SPAIN & PORTUGAL 13D10N

INFO KEMBARA

13 Hari 10 Malam

Madrid / Toledo / Malaga / Granada / Cordoba / Barcelona / Lisbon / Porto

KUL – MAD – LIS – OPO- BCN – GRX – MAD -KUL

Kumpulan Kecil 7 Pax

Itinerary Kembara Islam Eropah

Pakej Umrah for Traveller 3H2M (Add-On)

Granada dan Córdoba di Sepanyol mempamerkan keindahan warisan Islam, dengan Alhambra dan Mezquita-Catedral sebagai tarikan utama. Madrid pula adalah ibu kota yang terkenal dengan seni dan budaya, sementara Toledo menawarkan suasana zaman pertengahan dengan jejak peradaban Islam, Kristian, dan Yahudi. Perjalanan dilengkapkan dengan mengerjakan umrah di Mekah memberi peluang kepada umat Islam untuk mendekatkan diri kepada Allah melalui tawaf dan saie, ibadah yang boleh dilakukan sepanjang tahun. Setiap destinasi ini membawa pengalaman yang berbeza, daripada menghargai sejarah dan seni bina sehingga kepada memperkukuh spiritualiti dalam ibadah.

KEINDAHAN WARISAN ISLAM EROPAH

Lisbon, ibu kota Portugal, memikat dengan tram kuning ikonik, lorong berbatu di Alfama, azulejo berwarna-warni, dan pemandangan dari miradouro. Di Belém, pelancong dapat menikmati sejarah pelayaran dan pastéis de nata, serta muzik Fado yang penuh emosi.

Porto ialah bandar bersejarah yang menawan di tepi Sungai Douro, terkenal dengan wain Porto, seni bina klasik, azulejo biru, dan lorong-lorong sempit yang indah. Suasana romantik dan tenang menjadikannya destinasi ideal untuk pencinta budaya dan sejarah.

Córdoba pula dikenali dengan Mezquita-Catedral, sebuah masjid besar yang kemudiannya diubah menjadi katedral. Córdoba pernah menjadi pusat ilmu dan kebudayaan semasa zaman kekhalifahan Umayyah.

Madrid, ibu negara Sepanyol, adalah pusat budaya dan seni dengan muzium terkenal seperti Prado dan Reina Sofía. Madrid juga terkenal dengan plaza bersejarah seperti Puerta del Sol dan Retiro Park.

Granada terkenal dengan Alhambra, istana dan kubu yang indah dari era kerajaan Islam di Andalusia. Alhambra mempamerkan seni bina Moorish yang memukau dengan taman-taman dan ukiran halus.

Toledo, bandar yang dikenali sebagai “Kota Tiga Budaya” (Islam, Kristian, dan Yahudi), menampilkan seni bina zaman pertengahan. Toledo menawarkan pemandangan menakjubkan dengan gereja, sinagog, dan masjid lama, serta pengaruh seni El Greco.

DESTINASI KEMBARA

Alhambra dan Generalife : Lawatan ke kompleks istana Alhambra adalah kemuncak kunjungan ke Granada. Jelajahi Istana Nasrid, Alcazaba, dan taman Generalife yang indah. Pastikan membuat tempahan tiket awal kerana ia sering penuh.

Kawasan Albaicín dan Mirador de San Nicolás : Berjalan di sekitar kawasan Albaicín, bekas perkampungan Islam, dengan jalan berbatu dan rumah tradisional. Di Mirador de San Nicolás, nikmati pemandangan indah Alhambra berlatarbelakangkan pergunungan Sierra Nevada.

Mezquita-Catedral de Córdoba : Mulakan dengan Mezquita-Catedral, sebuah masjid agung yang diubah menjadi katedral selepas penaklukan Kristian. Struktur ini mempamerkan gabungan seni bina Islam dan Gothic, menjadikannya mercu tanda paling ikonik di Córdoba.

Roman Bridge of Córdoba : Berjalan menyusuri jambatan Rom purba ini yang merentasi Sungai Guadalquivir. Ia menawarkan pemandangan indah Mezquita dan menjadi lokasi ikonik bagi peminat seni bina klasik.

