AZERBAIJAN, ARMENIA & GEORGIA 11H9M

INFO KEMBARA

11D9N

Baku, Tbilisi, Yerevan

KUL – GYD / EVN – KUL 

Small Group 10 pax

Flexible Itinerary

Architechture, History & Outdoor

Kembara ini bermula dengan Baku, sebuah bandar moden yang berkilau di tepi Laut Caspian, seolah-olah mengajak kita melihat bagaimana tradisi dan kemodenan boleh hidup seiring. Sheki terasa seperti melangkah ke dunia lama yang masih terpelihara. Istana berwarna-warni, jalan kecil, dan suasana tenang memberi rasa sejarah yang masih bernyawa. Seterusnya perjalanan diteruskan ke Tbilisi Tour, bandar yang penuh karakter dan seni. Jalan batu, bangunan lama, dan suasana sungai menjadikan Tbilisi seperti lukisan yang hidup. Kazbegi pula membawa kita jauh ke pergunungan Caucasus. Udara sejuk, pemandangan luas, dan Gereja Gergeti di atas bukit memberi rasa kecilnya manusia di tengah alam yang megah. Akhir sekali, Yerevan hadir dengan ketenangan yang matang. Bandar ini tidak terburu-buru, tetapi setiap sudutnya membawa cerita tentang budaya, sejarah, dan keteguhan sebuah negara.

MERENTAS CAUCASIA

Baku, Azerbaijan

Baku, Azerbaijan bandar moden di tepi Laut Caspian yang menggabungkan seni bina futuristik dengan kota lama yang bersejarah. Tenang, cantik dan penuh karakter.

Sheki, Azerbaijan

Sheki, Azerbaijan bandar kecil yang tenang dengan sentuhan sejarah yang kuat, terkenal dengan istana lama dan suasana tradisional yang masih terpelihara.

Tbilisi, Georgia

Tbilisi, Georgia  bandar penuh warna dan karakter, gabungan seni bina lama dan moden yang hidup di sepanjang sungai Kura.

Kazbegi, Georgia

Kazbegi, Georgia kawasan pergunungan yang menakjubkan dengan udara sejuk dan pemandangan Gunung Caucasus yang megah dan tenang.

Yerevan, Armenia

Yerevan, Armenia – bandar yang matang dan berjiwa, tenang tetapi kaya dengan sejarah, budaya dan kehidupan tempatan yang hangat.

PERGI SENDIRI, PULANG IBARAT FAMILI

ITINERARI TRANSCAUCASIA

Berikut adalah cadangan itinerari perjalanan kembara.
(Tertakluk kepada perubahan)

Hari 1 : Penerbangan

* Penerbangan jam 10.20 pagi

* Tiba pada jam 9.20 malam. Terus ke hotel berehat. 

Hari 2 : Baku Tour

  • Berkumpul di hotel dan memulakan lawatan sekitar bandar Baku.
  • Lawatan ke Icherisheher (Old City) – kawasan bandar lama yang bersejarah.
  • Melawat Maiden Tower dan kawasan sekitar Old City.
  • Berjalan di sepanjang Baku Boulevard sambil menikmati pemandangan Laut Caspian.
  • Melawat Heydar Aliyev Center – bangunan ikonik dengan seni bina moden.
  • Bergambar di sekitar Flame Towers.
  • Singgah di Highland Park untuk melihat panorama bandar Baku.
  • Masa bebas untuk membeli-belah atau berjalan di sekitar Nizami Street.
  • Kembali ke hotel dan berehat.

Hari 3 : Depart to Sheki

  • Check out hotel dan bertolak menuju ke Sheki.
  • Menikmati pemandangan sepanjang perjalanan ke Sheki.
  • Lawatan ke Palace of Sheki Khans – istana bersejarah dengan seni bina tradisional Azerbaijan.
  • Melawat Sheki Old Town dan kawasan sekitar.
  • Singgah di Caravanserai of Sheki – tempat persinggahan pedagang lama di Laluan Sutera.
  • Masa bebas untuk meneroka suasana bandar Sheki.

Hari 4 : Sheki - Tbilisi

  • Check out hotel dan bertolak menuju ke sempadan Azerbaijan–Georgia.
  • Proses imigresen dan meneruskan perjalanan ke Tbilisi.
  • Tiba di Tbilisi dan transfer ke hotel.
  • Check in hotel dan masa bebas untuk berehat.
  • Aktiviti bebas / rehat di hotel.

Hari 5 :Tbilisi Tour

  • Memulakan lawatan bandar Tbilisi.
  • Melawat Old Tbilisi – kawasan bersejarah dengan bangunan klasik dan suasana tradisional.
  • Mengunjungi Narikala Fortress untuk melihat pemandangan bandar.
  • Melawat Metekhi Church dan kawasan sekitar.
  • Berjalan di sekitar Bridge of Peace.
  • Singgah di Rike Park.
  • Masa bebas di kawasan membeli-belah / menikmati suasana bandar Tbilisi.
  • Kembali ke hotel dan berehat.

