KYRGYZSTAN, KAZAKHSTAN & UZBEKISTAN 11D9N
INFO KEMBARA

Kumpulan Kecil 7-10 Pax

Itinerari Fleksibel

Alam Semulajadi
Kazakhstan, negara terbesar di benua Asia Tengah, memukau pengunjung dengan keindahan alam yang mempersona. Pergunungan Altai dan Tian Shian menawarkan pemandangan yang dramatik, sementara tasik Kolsay dan Kaindy memberikan ketenangan yang luar biasa.
Kyrgyzstan pula adalah negara indah di Asia Tengah dengan pergunungan megah, tasik biru jernih, padang rumput luas, dan budaya nomad yang kaya.
Bumi Uzbekistan tidak asing lagi untuk diperkenalkan. Ianya merupakan negara tapak warisan dunia UNESCO. Kaya dengan senibina bangunan yang menakjubkan dari madrasah, makam,pusat pengajian Islam dan masjid yang penuh dengan sejarah dunia Islam.
KEMBARA RENTAS 3 NEGARA

Almaty : Bandar kosmopolitan dengan pemandangan pergunungan, taman indah, dan budaya yang kaya.

Symbulak : Resort ski terkenal dengan pemandangan salji, laluan ski, dan kemudahan rekreasi.

Green Bazaar: Pasar tempatan meriah menawarkan pelbagai produk segar, makanan, dan barangan tradisional.

Tashkent : Pengunjung berpeluang melawat ibu negara nya iaitu Tashkent yang pesat membangun dan membeli belah hasil tempatan di Bazar Chorsu. Anda boleh merasai makanan tradisional Uzbekistan yang lazat dan enak, seperti nasi plov, samsa, dan shashlik. Gunung Chimgan yang menghijau menjadi tempat popular untuk pengunjung yang inginkan ketenangan.

Samarkand: Bagi yang suka bergambar dan mengambil gambar, sememangnya kota Samarkand merupakan tempat yang tepat untuk anda berkarya. Mempunyai kepelbagaian etnik dan agama, di sini pengunjung boleh melawat masjid-masjid yang indah, istana, madrasah, muzium dan makam-makam yang bersejarah.

Skazka Canyon : Skazka Canyon dalam bahasa Rusia, perkataan Skazka bermaksud “Dongeng,” Di sini, anda berpeluang untuk merasai keindahan landskap pergunungan lapisan warna yang paling indah

Charyn Canyon: Formasi batuan spektakuler dengan pemandangan dramatik dan laluan mendaki.

Lake Kolsay & Kaindy : Tasik-tasik biru yang menakjubkan dengan hutan tenggelam dan laluan mendaki.

Djeti Oguz Gorge: Djety-Oguz dalam bahasa Kyrgyz bermaksud “Tujuh Lembu Jantan” – inilah nama yang diberikan oleh penduduk tempatan kepada lembah gunung yang dibentuk oleh sungai.

Issykul Lake: Salah satu tasik alpine terbesar dan terdalam di dunia. Dikelilingi oleh banjaran gunung Tien Shan, tasik ini kekal bebas ais sepanjang tahun, menjadikan namanya dalam bahasa Kyrgyz bermaksud “Tasik Hangat.”

Jyrgalan Valley : Sebuah lembah unik terletak di antara bukit-bukit hijau dan puncak tinggi di sebelah timur Kyrgyzstan, lembah Jyrgalan merupakan destinasi pelancongan pengembaraan yang semakin berkembang.

Bishkek :Bandar yang dirancang pada zaman Soviet; ia dibina dengan susun atur grid, jalan-jalan lebar yang diapit oleh terusan pengairan dan pokok-pokok besar, bangunan dan kompleks apartmen Soviet.
Aktiviti menarik

Pemandangan tebing Tinggi Lake Kolsay
Tasik yang dikenali sebagai “Pearls of Tien Shan” oleh penduduk tempatan. Tasik ini terhasil kesan daripada tanah runtuh akibat pergerakan plat tektonik sekitar tahun 1887.

Cable Car Symbulak
Symbulak Ski Resort merupakan resort ski terbesar di Central Asia. Ia terletak di Lembah Medeu berketinggian 2,200 meter dari aras laut.

Meneroka Charyn Canyon
Buat yang belum lagi mempunyai rezeki untuk ke US, ini dia peluangnya untuk menikmati keunikan canyon yang terhasil daripada hakisan angin & air. Canyon kat sini lebih kurang macam grand canyon di US tapi lebih kecil.

Registan Square
Dataran ikonik di Samarkand, Uzbekistan, dikelilingi madrasah bersejarah dengan seni bina Timurid, mozek indah, dan kubah biru memukau.

Cultural village
Kampung tradisional di Samarkand, Uzbekistan, terkenal dengan penghasilan karpet dan tenunan tangan, serta kehidupan dan budaya tempatan yang autentik.

