SCOTLAND, WALES & ENGLAND 11H8M
INFO KEMBARA
Small Group 7 pax
Flexible Itinerary
Nature & Outdoor
Destinasi merentasi tiga negara di United Kingdom — England, Scotland, dan Wales — menawarkan kepelbagaian landskap dan pengalaman pelancongan yang menakjubkan. Di England, Cotswolds memikat dengan desa berbatu madu, padang hijau, dan suasana klasik Inggeris; Lake District pula terkenal dengan tasik-tasik indah dan laluan mendaki yang mengagumkan. Di Scotland, ibu kota Edinburgh menonjol dengan seni bina zaman pertengahan, istana megah, dan suasana seni yang hidup, manakala Glencoe memukau dengan lembah gunung berkabus yang dramatik — syurga untuk pencinta alam dan jurugambar. Sementara itu di Wales, Pembroke menarik dengan istana bersejarah yang gah dan keindahan pantai di sekitarnya, manakala Snowdonia menawarkan puncak gunung, tasik, dan taman negara yang menjadi lokasi utama bagi aktiviti luar seperti hiking dan zipline terpanjang di Eropah.
DESTINASI KLASIK & ALAM SEMULAJADI
Glencoe, Scotland
Glencoe ialah lembah gunung di Scotland yang memukau dengan landskap dramatik, air terjun dan kabus misteri. Popular untuk hiking, fotografi alam, dan sejarah berdarah Glencoe Massacre.
Edinburgh, Scotland
Edinburgh, ibu kota Scotland, terkenal dengan Istana Edinburgh, Festival Fringe, dan seni bina zaman pertengahan. Gabungan budaya, sejarah dan pemandangan bukit menjadikannya bandar paling ikonik di Scotland.
Luss Village & Loch Lomond , Scotland
Luss ialah kampung tepi Loch Lomond di Scotland, terkenal dengan rumah batu tradisional, taman tersusun, dan jalan berliku yang menyajikan pemandangan tasik serta bukit hijau yang memukau.
Pembroke, Wales
Pembroke Castle ialah istana abad ke-12 yang mengagumkan di Wales, terkenal sebagai tempat kelahiran Raja Henry VII. Dikelilingi oleh parit air, istana ini menawarkan pemandangan indah dan sejarah yang menarik.
Snowdonia, Wales
Snowdonia adalah taman negara yang menampilkan Gunung Snowdon, puncak tertinggi di Wales. Ia terkenal dengan pemandangan dramatik, laluan pendakian yang mencabar, serta keindahan alam yang memukau sepanjang tahun.
Aberystwyth, Wales
Aberystwyth ialah bandar pantai di barat Wales yang terkenal dengan promenade indah, Aberystwyth University, dan National Library of Wales. Bandar ini menawarkan pemandangan menakjubkan serta suasana pesisir pantai yang tenang.
Cotswold, England
Cotswolds ialah kawasan desa yang menawan di England,seperti Bibury, Bourton-on-the-Water, dan Castle Combe menawarkan pemandangan indah serta pengalaman desa klasik Inggeris.
Lake District, England
Lake District di England terkenal dengan tasik-tasik tenang, bukit hijau dan kampung tradisional. Tapak Warisan Dunia ini ideal untuk mendaki, bersiar-siar, dan menikmati alam semula jadi Inggeris.
Manchester, England
Manchester ialah bandar moden di utara England, terkenal dengan bola sepak, muzik, seni jalanan, sejarah industri, dan membeli-belah. Ia juga menjadi pusat budaya dan inovasi yang berkembang pesat.
TRAVEL STYLE
SPECIAL SERVICE TERMS
Accommodation
Kemudahan penginapan sama ada hotel, homestay atau guest house di kawasan luar bandar. Jumlah penginapan adalah terhad tetapi menawarkan pengalaman unik.
Private Transport
Transport menggunakan MPV 9 seater. Kanak-kanak dianggap sebagai 1 seat seperti dewasa, dan diwajibkan memakai child seat.
Cabin Luggage
1 x Check-in Luggage
1 x Cabin Luggage
1 x Bag Personal Item (i.e hand bag, backpack, laptop)
Saiz luggage tidak melebih 26 inci. Ini penting dipatuhi kerana ruang MPV yang tidak besar.
Meal Plan
Penyediaan makan untuk sepanjang perjalanan di bawah tanggungjawab peserta. Jika ada dapur di guesthouse, boleh digunakan untuk memasak.
PERGI SENDIRI, PULANG IBARAT FAMILI











ITINERARI BEST OF UK 10H7M
Berikut adalah cadangan itinerari perjalanan kembara.
