KYRGYZSTAN & KAZAKHSTAN 12D10N

INFO KEMBARA

12 Hari 10 Malam

Banjaran Tian Shian

KUL – Almaty

Kumpulan Kecil 8 Pax

Itinerari Fleksibel

Alam Semulajadi

Kazakhstan, negara terbesar di benua Asia Tengah, memukau pengunjung dengan keindahan alam yang mempersona. Pergunungan Altai dan Tian Shian menawarkan pemandangan yang dramatik, sementara tasik Kolsay dan Kaindy memberikan ketenangan yang luar biasa. Taman negara seperti Charyn Canyon adalah permata tersembunyi, menampilkan formasi batuan unik yang terbentuk ribuan tahun dahulu dan kepelbagaian flora dan fauna. 

Kyrgyzstan pula adalah negara indah di Asia Tengah dengan pergunungan megah, tasik biru jernih, padang rumput luas, dan budaya nomad yang kaya.

KEINDAHAN DUA NEGARA

Almaty : Bandar kosmopolitan dengan pemandangan pergunungan, taman indah, dan budaya yang kaya.

Symbulak : Resort ski terkenal dengan pemandangan salji, laluan ski, dan kemudahan rekreasi.

Green Bazaar: Pasar tempatan meriah menawarkan pelbagai produk segar, makanan, dan barangan tradisional.

Charyn Canyon: Formasi batuan spektakuler dengan pemandangan dramatik dan laluan mendaki.

Lake Kolsay & Kaindy : Tasik-tasik biru yang menakjubkan dengan hutan tenggelam dan laluan mendaki.

Trout Fish Farm : Rasai pengalaman penternakan ikan trout sebesar lengan dan hidangan ikan yang segar..

Karakol : Karakol Sebuah bandar yang hamper berusia 150 tahun. Kaya dengan Sejarah, senibina dan tradisi budaya Masyarakat yang unik!

Djeti Oguz Gorge: Djety-Oguz dalam bahasa Kyrgyz bermaksud “Tujuh Lembu Jantan” – inilah nama yang diberikan oleh penduduk tempatan kepada lembah gunung yang dibentuk oleh sungai.

Skazka Canyon : Skazka Canyon dalam bahasa Rusia, perkataan Skazka bermaksud “Dongeng,” Di sini, anda berpeluang untuk merasai keindahan landskap pergunungan lapisan warna yang paling indah

Issykul Lake: Salah satu tasik alpine terbesar dan terdalam di dunia. Dikelilingi oleh banjaran gunung Tien Shan, tasik ini kekal bebas ais sepanjang tahun, menjadikan namanya dalam bahasa Kyrgyz bermaksud “Tasik Hangat.”

 

Jyrgalan Valley : Sebuah lembah unik terletak di antara bukit-bukit hijau dan puncak tinggi di sebelah timur Kyrgyzstan, lembah Jyrgalan merupakan destinasi pelancongan pengembaraan yang semakin berkembang. 

Bishkek :Bandar yang dirancang pada zaman Soviet; ia dibina dengan susun atur grid, jalan-jalan lebar yang diapit oleh terusan pengairan dan pokok-pokok besar, bangunan dan kompleks apartmen Soviet.

Aktiviti menarik

Pemandangan tebing Tinggi Lake Kolsay

Tasik yang dikenali sebagai “Pearls of Tien Shan” oleh penduduk tempatan. Tasik ini terhasil kesan daripada tanah runtuh akibat pergerakan plat tektonik sekitar tahun 1887.

Cable Car Symbulak

Symbulak Ski Resort merupakan resort ski terbesar di Central Asia. Ia terletak di Lembah Medeu berketinggian 2,200 meter dari aras laut. 

Meneroka Charyn Canyon

Buat yang belum lagi mempunyai rezeki untuk ke US, ini dia peluangnya untuk menikmati keunikan canyon yang terhasil daripada hakisan angin & air. Canyon kat sini lebih kurang macam grand canyon di US tapi lebih kecil. 