Guri Emir
Mausoleum bersejarah di Samarkand, Uzbekistan, tempat persemadian Emir Timur dan keluarganya, terkenal dengan seni bina megah dan mozek yang rumit

Plov Center
Restoran terkenal di Tashkent, Uzbekistan, menyajikan plov tradisional yang lezat, hidangan nasi beraroma dengan daging dan sayuran.

Imam Khast Complex
Kompleks bersejarah di Tashkent, Uzbekistan, dengan masjid, madrasah, dan makam Imam Khast, terkenal dengan seni bina Islam yang menawan dan ukiran halus. Dimana Quran mushaf Uthmani ditulis tangan.

Shakhi Zinda
Kompleks makam di Samarkand, Uzbekistan, terkenal dengan seni bina Islam yang rumit, mozek biru, dan sejarah berabad lamanya.

Berkuda di Tepian Tasik Kaindy
Perjalanan masuk ke Kaindy Lake dari Saty adalah engalaman menaiki UAZ, sejenis kenderaan pacuan 4 roda buatan Rusia dan kemudian bersambung terus ke tasik. Pilihan berkuda di tebing bukit menyajikan pemandangan gunung bertopikan salji.

Trout Fish Farm
Rasai pengalaman penternakan ikan trout sebesar lengan dan hidangan ikan yang segar. Ikan disini diternak dengan sumber air sungai yang sejuk dari pergunungan.

Makanan Daging Tempatan Enak & Segar
Tahukah anda daging disini disembelih segar sebelum dimasak? Ia menjadikan dagingnya tidak berbau hamis, ‘berbau kambing’ atau meloyakan. Sebaliknya ia sangat enak dan rasa kemanisan daging tersebut.

Membeli Barangan di Pasar Tempatan
Sejak pembukaannya pada 1875, Green Bazaar menjadi pusat perniagaan utama yang menjual pelbagai barangan dari keperluan harian sehinggalah ke cenderahati.

Membeli Coklat Kazakhstan
Aktiviti untuk keluarga yang paling digemari oleh anak-anak dan juga ibubapa. Kita akan ke Chocolate Factory untuk merasai kesedapan coklat tempatan Kazakhstan.

Merasai Pengalaman Nomad
Berpeluang mengenali kehidupan bangsa nomad dengan lebih dekat dengan tradisi penginapan mereka di yurt.

7 Bulls of Jeti Ogus
Formasi batuan merah megah, menyerupai tujuh ekor lembu, dengan pemandangan lembah hijau.

berjalan di Skazka Canyon
Canyon unik dengan formasi batuan berwarna-warni menyerupai landskap dongeng, menawarkan pemandangan dramatik dan laluan mendaki.

Bermain Air di Tasik Issykul
Salah satu tasik alpine terbesar dan terdalam di dunia. “Tasik Hangat” ini sesuai untuk piknik, bermain air atau boleh mandi sekiranya anda kental fizikal.
KELEBIHAN PAKEJ
BERBEZA DENGAN TRIP YANG LAIN

