SWITZERLAND. MILAN & VENICE 11H8M

INFO KEMBARA

10 Hari 8 Malam

Nature, Town & Island

KUL – MXP or KUL-ZRH

Small Group 7 pax

Flexible Itinerary

Nature & Outdoor

Switzerland dan Itali menawarkan destinasi pelancongan yang memukau dengan keindahan alam semula jadi, sejarah, dan budaya. Lucerne menawan dengan tasik yang indah, Chapel Bridge yang bersejarah, dan latar belakang Pergunungan Pilatus. Interlaken pula terkenal sebagai pusat aktiviti lasak dengan pemandangan dramatik di Jungfraujoch. Di Zermatt, Gunung Matterhorn menjadi tarikan utama, terutamanya bagi peminat ski dan pendaki gunung. Sementara itu, Milan di Itali memancarkan keanggunan sebagai kota fesyen dengan tarikan seperti Duomo di Milano dan pusat beli-belah mewah Galleria Vittorio Emanuele II. Venice pula mempesonakan dengan terusan romantik, Grand Canal, dan mercu tanda bersejarah seperti St. Mark’s Square dan Rialto Bridge. Gabungan keunikan landskap semula jadi di Switzerland serta kemegahan seni bina dan budaya di Itali menjadikan destinasi-destinasi ini pilihan utama bagi pelancong yang mencari pengalaman pelancongan yang kaya dan berbeza.

DESTINASI menarik

Lucern Old Town

Lucerne Old Town memukau dengan seni bina bersejarah, jalan berbatu, Chapel Bridge yang ikonik, dan Menara Air. Dikelilingi bangunan klasik, ia menggambarkan keindahan budaya Swiss.

Lungern Lake

Lungern Lake menawarkan pemandangan tasik biru kehijauan dikelilingi gunung. Lokasi ini sesuai untuk berkelah, berkayak, atau bersantai menikmati ketenangan alam yang menakjubkan.

Mount Titlis

Mount Titlis terkenal dengan glasier kekal, Titlis Rotair, dan Titlis Cliff Walk. Ia destinasi wajib untuk bermain salji, ski, serta menikmati panorama Alps.

Perkampungan Lauterbrunnen

Lauterbrunnen dikenali sebagai lembah air terjun, dengan Staubbach Falls dan Trümmelbach Falls. Kampung ini menawarkan pemandangan desa Alpine klasik dengan latar belakang gunung bersalji.

Brienz Lake

Brienz Lake menampilkan air biru turquoise yang jernih, dikelilingi gunung indah. Naik bot, berkayak, atau nikmati pemandangan lokasi filem Korea, Crash Landing on You!

Blausee

Blausee ialah tasik kecil dengan air biru kristal jernih, dikelilingi hutan tebal. Ia lokasi romantik untuk berjalan santai, bersampan, atau menikmati keindahan semula jadi.

Zermatt

Zermatt ialah destinasi ski terkenal di kaki Matterhorn. Bebas kenderaan, bandar ini menawarkan aktiviti musim sejuk, hiking, serta pemandangan ikonik gunung berbentuk piramid.

Milan

Milan, pusat fesyen Itali, menampilkan Duomo di Milano yang megah, Galleria Vittorio Emanuele II yang ikonik, serta pentas opera La Scala. Bandar ini menggabungkan kemewahan, seni, dan warisan sejarah yang menawan.

Venice

Venice, kota terapung di Itali, terkenal dengan Grand Canal, gondola romantik, dan seni bina bersejarah seperti St. Mark’s Square dan Rialto Bridge. Keunikan terusan menjadikannya destinasi ikonik dunia.

TRAVEL STYLE

SPECIAL SERVICE TERMS

Accommodation

Kemudahan penginapan sama ada hotel, homestay atau guest house di kawasan luar bandar. Jumlah penginapan adalah terhad tetapi menawarkan pengalaman unik.

Private Transport

Transport menggunakan MPV 9 seater. Kanak-kanak dianggap sebagai 1 seat seperti dewasa, dan diwajibkan memakai child seat.

Cabin Luggage

1 x Check-in Luggage 
1 x Cabin Luggage
1 x Bag Personal Item (i.e hand bag, backpack, laptop)

Saiz luggage tidak melebih 26 inci. Ini penting dipatuhi kerana ruang MPV yang tidak besar. 

Meal Plan

Penyediaan makan untuk sepanjang perjalanan di bawah tanggungjawab peserta.  Jika ada dapur di guesthouse, boleh digunakan untuk memasak. 

PERGI SENDIRI, PULANG IBARAT FAMILI

ITINERARI SWITZERLAND, MILAN & VENICE 11H8M

Berikut adalah cadangan itinerari perjalanan kembara.
(Tertakluk kepada perubahan)

Hari 1 : Penerbangan KUL - Milan

Perjalanan kita akan bermula dengan penerbangan dari K.Lumpur ke
Milan.  

