KEPUASAN

Nikmati Panorama Alam Yang Menenangkan Jiwa

Kyrgyzstan dan Kazakhstan

Perjalanan 12 Malam 10 Hari

Dari KUL → Almaty

HARI PERTAMA PERJALANAN

Setibaannya di Almaty (eta 17.40), anda akan menginap di bandar kosmopolitan yang kaya dengan pemandangan gunung bersalji dan taman-taman yang indah beserta makan malam.

HARI 2

Menaiki kereta kabel untuk menikmati pemandangan gunung-ganang bersalji ala Switzerland yang terletak di pergunungan Tian Shan.

HARI 3

Berkunjung dan mengenali kehidupan bangsa nomad dengan disajikan makanan tradisi orang Kazakhstan serta pertunjukan kuda Dzhigitovka dan tarian tradisi Kara Zhorga.

HARI 3

Singgah ke tempat membeli-belah makanan tempatan dan kraftangan asli yang sentiasa menarik perhatian pelancong untuk datang ke sini.

HARI 4

Keindahan “Grand Canyon” versi Kazakhstan dengan formasi batuan merah yang dramatik ini akan memukau mata dengan panorama yang menakjubkan dari tebing-tebing batu yang tinggi dan warna-warna yang berbeza.

HARI 5

Nikmati pemandangan tasik biru yang sangat jernih dan dikelilingi dengan pokok-pokok cemara dengan udara yang segar dan sejuk.

HARI 6

Berkunjung dan menjamu selera dengan hidangan ikan Trout segar yang diternak dengan sumber air sungai yang sejuk dari pergunungan sambil menikmati keindahan gunung-ganang dan sungai jernih yang sentiasa mengalir.

HARI 7

Melintasi Sempadan Kyrgyzstan di lembah Karkara yang dikelilingi pemandangan padang rumput yang luas dengan kambing dan kuda yang bebas berkeliaran. Tempat ini sangat menarik untuk bergambar sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa sebelum sampai di Jyrgalan untuk bermalam.

HARI 8

Tempat yang terkenal dengan aktiviti menunggang kuda (optional) atau berjalan kaki dengan santai di kaki gunung, anak sungai dan lembah yang penuh ketenangan.

HARI 8

Bermalam di bandar bersejarah yang sangat menawan dengan seni bina bangunan, pemandangan gunung dan budaya orang Dungan yang berasal dari keturunan Muslim Cina.

HARI 9

Menikmati pemandangan tasik gunung kedua terbesar di dunia, airnya jernih dan dikelilingi gunung salji yang sangat menenangkan jiwa. 

HARI 9

Tempat pemandangan indah yang terkenal dengan formasi batu merah “Seven Bulls” yang menyerupai tujuh ekor lembu jantan. 

HARI 10

Menyaksikan pertunjukan pemburu helang, satu tradisi kuno yang mempamerkan kemahiran pemburu menggunakan helang untuk memburu.

Nomad Travel Sdn Bhd

Membawa Anda Ke Destinasi Unik Yang Penuh Keajaiban Dengan...

Urus Perjalanan

Anda cuma perlu fokus menikmati setiap detik pengembaraan kerana kami akan uruskan semuanya dari pengangkutan, makanan, penginapan & aktiviti supaya perjalanan anda sempurna.

Tour Guide Sporting

Mereka ni sangat ramah dan berpengalaman untuk bergaul dengan klien macam kawan lama yang sentiasa memahami keperluan anda.

Keperluan Muslim

Kami pastikan setiap keperluan Muslim anda dari urusan solat hingga mencari makanan halal yang terbaik dijaga dengan penuh perhatian.

Trip ini terhad untuk 10 orang sahaja!

Keutamaan kami ialah mahu beri servis yang selesa dengan menaiki Private Van/Bas supaya anda dapat pengalaman yang lebih berharga tanpa bersesak dengan ramai orang.

