NORWAY FJORD & WATERFALL 10D7N

INFO KEMBARA

10D7N

Oslo, Bergen, Flam, Aurdal, Voss

KUL – OSL

Small Group 7 pax

Flexible Itinerary

Nature & Outdoor

Mengembara ke Norway membawa pengalaman yang mengagumkan, bermula dengan meneroka seni, budaya, dan sejarah di Oslo, bandar moden yang penuh daya tarikan. Di Bergen, pemandangan Bryggen yang ikonik dan fjord yang menakjubkan menanti. Aurland menawarkan ketenangan desa dengan keindahan semula jadi yang memukau. Perjalanan menaiki Flåm Railway membawakan pemandangan gunung, air terjun, dan lembah yang dramatik. Di Voss, pencinta aktiviti lasak boleh menikmati skydiving, rafting, dan sukan air. Setiap destinasi memberikan pengalaman unik yang menggabungkan keindahan alam, budaya, dan pengembaraan, menjadikan Norway destinasi yang tidak boleh dilepaskan.

PENGALAMAN FJORD & PERGUNUNGAN NORWAY

Oslo

Oslo, ibu kota Norway, menggabungkan keindahan alam dan budaya moden. Tarikan utama termasuk Vigeland Park, Opera House, dan Fram Museum. Bandar ini juga terkenal dengan fjord yang indah dan kehidupan seni yang dinamik.

Bergen

Bergen, pintu masuk ke fjord Norway, terkenal dengan Bryggen yang bersejarah, Gunung Fløyen, dan Pasar Ikan yang meriah. Dikelilingi oleh gunung dan laut, bandar ini menawarkan pemandangan yang menakjubkan.

Flam

Flåm ialah perkampungan kecil Norway yang terkenal dengan Flåm Railway, salah satu laluan kereta api tercantik di dunia. Terletak di Sognefjord, ia menawarkan pemandangan fjord yang menakjubkan dan aktiviti pelayaran.

Aurland

Aurland, perkampungan menawan di Norway, terkenal dengan fjord yang indah dan Stegastein Viewpoint yang menawarkan pemandangan panoramik. Ia juga merupakan tempat pengeluaran kasut tradisional Aurland.

Voss

Voss ialah destinasi sukan ekstrem di Norway, terkenal dengan skydiving, rafting, dan ski. Bandar ini dikelilingi oleh gunung dan tasik yang menjadikannya lokasi ideal untuk pencinta alam dan pengembaraan.

Stegastein Viewpoint

Stegastein Viewpoint di Aurland menawarkan pemandangan spektakular Aurlandsfjord dari ketinggian 650 meter. Platform kayu ini memberikan pengalaman unik dengan panorama fjord yang menakjubkan sepanjang tahun.

TRAVEL STYLE

SPECIAL SERVICE TERMS

Accommodation

Kemudahan penginapan sama ada hotel, cabin, homestay atau guest house. Jumlah penginapan adalah terhad dan tidak banyak pilihan dan beada bukan di bandar dan kebanyakannya di luar bandar.

Private Transport

Transport menggunakan MPV 9 seater. Kanak-kanak dianggap sebagai 1 seat seperti dewasa, dan diwajibkan memakai child seat.

Cabin Luggage

1 x Check-in Luggage 
1 x Cabin Luggage
1 x Bag Personal Item (i.e hand bag, backpack, laptop)

Saiz luggage tidak melebih 26 inci. Ini penting dipatuhi kerana ruang MPV yang tidak besar. 

Meal Plan

Penyediaan makan untuk sepanjang perjalanan di bawah tanggungjawab peserta.  Jika ada dapur di guesthouse, boleh digunakan untuk memasak. 

PERGI SENDIRI, PULANG IBARAT FAMILI

ITINERARI NORWAY FJORD & WATERFALL 10D7N

Berikut adalah cadangan itinerari perjalanan kembara.
(Tertakluk kepada perubahan)

Hari 1 : Penerbangan

* Penerbangan jam 2100  Kuala Lumpur – Oslo.

Hari 2 : Hari Ketibaan Oslo

  • Dijangka tiba ke Oslo pada 10pagi. Check-in.
  • Oslo Half Day 
  • Santai di Karl Johans Gate, jalan utama Oslo yang dipenuhi kedai, butik, dan tarikan menarik seperti Istana Diraja dan Parlimen Norway.

Hari 3 : Oslo Day Trip

  • Norsk Folkemuseum
    Lawati Norsk Folkemuseum, muzium terbuka yang menampilkan lebih 150 bangunan bersejarah, termasuk rumah tradisional, gereja kayu, dan budaya Sami. Terokai kehidupan masyarakat Norway dari abad ke-16 hingga kini.

  • Akershus Fortress
    Teruskan perjalanan ke Akershus Fortress, kubu pertahanan abad ke-13 yang menyajikan sejarah ketenteraan Norway dan menawarkan pemandangan Oslo Fjord yang menakjubkan.

  • Oslo Mosque
    Akhiri lawatan dengan menziarahi Oslo Central Jamaat Mosque, masjid terbesar di Oslo, yang menjadi pusat komuniti Muslim di bandar ini. Nikmati suasana tenang dan kenali lebih lanjut tentang komuniti Islam di Norway.