Berkuda di Tepian Tasik Kaindy

Perjalanan masuk ke Kaindy Lake dari Saty adalah engalaman menaiki UAZ, sejenis kenderaan pacuan 4 roda buatan Rusia dan kemudian bersambung terus ke tasik. Pilihan berkuda di tebing bukit menyajikan pemandangan gunung bertopikan salji.

Trout Fish Farm

Rasai pengalaman penternakan ikan trout sebesar lengan dan hidangan ikan yang segar. Ikan disini diternak dengan sumber air sungai yang sejuk dari pergunungan.

Makanan Daging Tempatan Enak & Segar

Tahukah anda daging disini disembelih segar sebelum dimasak? Ia menjadikan dagingnya tidak berbau hamis, ‘berbau kambing’ atau meloyakan. Sebaliknya ia sangat enak dan rasa kemanisan daging tersebut.

Membeli Barangan di Pasar Tempatan

Sejak pembukaannya pada 1875, Green Bazaar menjadi pusat perniagaan utama yang menjual pelbagai barangan dari keperluan harian sehinggalah ke cenderahati.

Membeli Coklat Kazakhstan

Aktiviti untuk keluarga yang paling digemari oleh anak-anak dan juga ibubapa. Kita akan ke Chocolate Factory untuk merasai kesedapan coklat tempatan Kazakhstan.

Merasai Pengalaman Nomad

Berpeluang mengenali kehidupan bangsa nomad dengan lebih dekat dengan tradisi penginapan mereka di yurt. 

7 Bulls of Jeti Ogus

Formasi batuan merah megah, menyerupai tujuh ekor lembu, dengan pemandangan lembah hijau.

berjalan di Skazka Canyon

Canyon unik dengan formasi batuan berwarna-warni menyerupai landskap dongeng, menawarkan pemandangan dramatik dan laluan mendaki.

Bermain Air di Tasik Issykul

Salah satu tasik alpine terbesar dan terdalam di dunia. “Tasik Hangat” ini sesuai untuk piknik, bermain air atau boleh mandi sekiranya anda kental fizikal.

 

Menginap di Yurt Tradisional

Pengalaman unik, menikmati kehidupan nomad tradisional dengan pemandangan pergunungan, bintang terang, dan keramahan tempatan.

Masjid Tertua Dungan

Masjid bersejarah di Karakol, Kyrgyzstan, dengan seni bina tradisional Cina, ukiran kayu indah, dan warna-warna terang.

Berkuda di Lembah Jyrgalan

Lembah menawan dengan padang rumput hijau, pemandangan pergunungan megah, sungai jernih, dan laluan mendaki serta menunggang kuda.

KELEBIHAN PAKEJ

BERBEZA DENGAN TRIP YANG LAIN

Pelbagai Penginapan

Private Transport

Makanan Halal

Cable Car Symbulak

Tour Leader Berpengalaman

PERGI SENDIRI, PULANG IBARAT FAMILI

ITINERARI Kyrgyzstan & Kazakhstan 12H10M

Berikut adalah cadangan itinerari perjalanan kembara.

Hari 1 : Penerbangan

  •  Penerbangan jam 1300pm Kuala Lumpur – Almaty
  • Ketibaan 1740pm waktu tempatan di Almaty
  • Airport Transfer &  Check in hotel
  • Makan malam.
  • Accommodation : H

Hari 2 : Symbulak, Medeu / City Tour

  • Berkunjung ke Symbulak resort ski yang terletak di pergunungan Tian Shan. Terkenal dengan landskapnya yang indah, kemudahan moden, dan pelbagai aktiviti sukan musim sejuk. 
  • Berpeluang menaiki sistem kereta kabelnya, yang menawarkan pemandangan menakjubkan gunung-ganang dan lembah-lembah di sekitarnya.
  • Kembali ke bandar untuk city tour sekitar bandar Almaty
  • Meal : B 
  • Accommodation : H