Hari 6 : Kazbegi Tour

  • Bertolak menuju ke Kazbegi sambil menikmati pemandangan pergunungan Caucasus.
  • Singgah di Ananuri Fortress – kompleks kubu bersejarah di tepi tasik.
  • Menikmati pemandangan Zhinvali Reservoir.
  • Tiba di kawasan Kazbegi dan menaiki 4WD menuju ke Gergeti Trinity Church.
  • Menikmati pemandangan indah Gunung Kazbek dan kawasan pergunungan.
  • Kembali ke Tbilisi.
  • Tiba di hotel dan berehat.

Hari 7 : Cross Border To Yerevan

  • Check out hotel dan bertolak menuju ke sempadan Georgia–Armenia.
  • Proses imigresen dan meneruskan perjalanan ke Yerevan.
  • Terus ke hotel dan berehat

Hari 8 : Yerevan Tour

  • Memulakan lawatan bandar Yerevan.
  • Melawat Republic Square – dataran utama dengan seni bina ikonik.
  • Mengunjungi Cascade Complex – kawasan seni dan pemandangan bandar.
  • Berjalan sekitar kawasan bandar lama Yerevan
  • Melawat Mother Armenia Monument untuk melihat panorama bandar.
  • Singgah di Armenian Genocide Memorial Complex.
  • Masa bebas untuk meneroka sekitar Yerevan.
  • Kembali ke hotel dan berehat

Hari 9 : Yerevan Tour

  • Memulakan lawatan sekitar bandar Yerevan.
  • Melawat Vernissage Market – pasar seni dan kraftangan tempatan.
  • Mengunjungi Blue Mosque – masjid bersejarah dengan seni bina unik.
  • Bersiar-siar di kawasan Northern Avenue yang terkenal dengan kedai dan kafe.
  • Lawatan ke Saint Gregory the Illuminator Cathedral.
  • Singgah di Matenadaran – pusat manuskrip purba Armenia.
  • Masa bebas menikmati suasana bandar Yerevan.
  • Kembali ke hotel dan berehat
     

Hari 10 : Departure

  • Masa bebas di hotel / persiapan terakhir.
  • Check out hotel dan bertolak ke Zvartnots International Airport.
  • Proses daftar masuk penerbangan dan imigresen.
  • Berlepas pada jam 3.15 petang dari Yerevan.

Hari 11 : Hari Ketibaan Kuala Lumpur

  • Tiba di KLIA pada jam 8.35 pagi 

Inclusion

  • ✅ International Flight  KUL- GYD
  • ✅ International Flight  EVN – KUL 
  • ✅ Checked in Luggage 
  • ✅ Cabin Luggage 7kg
  • ✅ Accommodations (Hotel) with BF
  • ✅ Dinner
  • ✅ Airport Transfer
  • ✅ Experienced Tour Leader
  • ✅ Personal Insurance 

Exclusion

  • ❌ Lunch
  • ❌ Entrance Fee
  • ❌ Personal Expenses
  • ❌ Visa (RM400)
  • ❌ Travel Insurance (Wajib)
  • ❌ Tipping (RM25/day)

Note

  • Semua aktiviti tertakluk kepada keadaan cuaca
  • Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan, alternatif aktiviti akan dicadangkan tertakluk kepada keselamatan dan nasihat perjalanan.
  •  The company reserves the right to change its tour price without any prior notice

  • AZERBAIJAN to GEORGIA BORDER
    • Participants are required to walk across the border from Azerbaijan to Georgia, bringing along their own luggage.

  • GEORGIA to ARMENIA BORDER
    • Participants will remain on the same bus. You do not need to carry your luggage. Just disembark to have your bag scanned and then reboard the same bus.

HARgA PAKEJ

Dewasa

12 tahun ke atas
MYR 10,780 / pax
  • Deposit RM500
Popular

Ground Service

Exclude Flight
MYR 8,780 / pax
  • Deposit RM500
GROUND

TARIKH KEMBARA

Tarikh Open Trip

2026
17-27 Sept 2026
30 Sept – 10 Oct 2026

2027
1-10 May 2027
10-20 May 2027

Check Availability & Deposit Payment

  • Klik Check Availability untuk memeriksa jumlah seat yang masih ada
  • Borang hanya boleh memproses pembayaran deposit sahaja.
  • Bagi tujuan pembayaran lain, hubungi terus Travel Consultant.
INGIN BUAT TEMPAHAN?

TRAVEL CONSULTANT SEDIA MEMBANTU

ISIKAN BORANG TEMPAHAN
(DAN KAMI AKAN HUBUNGI MELALUI WHATSAPP)

Last Updated : 6 July 2026  v2.0