11 Hari 9 Malam
Madrid / Toledo / Malaga / Granada / Cordoba / Barcelona / Mekah
Granada dan Córdoba di Sepanyol mempamerkan keindahan warisan Islam, dengan Alhambra dan Mezquita-Catedral sebagai tarikan utama. Madrid pula adalah ibu kota yang terkenal dengan seni dan budaya, sementara Toledo menawarkan suasana zaman pertengahan dengan jejak peradaban Islam, Kristian, dan Yahudi. Perjalanan dilengkapkan dengan mengerjakan umrah di Mekah memberi peluang kepada umat Islam untuk mendekatkan diri kepada Allah melalui tawaf dan saie, ibadah yang boleh dilakukan sepanjang tahun. Setiap destinasi ini membawa pengalaman yang berbeza, daripada menghargai sejarah dan seni bina sehingga kepada memperkukuh spiritualiti dalam ibadah.
Granada terkenal dengan Alhambra, istana dan kubu yang indah dari era kerajaan Islam di Andalusia. Alhambra mempamerkan seni bina Moorish yang memukau dengan taman-taman dan ukiran halus.
Córdoba pula dikenali dengan Mezquita-Catedral, sebuah masjid besar yang kemudiannya diubah menjadi katedral. Córdoba pernah menjadi pusat ilmu dan kebudayaan semasa zaman kekhalifahan Umayyah.
Madrid, ibu negara Sepanyol, adalah pusat budaya dan seni dengan muzium terkenal seperti Prado dan Reina Sofía. Madrid juga terkenal dengan plaza bersejarah seperti Puerta del Sol dan Retiro Park.
Toledo, bandar yang dikenali sebagai “Kota Tiga Budaya” (Islam, Kristian, dan Yahudi), menampilkan seni bina zaman pertengahan. Toledo menawarkan pemandangan menakjubkan dengan gereja, sinagog, dan masjid lama, serta pengaruh seni El Greco.
Alhambra dan Generalife : Lawatan ke kompleks istana Alhambra adalah kemuncak kunjungan ke Granada. Jelajahi Istana Nasrid, Alcazaba, dan taman Generalife yang indah. Pastikan membuat tempahan tiket awal kerana ia sering penuh.
Kawasan Albaicín dan Mirador de San Nicolás : Berjalan di sekitar kawasan Albaicín, bekas perkampungan Islam, dengan jalan berbatu dan rumah tradisional. Di Mirador de San Nicolás, nikmati pemandangan indah Alhambra berlatarbelakangkan pergunungan Sierra Nevada.
Mezquita-Catedral de Córdoba : Mulakan dengan Mezquita-Catedral, sebuah masjid agung yang diubah menjadi katedral selepas penaklukan Kristian. Struktur ini mempamerkan gabungan seni bina Islam dan Gothic, menjadikannya mercu tanda paling ikonik di Córdoba.
Roman Bridge of Córdoba : Berjalan menyusuri jambatan Rom purba ini yang merentasi Sungai Guadalquivir. Ia menawarkan pemandangan indah Mezquita dan menjadi lokasi ikonik bagi peminat seni bina klasik.
Ramblas : Ramblas Barcelona adalah jalan ikonik sepanjang 1.2 km, terkenal dengan suasana meriah, kedai, restoran, artis jalanan, serta tarikan seperti Mercat de Sant Josep.
Palacio Real (Istana Diraja Madrid) : Melawat Istana Diraja, salah satu istana terbesar di Eropah. Terokai bilik-bilik yang dihiasi mewah dan muzium senjata yang menampilkan koleksi sejarah.
Plaza Mayor : Hanya beberapa minit dari istana, dataran ini ialah pusat bersejarah Madrid yang terkenal dengan seni bina simetri. Anda boleh menikmati kopi atau churros di kafe berhampiran.
Puerta del Sol : Mercu tanda terkenal Madrid dan pusat bagi perayaan Tahun Baru di Sepanyol. Jangan lupa bergambar di patung beruang “El Oso y el Madroño,” simbol bandar Madrid.
Gran Vía : Berjalan di sepanjang Gran Vía, kawasan membeli-belah utama Madrid. Anda boleh membeli cenderamata atau menikmati pemandangan senja dari rooftop bar di sekitar kawasan ini.
Alcázar de Toledo : Istana dan kubu ini kini berfungsi sebagai muzium tentera, menawarkan pemandangan bandar yang menakjubkan dari puncaknya. Ia memainkan peranan penting dalam sejarah Toledo dan Perang Saudara Sepanyol.
Jambatan San Martín dan Jambatan Alcántara : Berjalan di dua jambatan bersejarah ini yang merentasi Sungai Tagus, memberikan pemandangan yang indah dan latar belakang gambar yang sempurna.
Plaza de Zocodover : Dataran utama Toledo, di mana anda boleh menikmati kopi atau membeli cenderamata di kedai-kedai kecil sekitarnya.
















Berikut adalah cadangan itinerari perjalanan kembara.
Spain Travel Package
Penerbangan KUL – Barcelona (inc. checkin luggage 1 x 23kg)
Penerbangan Barcelona – Granada (inc. checkin luggage 25kg)
Penerbangan Madrid – Jeddah – KUL (inc. checkin luggage 2 x 23kg)
Accommodation 9 nights (Twin/Double Hotel)
Transportation
Train
Sight seeing as per itinerary
Airport Transfer
Experienced Tour LeaderUmrah for Traveler Package 3H2M
Hotel 2 & 4 Sebilik (Hotel Snood Ajyad (200M-250M) atau setaraf)
Visa for Umrah
Airport Transfer
Stopover Visa Insurance
Transport
Guidance by Mutawwif Umrah Pertama & Ziarah
Ziarah Manasik Haji
Air Zam-zam January 2025
22 -31 January 2025 (Cuti Tahun Baru Cina/Musim Sejuk)
WhatsApp us