Hari 4 : Oslo - Aurland

  • Mulakan perjalanan awal pagi dari Oslo, yang menawarkan pemandangan desa, gunung, dan fjord yang memukau sepanjang perjalanan.
  • Hønefossen Waterfall – Air terjun di tengah bandar Hønefoss, lokasi yang sesuai untuk berehat sebentar dan menikmati pemandangan.
  • Jika sempat, akan berhenti di Ringkollen Viewpoint tempat yang menawarkan pemandangan kawasan hutan dan tasik yang menenangkan.
  • Stegastein Viewpoint, salah satu tempat terbaik untuk melihat fjord dari ketinggian 650 meter di atas laut. Platform kaca yang menonjol dari tebing ini memberi panorama luar biasa Aurlandsfjord.

Hari 5 : Flam & Fjord

  • Naik Flåm Railway ke Myrdal (Opsional)
    Jika ingin merasai pengalaman ikonik ini, boleh menaiki Flåm Railway ke Myrdal dan kembali (±2 jam pergi balik). Dalam perjalanan, nikmati pemandangan dramatik fjord, gunung, dan air terjun.

  • Flåm Harbour & Fjord Walk
    Jalan santai di sepanjang Flåm Harbour, nikmati pemandangan Aurlandsfjord yang memukau, dan kunjungi kedai cenderamata tempatan.

  • Naeroyfjord Fjord Cruise 
    Jika ingin melihat fjord dari perspektif berbeza, boleh menyertai Naeroyfjord Cruise ke Gudvangen dan kembali ke Flåm 

Hari 6 : Aurland - Bergen

  • Gudvangen Viking Village – Kampung Viking interaktif di mana anda boleh melihat rumah Viking tradisional, kostum lama, dan mencuba aktiviti zaman Viking.
  • Meneruskan perjalanan melalui Stalheimskleiva – Salah satu jalan paling curam di Norway dengan pemandangan lembah Nærøydalen yang menakjubkan.
  • Singgah sebentar di Tvindefossen, air terjun yang mudah diakses dari jalan raya dan tempat yang sesuai untuk mengambil gambar sebelum meneruskan perjalanan.

Hari 7 : Bergen

  • Mulakan hari dengan meneroka Bryggen, kawasan bersejarah yang merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Jalan-jalan di lorong kayu yang klasik, lawati butik tempatan, dan ambil gambar bangunan warna-warni yang menjadi ikon Bergen.

  • Hanya beberapa minit dari Bryggen, lawati Bergenhus Fortress, kubu pertahanan zaman pertengahan yang masih terpelihara dengan baik. Jangan lupa singgah di Håkon’s Hall dan Rosenkrantz Tower untuk melihat sejarah Bergen.

  • Naik Fløibanen ke Gunung Fløyen untuk menikmati pemandangan panoramik Bergen dari ketinggian 320 meter. Boleh bersiar-siar di kawasan puncak, trekking ringan, atau sekadar berehat sambil menikmati pemandangan.

Hari 8 : Voss - Gol

  • Mulakan perjalanan dari Bergen menuju ke Voss, perjalanan mengambil masa sekitar 1.5 jam.
  • Tvindefossen Waterfall, Air terjun setinggi 152 meter yang mudah diakses dan cantik untuk bergambar. 

  • Akan meneruskan perjalanan ke Gol dengan pemandangan indah sepanjang perjalanan.

Hari 9 : Penerbangan Pulang

  • Check out dan bersedia untuk ke airport.
  • Penerbangan pulang jam 1515 petang

Hari 10 : Ketibaan Kuala Lumpur

  • Dijangka tiba di KLIA 1440 petang

Inclusion

  • ✅ International Flight  KUL- Oslo
  • ✅ Checked in Luggage 
  • ✅ Cabin Luggage 7kg
  • ✅ Private Chartered Transport
  • ✅ Toll, Fuel & Parking
  • ✅ Accommodations (Guesthouse / Cabin / Campsite)
  • ✅ Airport Transfer
  • ✅ Experienced Tour Leader
  • ✅ Drivers Expenses

Exclusion

  • ❌ Meal Plan
  • ❌ Entrance Fee
  • ❌ Domestic Flight Check in  Luggage
  • ❌ Driver Tipping EUR2/day/pax
  • ❌ Personal Expenses
  • ❌ Entrance Fee

Note

  • Semua aktiviti tertakluk kepada keadaan cuaca
  • Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan, alternatif aktiviti akan dicadangkan tertakluk kepada keselamatan dan nasihat perjalanan.

HARgA PAKEJ

Dewasa

12 tahun ke atas
MYR 11,780 / pax
  • Deposit RM500
Popular

Ground Service

Exclude Flight
MYR 8,780 / pax
  • Deposit RM500
D.I.Y

TARIKH KEMBARA

Tarikh Open Trip

MAY 2026
29 May – 7 Jun (End Spring)

NOVEMBER 2026
13-22 Nov (Winter)

Check Availability & Deposit Payment

  • Klik Check Availability untuk memeriksa jumlah seat yang masih ada
  • Borang hanya boleh memproses pembayaran deposit sahaja.
  • Bagi tujuan pembayaran lain, hubungi terus Travel Consultant.
INGIN BUAT TEMPAHAN?

TRAVEL CONSULTANT SEDIA MEMBANTU

ISIKAN BORANG TEMPAHAN
(DAN KAMI AKAN HUBUNGI MELALUI WHATSAPP)