“Apa lagi yang best?”

curly arrow

Itinerary Percuma

Isi borang untuk dapatkan itinerary percuma dan konsultasi perjalanan. Dalam intinerari lebih detail tentang tempat penginapan, makanan dan perjalanan. Consultant Nomad Travel (En. Ridzuan) akan call untuk terangkan lebih detail tentang trip ini. Anda juga berpeluang untuk dapat voucher RM1,000 untuk trip ke Kyrgyzstan & Kazakhstan!

Baca Cerita Mereka...

“It has been very interesting adventure to this country which offered natural wonders and adventures. With experienced and well guided tour leader, make this trip more interesting and enjoyable. Thanks Nomad Travel for making our trip most memorable…”

- Ibrahim Samad -

“It was an amazing trip for our family holiday. My kids really enjoy the trip. Activities arranged by Nomad Travel gave us a new experience in life. Thanks a lot to Aeda, Zaki & Khalila for your excellent and friendly services throughout our nomad journey in Kazakstan.”

- Rosydi Muhammad -

“Our trip to Khazakstan via Nomad Travel was in September 2024. It was an awesome, wonderful and fantastic experience. Thank you to the tour leader Lily and Khalila for their superb services rendered to us . For sure we will be making our next trip via Nomad Travel.”

- Zakaria Yusof -

Ramai lagi yang pernah join Nomad Travel...

Nak tahu banyak lagi?

Soalan-Soalan Lazim (FAQ)

Ya, kawasan ini selamat dari negara lain yang bergolak ataupun ancaman perang kerana kedudukannya terletak di ‘Asia Tengah’. Orang tempatan di situ juga sangat ramah dan baik, tidak terlalu kasar dan sombong. Tour guide Nomad Travel juga akan pastikan perjalanan anda selamat dan lancar.

Rakyat Malaysia tidak memerlukan visa untuk masuk ke Kazakhstan dan Kyrgyzstan bagi tempoh lawatan singkat. Consultant Nomad Travel akan bantu anda untuk lengkapkan dokumen yang diperlukan.

Anda akan menginap di hotel bertaraf 3 bintang dan juga bermalam di khemah yurt tradisional nomad yang lengkap dengan kemudahan asas.

Jangan risau, tour guide kami akan bantu untuk sediakan makanan Halal yang berkualiti dan sedap. Dalam masa sama, tour guide juga akan bawa ke tempat yang ada pilihan makanan halal sepanjang perjalanan nanti. Tapi kalau anda ada keperluan khas, beritahu kami awal supaya kami boleh aturkan dengan baik.

Pemandu dan staf Nomad Travel boleh berbahasa Inggeris. Bahasa tempatan adalah Kazakh, Kyrgyz, dan Rusia, kami boleh berkomunikasi dengan mereka juga sebab dah biasa berurusan di sana. Kami akan bantu untuk pastikan anda mudah berkomunikasi sepanjang perjalanan nanti.

Tiada vaksin yang wajib untuk ke sana, cuma anda perlu pastikan vaksin asas lengkap sudah diambil. Untuk langkah berjaga-jaga anda boleh minum air botol sahaja dan bawa ubat peribadi. Kami juga sedia membantu jika ada kecemasan.

Semua aktiviti dikendalikan oleh ‘tour guide’ kami yang berpengalaman dan kami sudah sediakan peralatan keselamatan yang sesuai. Anda cuma perlu ikut arahan tour guide untuk langkah keselamatan.

Ya, anda boleh ‘add on’ polisi insuran untuk langkah keselamatan. Kami juga sediakan sokongan 24 jam sepanjang perjalanan untuk membantu anda dalam apa jua kecemasan.

Harga private trip ni dalam RM12,ooo++ seorang (Klik button di bawah dan isi form untuk berhubung dengan consultant kami supaya dapat voucher RM1000 dan diskaun istimewa untuk yang terawal!)

Copyright © NOMAD TRAVEL SDN BHD
MOTAC License No.  L/N/11323
SSM Registration No.: 1525112-U
Registered with Min. of Finance, Malaysia
All Rights Reserved

Print Friendly, PDF & Email