Hari 3 : Perkampungan Budaya / Green Bazaar

  • Berkunjung ke perkampungan ethnik. Berpeluang mengenali kehidupan bangsa nomad dengan lebih dekat dengan tradisi penginapan mereka di yurt. 
  • Selain dari memasak, pengunjung disajikan dengan pertunjukan kuda Dzhigitovka dan tarian tradisi Kara Zhorga. Juga berpeluang untuk melihat demonstratsi dan merasai sendiri makanan tradisi orang Kazakhstan
  • Pulang ke Almaty dan singgah di Green Bazaar.
  • Meal : B/L
  • Accommodation : H

Hari 4 : Charyn Canyon

  • Check-out.
  • Terbentang 154 km di sepanjang Sungai Charyn, salah satu daripada sungai yang paling dalam dari pergunungan Tien Shan Utara.
  • Dikenali dengan panggilan “Grand Canyon Kecil” oleh penduduk tempatan, canyon ini menawarkan panorama yang menakjubkan dengan tebing-tebing batu yang tinggi dan warna-warni yang berbeza.
  •  Meal : B/D
  • Accommodation : GH

Hari 5 : Tasik Kolsay / Tasik Kaindy

  • Tasik yang dikenali sebagai “Pearls of Tien Shan” oleh penduduk tempatan. Tasik ini terhasil kesan daripada tanah runtuh akibat pergerakan plat tektonik sekitar tahun 1887.
  • Perjalanan kita akan diteruskan ke Kaindy Lake sebelum pulang 
  • ke Almaty.
  • Meal : B/L
  • Accommodation : H

Hari 6 : Trout Fish Farm

  • Pengalaman menjamu selera dari ‘kolam ke meja’ yang unik dengan hidangan ikan trout segar. 
  • Memberikan peluang kepada pengunjung untuk menikmati hidangan trout yang berkualiti tinggi dan segar sambil menikmati keindahan alam sekitar, seperti gunung-ganang dan sungai.
  • Accommodation : H

Hari 7 : Melintas Sempadan Kyrgyzstan

  • Check out.
  • Menyeberang sempadan ke Kyrgyzstan. Melintasi lembah Karkara yang indah dengan berhenti seketika untuk mengambil gambar dan menikmati pemandangan.
  • Berehat dan bermalam di Jyrgalan
  • Meal : B/D
  • Accommodation : Y / GH

Hari 8 : Lembah Jyrgylan

  • Ke lembah Jyrgylan yang terpencil ini terkenal dengan aktiviti luarannya seperti menunggang kuda (optional) atau berjalan kaki santai di kaki gunung, anak sungai dan lembah.
  • Mulakan perjalanan yang memikat melalui Karakol, sebuah bandar yang menawan terletak di bahagian timur Kyrgyzstan.
  • Melawat Masjid Dungan. Dibina oleh orang Dungan, yang berasal dari keturunan Muslim Cina, masjid ini menampilkan ukiran kayu yang rumit dan reka bentuk yang tersendiri.
  • Bermalam di bandar bersejarah Karakol
  • Meal : B/D
  • Accommodation : GH

Hari 9 : Jeti Ogus & Skazka Canyon

  • Nikmati perjalanan di sepanjang pantai selatan Tasik Issyk-Kul yang sangat luas
  • Seterusnya, lawati Jeti-Oguz, terkenal dengan formasi batuan yang dikenali sebagai “7 Lembu Jantan.”
  • Akhiri lawatan ke Skazka Canyon, sebuah kawasan formasi batuan yang unik dan warna-warna cerah yang mencipta pemandangan yang seperti dongeng.
  • Berehat dan bermalam di tepian tasik Issyk Kul
  • Meal : B, D
  • Accommodation : GH

