Macam mana perasaan bila bangun dari tidur, kita bukan dalam rumah yang diperbuat daripada batu-bata, berada di tengah padang rumput yang luas? Dan berada dalam khemah yang besar?
.
Inilah kehidupan nomad yang sebenar. Saya pasti, ramai di antara kalian tahu bagaimana kehidupan nomad, kan? Seumpama, kalian pindah-randah ke sesuatu daerah atas sebab kerja atau lain-lain.
.
Mungkin, ada di antara kita masih terfikir masih wujudkah kehidupan nomad ini? Jawapannya- masih ada.
.
Buktinya di Kazakhstan dan Kyrgyzstan yang masih utuh mengekalkan kehidupan nomad sebagai cara hidup mereka.
.
Kalau di Malaysia, kita ada macam-macam jenis kediaman tradisional macam rumah Minangkabau, rumah kampung Melayu, rumah Kutai dan macam-macam lagi lah. Macam itu juga di Kazakhstan dan Kyrgyzstan yang mempunyai rumah nomad yang dikenali sebagai 𝐲𝐮𝐫𝐭.
.
Yurt ini seumpama khemah yang besar dan bulat dibina dengan rangka kayu dan ditutup dengan kain felt. Kalau di Kazakhstan, masyarakat mereka menggunakan yurt untuk perayaan seperti Nauryz.
.
Seronokkan bila dapat tahu masih ada lagi negara yang betul-betul mengikut kehidupan yang lampau. Dan bayangkan kita dapat merasai pengalaman sebegitu sekali seumur hidup.
