan cahaya sangat minima, menjadikan peluang melihat Aurora lebih tinggi.*

Hari 6 : Kilpisjarvi - Kiruna

  • Pagi ini adalah masa untuk kemas barang dan ucap selamat tinggal kepada bumi Finland. 
  • Perjalanan diteruskan ke Kiruna memasuki negara Sweden.
  • Antara aktiviti utama adalah melawat ke Ice Hotel, antara binaan bilik-bilik hotel dari ais.*
  • Aktiviti seperti reindeer ride dan husky juga sangat popular di Kiruna.
  • Berkenalan dengan budaya orang peribumi di perkampungan Sami.

Hari 7 : Abisko - Svolvaer

  • Pagi ini, kita tinggalkan Kiruna dan mulakan perjalanan ke Lofoten merentas sempadan.

  • Sepanjang perjalanan, kita akan berhenti di Abisko, salah satu National Park yang terkenal dengan aurora station.

  • Nikmati pemandangan luar biasa — fjord membeku, kampung-kampung kecil, dan pergunungan dan sungai yang menenangkan

  • Setibanya di Svolvear, daftar masuk hotel dan berehat seketika sebelum menjelajah sekitar bandar. 

Hari 8 : Lofoten

  • Anda akan dibawa menjelajah sekitar kampung nelayan seperti Henningsvær atau Reine yang sangat fotogenik. 

  • Nikmati suasana senja di jeti sambil melihat aktiviti harian penduduk tempatan. Selepas makan malam, bersiap sedia untuk aktiviti memburu Aurora. 

Hari 9 : Lofoten

  • Lawatan diteruskan ke pantai Ramberg yang putih bersih dan kawasan pergunungan Flakstadøya.

  • Jika cuaca mengizinkan, anda juga boleh singgah di Lofotr Viking Museum untuk melihat semula sejarah Viking yang kaya di kawasan ini. 

  • Penerbangan ke Oslo pada malam hari. Tiba di Oslo untuk berehat.

Hari 10 : Oslo Day Trip

  • Norsk Folkemuseum
    Lawati Norsk Folkemuseum, muzium terbuka yang menampilkan lebih 150 bangunan bersejarah, termasuk rumah tradisional, gereja kayu, dan budaya Sami. Terokai kehidupan masyarakat Norway dari abad ke-16 hingga kini.

  • Akershus Fortress
    Teruskan perjalanan ke Akershus Fortress, kubu pertahanan abad ke-13 yang menyajikan sejarah ketenteraan Norway dan menawarkan pemandangan Oslo Fjord yang menakjubkan.

Hari 11 : Penerbangan Pulang

  • Free and Easy di bandar Oslo
  • Check out dan bersedia untuk ke airport.
  • Penerbangan pulang jam 1515 petang

Hari 12 : Ketibaan Kuala Lumpur

  • Dijangka tiba di KLIA 1440 petang

Inclusion

  • ✅ International Flight  KUL- Oslo (with check in luggage)
  • ✅ Domestic Flight OSL- EVE 
  • ✅ Private Chartered Transport
  • ✅ Toll, Fuel & Parking
  • ✅ Accommodations (Guesthouse / Cabin / Campsite)
  • ✅ Airport Transfer
  • ✅ Experienced Tour Leader
  • ✅ Drivers Expenses

Exclusion

  • ❌ Meal Plan
  • ❌ Entrance Fee
  • ❌ Domestic Flight Check in  Luggage
  • ❌ Driver Tipping EUR2/day/pax
  • ❌ Personal Expenses
  • ❌ Entrance Fee

Note

  • Semua aktiviti tertakluk kepada keadaan cuaca dan musim
  • Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan, alternatif aktiviti akan dicadangkan tertakluk kepada keselamatan dan nasihat perjalanan.
  • *Aktiviti aurora hunting cuma pada musim winter sahaja.
  • Apabila aurora sudah ditemui (maksimum 2 kali), tiada aktiviti aurora hunting pada malam berikutnya.
  • Jadual penerbangan adalah tentatif. Tertakluk kepada perubahan.

HARgA PAKEJ

Dewasa

12 tahun ke atas
MYR 13,780 / pax
  • Deposit RM500
Popular

Ground Service

Exclude Flight
MYR 10,780 / pax
  • Deposit RM500
D.I.Y

TARIKH KEMBARA

Tarikh Open Trip

APRIL 2026
10-21 April (Tail Winter)

JUNE 2026
7-18 Jun (Early Summer)

OKTOBER 2026
24 October – 4 November 2026 (Winter Aurora)

Check Availability & Deposit Payment

  • Klik Check Availability untuk memeriksa jumlah seat yang masih ada
  • Borang hanya boleh memproses pembayaran deposit sahaja.
  • Bagi tujuan pembayaran lain, hubungi terus Travel Consultant.
INGIN BUAT TEMPAHAN?

TRAVEL CONSULTANT SEDIA MEMBANTU

ISIKAN BORANG TEMPAHAN
(DAN KAMI AKAN HUBUNGI MELALUI WHATSAPP)