(Tertakluk kepada perubahan)
Hari 1 : Penerbangan KUL - LHR
Perjalanan kita akan bermula dengan penerbangan dari K.Lumpur ke
London.
Hari 2 : Hari Ketibaan London
- Kapten / Tour Leader akan menunggu di airport untuk bawa
terus menuju ke Cotswold. - Free and easy di Cotswold.
Hari 3 : Oxforshire, Bicester Village
- Meneruskan perjalanan ke Oxford, melihat keindahan antara universiti tertua di United Kingdom.
- Luangkan masa menikmati suasana desa Oxfordshire.
- Akan kembali ke Bicester Village, yang merupakan syurga bagi yang ingin membeli belah item premium pada harga terbaik.
Hari 4 : Cotswold, England
- Bertolak awal ke Cotswold dan nikmati pemandangan desa yang indah dengan rumah batu klasik.
- Berjalan-jalan di Bourton-on-the-Water yang dikenali sebagai ‘Venice of the Cotswolds’ sebelum meneroka kampung Castle Combe yang sering dianggap sebagai kampung tercantik di England.
Hari 5 : Snowdonia, Wales
- Terus ke Snowdonia National Park menikmati pemandangan ke puncak Snowdon, gunung tertinggi di Wales.
- Nikmati pemandangan gunung dan tasik yang menakjubkan sebelum makan tengah hari di sebuah kafe dalam kawasan taman.
- Berhenti di Aberystwyth, kawasan promenade dengan hamparan laut yang cantik.
Hari 6 : Anglesey, Wales
Anglesey ialah pulau terbesar di Wales, terkenal dengan pantai cantik, kampung nelayan bersejarah.
South Stack, berhampiran Holyhead di Anglesey, menawarkan pemandangan dramatik laut, jambatan gantung, dan rumah api
Popular untuk birdwatching, laluan mendaki tebing, dan menyaksikan ombak memecah di bawah batu karang.
Hari 7 : Edinburgh, Scotland
- Edinburgh bukan disebut ‘Edin-begh’ tapi disebut ‘Edin-bvra’.
- Bandar Edinburgh merupakan bandar yang kedua popular selepas London untuk merasai keindahan istana dan pekan lama. Buku Harry Porter lahir disini
Hari 8 : Glencoe, Loch Lomond, Scotland
- Loch Lomond adalah tasik tarikan paling popular di Scotland yang akan dilawati sebelum tiba ke lembah Glencoe,
- Ia dahulunya tapak bersejarah pembunuhan clan McDonalds, tapi kinii menjadi lokasi sasaran pembikin filem Hollywood. James Bond dan Harry Porter.
- Singgah di Luss Village, antara perkampungan tercantik di Scotland.
Hari 9 : Lake District, England
- Aktiviti di Tasik Windermere sudah cukup menenangkan.
- Pemandangan klasik England di hadapan tasik yang ikonik.
- Merasai deretan kedai artisan seperti coklat, keju, dan kraftangan di kedai-kedai desa.
Hari 10 : Penerbangan Pulang
- Free & Easy
- Kita akan bersiar-siar, tertakluk kepada jadual penerbangan.
- Penerbangan pulang
Hari 11 : Ketibaan Kuala Lumpur
- Dijangka tiba di Kuala Lumpur
Inclusion
International Flight Return KUL- LHR/EDI
Checked in Luggage + 1 Cabin Luggage
Private Chartered Transport
Accommodations (Hotel / Apartment)
Airport Transfer
Travel Insurance
Experienced Tour Leader
Drivers Expenses
BONUS : UK ETA application + fee
Exclusion
- ❌ Meal Plan
- ❌ Entrance Fee
- ❌ Personal Expenses
HARgA PAKEJ
Dewasa
12 tahun ke atas-
Deposit RM500
-
Group Size Min 7 pax
(Surcaj Flight RM600 Cuti Sekolah)
Kanak-kanak
2 tahun ke atas-
Deposit RM500
-
Group Size Min 7 pax
Ground Service
Exclude Flight-
Deposit RM500
-
Group Size Min 7 pax
TARIKH KEMBARA
Tarikh Open Trip
OCTOBER 2025
8-18 Oct
JANUARY 2026
27 Jan – 5 Feb
MAY 2026
11-20 May
DEC 2026
4-13 Dec
Check Availability & Deposit Payment
- Klik Check Availability untuk memeriksa jumlah seat yang masih ada
- Borang hanya boleh memproses pembayaran deposit sahaja.
- Bagi tujuan pembayaran lain, hubungi terus Travel Consultant.