Pelbagai Penginapan

Private Transport

Makanan Halal

Cable Car Symbulak

Tour Leader Berpengalaman
PERGI SENDIRI, PULANG IBARAT FAMILI







































































ITINERARI Kyrgyzstan, Kazakhstan & UZBEKISTAN 11H9M
Berikut adalah cadangan itinerari perjalanan kembara.
Hari 1 : Penerbangan
- Penerbangan jam 1300pm Kuala Lumpur – Almaty
- Ketibaan 1740pm waktu tempatan di Almaty
- Airport Transfer & Check in hotel
- Accommodation : H
Hari 2 : Charyn Canyon / Tasik Kolsay
- Check-out.
- Terbentang 154 km di sepanjang Sungai Charyn, salah satu daripada sungai yang paling dalam dari pergunungan Tien Shan Utara.
- Dikenali dengan panggilan “Grand Canyon Kecil” oleh penduduk tempatan, canyon ini menawarkan panorama yang menakjubkan dengan tebing-tebing batu yang tinggi dan warna-warni yang berbeza.
- Meal : B/D
- Accommodation : GH
Hari 3 : Tasik Kaindy / Cross Border Kyrgyzstan
- Tasik yang dikenali sebagai “Pearls of Tien Shan” oleh penduduk tempatan. Tasik ini terhasil kesan daripada tanah runtuh akibat pergerakan plat tektonik sekitar tahun 1887.
- Menyeberang sempadan ke Kyrgyzstan. Melintasi lembah Karkara yang indah dengan berhenti seketika untuk mengambil gambar dan menikmati pemandangan.
- Berehat dan bermalam di Jyrgalan Valley
- Meal : B / D
- Accommodation : Y / GH
Hari 4 : Jeti Ogus & Skazka Canyon
- Nikmati perjalanan di sepanjang pantai selatan Tasik Issyk-Kul yang sangat luas
- Seterusnya, lawati Jeti-Oguz, terkenal dengan formasi batuan yang dikenali sebagai “7 Lembu Jantan.”
- Akhiri lawatan ke Skazka Canyon, sebuah kawasan formasi batuan yang unik dan warna-warna cerah yang mencipta pemandangan yang seperti dongeng.
- Berehat dan bermalam di tepian tasik Issyk Kul
- Meal : B, D
- Accommodation : GH
Hari 5 : Persembahan Helang & Bishkek
- Mulakan lawatan anda dengan menyaksikan pertunjukan pemburu helang, satu tradisi kuno yang mempamerkan kemahiran pemburu dalam menggunakan helang untuk memburu.
- Dalam perjalanan, berhenti seketika untuk melawat Menara Burana, sebuah struktur bersejarah yang terletak berhampiran dengan bandar Tokmok.
- Teruskan perjalanan anda dan tiba di Bandar Bishkek, ibu kota Kyrgyzstan. berehat dan bermalam.
- Meal : B
- Accommodation : H
Hari 6 : Melintas Sempadan Kyrgyzstan
- Check out.
- Luangkan masa untuk meneroka bandar ini,sambil melawat Ala-Too Square, Turkiye Mosque
- Menyeberang sempadan kembali ke Kazakhstan. Berehat dan bermalam di Almaty
- Meal : B
- Accommodation : H
Hari 7 : Symbulak / City Tour
- Berkunjung ke Symbulak resort ski yang terletak di pergunungan Tian Shan. Terkenal dengan landskapnya yang indah, kemudahan moden, dan pelbagai aktiviti sukan musim sejuk.
- Kembali ke bandar untuk city tour sekitar bandar Almaty dan Green Bazaar
- Meal : B
- Accommodation : H
Hari 8 : Tashkent Day Trip
- Penerbangan ke Tashkent
- Lawatan ke Imam Khast Complex dimana terdapatnya Al Quran tulisan tangan resam Uthmani pertama.
- Check in dan berehat
- Meal : B
- Accommodation : H
Hari 9 : Samarkand Day Trip
- Menaiki train ke Samarkand seawal pagi.
- Setibanya di Samarkand akan melawat monumen bersejarah Registan Square yang sangat popular, Bazaar Siyab dan Masjid Bibi Khanum.
- Ke Guri Emir, makam pemerintah terkenal Asia Tengah iaitu Amir Temur, seterusnya melawat Shakhi Zinda, terdapatnya makam sepupu Rasulullah Ibnu Abbas
- Kunjungan di teruskan ke Konigil Village iaitu sebuah perkampungan budaya yang mempamerkan demonstrasi pelbagai hasil tangan.
- Train kembali ke Tashkent
- Makan malam dan berehat.
- Meal : B
- Accommodation : H
Hari 10 : Tashkent, Penerbangan Pulang
- Sarapan pagi di hotel dan check out jam 12 tengah hari
- Aktiviti di bandar Taskhen, Plov Center, Green Bazaar
- Bertolak ke airport jam 1500pm untuk penerbangan pulang ke tanahair
- Meal: B
Hari 11 : Ketibaan Kuala Lumpur
- Dijangka tiba di Kuala Lumpur 0605am
Nota :
- Accommodation : GH-Guesthouse, HS-Homestay, H-Hotel, Y-Yurt
- B : Breakfast, L:Lunch, D:Dinner
Inclusion
International Flight Airasia KUL-ALA
Checked in Luggage 20kg
Domestic Flight + checked in Luggage 20kg
Private Chartered Transport
Entrance fees as per itinerary
Accommodations (Double) with Breakfast
Meal Plan as per itinerary
Airport Transfer
Train
Travel Insurance
Experienced Tour Leader
Eagle Hunters Show
National Park Entrance Fee
Drivers Expenses
Exclusion
- ❌ Local Tour Guide (Optional)
- ❌ Bottled water and beverages
- ❌ Cable Car and UAZ Taxi Shuttle (RM80)
- ❌ Horse riding (optional)
- ❌ Personal Expenses
- ❌ Tipping
- ❌ Entrance Fee
HARgA PAKEJ
Dewasa
12 tahun ke atas-
Deposit RM500
(Surcaj Flight RM1500 Cuti Sekolah)
Kanak-kanak
2 tahun ke atas-
Deposit RM500
Ground Only
Without International Flight-
Deposit RM500
TARIKH KEMBARA
Tarikh Open Trip
2025
October : Pelepasan setiap hari Rabu
November : Pelepasan setiap hari Rabu
Disember : Pelepasan minggu pertama
2026 (Tarikh Pelepasan)
7 & 21 January
4 February
15 & 29 April
6 & 13 April
9 & 23 Set
7 & 21 Oct
4 & 18 Nov
Check Availability & Deposit Payment
- Klik Check Availability untuk memeriksa jumlah seat yang masih ada
- Borang hanya boleh memproses pembayaran deposit sahaja.
- Bagi tujuan pembayaran lain, hubungi terus Travel Consultant.