Hari 2 : Hari Ketibaan Milan

  • Kapten / Tour Leader akan menunggu di airport untuk bawa
    berjalan ke bandar Milan sebelum terus ke penginapan

Hari 3 : Milan Day Trip

  • Jelajahi kota fesyen dunia dengan melawat Duomo di Milano.
  • Naik ke bumbungnya untuk menikmati pemandangan bandar.
  • Berjalan di sekitar Galleria Vittorio Emanuele II untuk membeli-belah atau menikmati kopi di kafe klasik.
  • Teruskan ke Castello Sforzesco dan bersiar-siar di Sempione Park.

Hari 4 :Venice Day Trip : Milan Day Trip

  • Mulakan lawatan dengan bersiar-siar di Piazza San Marco serta melawat Basilica di San Marco dan Doge’s Palace. 
  • Nikmati gondola ride atau berjalan di Jambatan Rialto. 
  • Jelajah jalan kecil Venice yang penuh dengan butik unik.

Hari 5 : Lucern & Lungern Lake

  • Perjalanan melalui kawasan pergunungan Alps yang sangat cantik
    sehingga kita akan ke Lucern bandar bersejarah seperti jambatan kayu
    tertua di Eropah yang dipanggil “Chapel Bridge”, tasik Lucern dan Old
    Town.
  • Kita juga akan ke Tasik Lungern, antara lokasi ikonik keretapi
    merentasi tepi tasik.

Hari 6 : Mount Titlis, Engelberg

  • Kita akan menikmati keindahan Engelberg dan juga tarikan utama
    Mount Titlis yang akan membawa anda ke puncak. 
  • Aktiviti seperti sledging dan luncur salji disini, tetapi awal jangan terlalu seronok kerana mungkin tergolek pula nanti.

Hari 7 : Interlaken & Lauterbrunnen

  • Dua perkampungan tercantik tetapi jarang dilawati akan kita jelajahi
    hari ini. Minum Hot Chocolate di perkampungan yang dipenuhi air
    terjun di Lauterbrunnen
  • Kita akan ke pekan Interlaken dan juga singgah ke Tasik Brenzee lokasi penggambaran Crash Landing on You

Hari 8 : Blausee & Kandersteg

  • Kita akan ke salah satu perkampungan tenang di Kandersteg di mana
    rumah rumah di bawah lembah pergunungan.
  • Kemudian akan terus ke tasik popular, melihat ikan Trout sebesar lengan di tasik berwarna zamrud di di Blausee.

Hari 10 : Zermatt

  • Berjalan di rumah kayu klasik Swiss yang sudah berusia ratusan tahun
    di Zermatt. Tiada kenderaan di sini, kerana di dalam kampung ini tidak
    dibenarkan kenderaan berpetrol.
  • Di sini juga terletak gunung Matterhorn, gunung yang ada di dalam coklat Toblerone

Hari 9 : Penerbangan Pulang

  • Tertakluk kepada masa penerbangan, kita akan bersiar-siar di bandar yang antara termahal di dunia.
  • Penerbangan pulang

Hari 11 : Ketibaan Kuala Lumpur

  • Dijangka tiba di Kuala Lumpur

Nota

  • Perjalanan akan merentasi kawasan pergunungan
  • Tertakluk kepada cuaca dan jadual keretapi
  • Itinerary alternatif boleh bermula dari Zurich.

Inclusion

  • ✅ International Flight Return KUL- MXP
  • ✅ Checked in Luggage + 1 Cabin Luggage 
  • ✅ Private Chartered Transport
  • ✅ Accommodations (Guesthouse / Hotel)
  • ✅ Airport Transfer
  • ✅ Car Train
  • ✅ Travel Insurance
  • ✅ Experienced Tour Leader
  • ✅ Drivers Expenses

Exclusion

  • ❌ Meal Plan
  • ❌ Entrance Fee
  • ❌ Personal Expenses

HARgA PAKEJ

Dewasa

12 tahun ke atas
MYR 10,780 / pax
  • Deposit RM500
  • Group Size Min 7 pax
Popular

Kanak-kanak

2 tahun ke atas
MYR 10,280 / pax
  • Deposit RM500
  • Group Size Min 7 pax
FAMILI

Ground Service

Exclude Flight
MYR 7,780 / pax
  • Deposit RM500
  • Group Size Min 7 pax
D.I.Y

TARIKH KEMBARA

Tarikh Open Trip

OKTOBER 2025

14-24 Okt

Check Availability & Deposit Payment

  • Klik Check Availability untuk memeriksa jumlah seat yang masih ada
  • Borang hanya boleh memproses pembayaran deposit sahaja.
  • Bagi tujuan pembayaran lain, hubungi terus Travel Consultant.
INGIN BUAT TEMPAHAN?

TRAVEL CONSULTANT SEDIA MEMBANTU

ISIKAN BORANG TEMPAHAN
(DAN KAMI AKAN HUBUNGI MELALUI WHATSAPP)