Ramblas  : Ramblas Barcelona adalah jalan ikonik sepanjang 1.2 km, terkenal dengan suasana meriah, kedai, restoran, artis jalanan, serta tarikan seperti Mercat de Sant Josep.

Palacio Real (Istana Diraja Madrid) : Melawat Istana Diraja, salah satu istana terbesar di Eropah. Terokai bilik-bilik yang dihiasi mewah dan muzium senjata yang menampilkan koleksi sejarah.

Plaza Mayor : Hanya beberapa minit dari istana, dataran ini ialah pusat bersejarah Madrid yang terkenal dengan seni bina simetri. Anda boleh menikmati kopi atau churros di kafe berhampiran.

Puerta del Sol : Mercu tanda terkenal Madrid dan pusat bagi perayaan Tahun Baru di Sepanyol. Jangan lupa bergambar di patung beruang “El Oso y el Madroño,” simbol bandar Madrid.

Gran Vía : Berjalan di sepanjang Gran Vía, kawasan membeli-belah utama Madrid. Anda boleh membeli cenderamata atau menikmati pemandangan senja dari rooftop bar di sekitar kawasan ini.

Alcázar de Toledo : Istana dan kubu ini kini berfungsi sebagai muzium tentera, menawarkan pemandangan bandar yang menakjubkan dari puncaknya. Ia memainkan peranan penting dalam sejarah Toledo dan Perang Saudara Sepanyol.

Jambatan San Martín dan Jambatan Alcántara : Berjalan di dua jambatan bersejarah ini yang merentasi Sungai Tagus, memberikan pemandangan yang indah dan latar belakang gambar yang sempurna.

Plaza de Zocodover  : Dataran utama Toledo, di mana anda boleh menikmati kopi atau membeli cenderamata di kedai-kedai kecil sekitarnya.

KELEBIHAN PAKEJ

BERBEZA DENGAN TRIP YANG LAIN

International Flight

Private Transport

Airport Transfer

VIsa Tourist

Tour Leader & Mutawwif

SMALL GROUP & PRIVATE ACTIVITY

ITINERARI SPAIn & portugal 13H10M

Berikut adalah cadangan itinerari perjalanan kembara.

Hari 1 : Penerbangan KUL - Lisbon

  • Perjalanan akan bermula dari KLIA dan terus ke Barcelona, Sepanyol.

Hari 2 : Ketibaan Lisbon

  • Kita dijangka akan tiba di Lisbon pada jam 1600 petang. 
  • Kemudian akan dibawa terus ke hotel
  • Guided Free & Easy meneroka bandar Lisbon.

Hari 3 : Lisbon Day Trip

  • Tiba di Lisbon dan mulakan hari dengan menyusuri kawasan bersejarah Alfama, kawasan tertua di Lisbon yang dipenuhi lorong sempit, rumah berjubin azulejo dan suasana klasik. 
  • Singgah di Miradouro da Senhora do Monte untuk pemandangan panorama bandar yang menakjubkan.
  • Melawat Menara Belém, Padrao dos Descobrimentos, dan Biara Jerónimos (Jerónimos Monastery). Jangan lupa rasa Pastéis de Belém yang terkenal! 
  • Petang dihabiskan dengan menaiki Tram 28, satu pengalaman ikonik untuk melihat pelbagai kawasan menarik Lisbon. 

Hari 4 : Lisbon - Porto

  • Pagi ini bertolak dari Lisbon ke Porto melalui perjalanan kereta api selama kira-kira 3 jam dengan pemandangan luar bandar yang indah. 
  • Tiba di Porto dan terus mulakan lawatan ke Ribeira, kawasan tepi sungai yang berwarna-warni dan tersenarai dalam UNESCO World Heritage Site. 
  • Selepas itu, lawati Livraria Lello — kedai buku tercantik di dunia yang menjadi inspirasi kepada J.K. Rowling. 
  • Seterusnya, singgah di Gereja Clerigos dan Menara Clerigos, serta ambil gambar berlatarbelakangkan Azulejo Tiles di Stesen São Bento

Hari 5 : Porto

  • Mulakan hari dengan menaiki bot tradisional Rabelo menyusuri Sungai Douro, melihat jambatan-jambatan ikonik seperti Dom Luís I Bridge dari perspektif yang berbeza. 
  • Jelajahi pasar seperti Mercado do Bolhão untuk melihat budaya tempatan. 
  • Sebelum berangkat pulang, beli sedikit cenderamata khas Portugal seperti barangan seramik, sabun wangi dan produk berasaskan cork. 