Hari 10 : Persembahan Helang & Bishkek

  • Mulakan lawatan anda dengan menyaksikan pertunjukan pemburu helang, satu tradisi kuno yang mempamerkan kemahiran pemburu dalam menggunakan helang untuk memburu.
  • Seterusnya, melalui lebuh raya Boom Gorge dan memulakan perjalanan menuju ke Bandar Bishkek
  • Dalam perjalanan, berhenti seketika untuk melawat Menara Burana, sebuah struktur bersejarah yang terletak berhampiran dengan bandar Tokmok.
  • Teruskan perjalanan anda dan tiba di Bandar Bishkek, ibu kota Kyrgyzstan. Luangkan masa untuk meneroka bandar ini,sambil melawat Ala-Too Square, Central Mosque, berehat dan bermalam.
  • Meal : B / D
  • Accommodation : H

Hari 11 : Bishkek to Almaty, Departure

  • Perjalanan pulang dari Bishkek ke bandar Almaty 
  • Bersedia untuk penerbangan anda yang dijadualkan pada pukul 7:00 malam (1900) sebelum penerbangan ke Kuala Lumpur
  • Meal : B 

Hari 12 : Ketibaan Kuala Lumpur

  • Dijangka tiba di Kuala Lumpur 0605am

Nota :

  •  Accommodation : GH-Guesthouse, HS-Homestay, H-Hotel, Y-Yurt
  • B : Breakfast, L:Lunch, D:Dinner

Inclusion

  • ✅ International Flight Airasia KUL-ALA
  • ✅ Checked in Luggage 20kg
  • ✅ Private Chartered Transport
  • ✅ Entrance fees as per itinerary
  • ✅ Accommodations (Double) with Breakfast
  • ✅ Meal Plan as per itinerary
  • ✅ Airport Transfer
  • ✅ Travel Insurance
  • ✅ Experienced Tour Leader
  • ✅ Eagle Hunters Show
  • ✅ National Park Entrance Fee
  • ✅ Drivers Expenses

Exclusion

  • ❌ Local Tour Guide (Optional)
  • ❌ Bottled water and beverages
  • ❌ Entrance Fee to Cultural Village (RM250)
  • ❌ Cable Car and UAZ Taxi Shuttle (RM80)
  • ❌ Horse riding (optional)
  • ❌ Personal Expenses
  • ❌ Tipping

HARgA PAKEJ

Dewasa

12 tahun ke atas
MYR 9,780 / pax
  • Deposit RM500
Popular

Kanak-kanak

2 tahun ke atas
MYR 9,780 / pax
  • Deposit RM500
FAMILI

Bayi

2 tahun ke bawah
MYR 1580 / pax
  • Deposit RM500
FAMILI

TARIKH KEMBARA

Tarikh Open Trip

2025
31 May – 10 June 2025
5 July -15 July 2025
9 Aug -19 Aug 2025
13 Sept -23 Sept 2025
2- 13 Oct 2025
18 Oct  -28 Oct 2025
8 Nov -18 Nov 2025
20 Dec -30 Dec 2025

2026
1 Jan – 11 Jan 2026
15 Jan – 25 Jan 2026
12 Feb – 22 Feb 2026
19 Mac – 29 Mac 2026
9 April – 19 April 2026
14 May – 24 May 2026
11 June – 21 June 2026
9 July – 19 July 2026
6 Aug – 16 Aug 2026
10 Sept- 20 Sept 2026
8 Oct – 18 Oct 2026
12 Nov – 22 Nov 2026
17 Dec – 27 Dec 2026

 



Check Availability & Deposit Payment

  • Klik Check Availability untuk memeriksa jumlah seat yang masih ada
  • Borang hanya boleh memproses pembayaran deposit sahaja.
  • Bagi tujuan pembayaran lain, hubungi terus Travel Consultant.

VIDEO kembara

INGIN BUAT TEMPAHAN?

TRAVEL CONSULTANT SEDIA MEMBANTU

ISIKAN BORANG TEMPAHAN
(DAN KAMI AKAN HUBUNGI MELALUI WHATSAPP)