Hari 6 : Barcelona

  • Penerbangan ke Barcelona
  • Kita dijangka akan tiba di Barcelona pada jam 9pagi. 
  • Kemudian akan dibawa terus ke hotel
  • Guided Free & Easy meneroka bandar Barcelona.

Hari 7 : Penerbangan ke Granada

  • Kita akan terbang ke Granada dan dijangka tiba jam 10.30pagi.
  • Kemudian akan dibawa terus ke hotel sekitar 30 minit. Kita akan ke Masjid Granada (Mezquita Mayor de Granada) 
  • Ruang yang tenang untuk refleksi dengan pemandangan Alhambra dan pergunungan Sierra Nevada yang menakjubkan.

Hari 8 : La Alhambra, Granada

  • Sebuah kompleks istana dan benteng yang megah. Lawatan ini termasuk meneroka Istana Nasrid yang terkenal dengan seni bina Moor yang halus dan Taman Generalife yang menawarkan landskap yang menakjubkan dan taman-taman yang tenang.

Hari 9 : Granada - Cordoba

  • Bertolak ke Córdoba untuk melawat Mezquita-Catedral de Córdoba. Terokai Menara Calahorra yang bersejarah dan Jambatan Roman yang indah. 

Hari 10 : Cordoba - Madrid

  • Bertolak ke Madrid menaiki keretapi.
  • Tiba di Madrid. 
  • Guded Free & Easy meneroka bandar Madrid

Hari 11 : Day Trip Toledo

  • Perjalanan dari Madrid ke Toledo menaiki keretapi, menuju ke bandar Toledo yang dahulunya merupakan ibu negara Sepanyol sebelum berpindah ke Madrid. 
  • Di sini jelas kelihatan dahulu bagaimana Islam, Kristian dan Yahudi hidup dalam satu komuniti dengan aman.

Hari 12 : Penerbangan KUL

  • Free & Easy
  • Check out, airport transfer
  • Penerbangan pulang 

Hari 13 : Ketibaan Kuala Lumpur

  • Tiba di Kuala Lumpur

Inclusion

Spain Travel Package 

  • ✅ Penerbangan KUL – Lisbon (inc. checkin luggage 1 x 23kg)
  • ✅ Penerbangan  Barcelona – Granada 
  • ✅ Penerbangan Porto – Barcelona
  • ✅ Penerbangan Madrid – KUL (inc. checkin luggage 1 x 23kg)
  • ✅ Accommodation 10 nights (Twin/Double Hotel)
  • ✅ Transportation
  • ✅ Train 
  • ✅ Sight seeing as per itinerary
  • ✅ Airport Transfer
  • ✅ Experienced Tour Leader

Exclusion

  • Personal Expenses
  • Sebarang perubatan melibatkan Covid 19
  • Sebarang perbelanjaan aktiviti yang tidak dinyatakan
  • Travel Insurance
  • Entrance Fee
  • Meal Plan
 

HARgA PAKEJ

Dewasa

12 tahun ke atas
MYR 13,780 / pax
  • Deposit RM1000
  • Flight Ticket Fare RM5000 (Oct)
  • Progress Payment RM1500 (Nov)
  • Balance Balance (End December)
Limited

TARIKH KEMBARA

Tarikh Open Trip

January 2025
8 – 20 December 2025

Check Availability & Deposit Payment

  • Klik Check Availability untuk memeriksa jumlah seat yang masih ada
  • Borang hanya boleh memproses pembayaran deposit sahaja.
  • Bagi tujuan pembayaran lain, hubungi terus Travel Consultant.
INGIN BUAT TEMPAHAN?

TRAVEL CONSULTANT SEDIA MEMBANTU

ISIKAN BORANG TEMPAHAN
(DAN KAMI AKAN HUBUNGI MELALUI WHATSAPP)