OSAKA KYOTO NARA 5H4M
INFO KEMBARA
Kumpulan Kecil 2-10 Pax
Itinerary Fleksibel
Eksplorasi
Osaka, Kyoto, dan Nara membentuk segitiga emas pelancongan di Kansai, Jepun. Osaka menyerlah dengan kehidupan bandar yang meriah, makanan jalanan seperti takoyaki dan suasana Dotonbori yang penuh warna. Kyoto pula memikat hati dengan keindahan kuil kuno, taman tradisional, dan budaya geisha yang masih hidup di Gion. Nara, bandar lama bersejarah, terkenal dengan rusa jinak yang berkeliaran di Nara Park serta kuil Todai-ji yang menempatkan patung Buddha terbesar Jepun. Ketiga-tiga destinasi ini menawarkan pengalaman unik – dari moden ke klasik, dari sibuk ke tenang – menjadikan perjalanan di Kansai penuh variasi dan keajaiban.
Aktiviti menarik
Universal Studio Japan
Universal Studios Japan di Osaka (optional trip) menawarkan dunia hiburan bertaraf dunia, termasuk The Wizarding World of Harry Potter, roller coaster mendebarkan dan pertunjukan menarik untuk seisi keluarga.
Fushimi Inari Taisha (Kyoto)
Fushimi Inari Taisha di Kyoto terkenal dengan ribuan torii merah yang membentuk laluan mistik di Gunung Inari, mencipta suasana magis yang menawan setiap pengunjung.
Nara Park
Nara Park terkenal dengan rusa jinaknya yang bebas berkeliaran, mencipta suasana damai di tengah kuil bersejarah seperti Todai-ji dan taman-taman yang indah sepanjang tahun.
KELEBIHAN PAKEJ
BERBEZA DENGAN TRIP YANG LAIN
Penginapan 3 Bintang
Kembara Explorasi
Stroller Included
Pocket WIFI
Tour Leader Terlatih & Berpengalaman
PERGI SENDIRI, PULANG IBARAT FAMILI


















ITINERARI OSAKA KYOTO 5H4M
Berikut adalah cadangan itinerari perjalanan kembara.
Hari 1 : Penerbangan KUL - Kansai
- Berkumpul di KLIA1 untuk menaiki penerbangan ke Kansai International Airport.
- Dijangka tiba di Kansai pada hari yang sama.
- Itinerary hari pertama tertakluk kepada masa ketibaan penerbangan.
- Yodobashi Umeda Mall ialah sebuah bangunan tinggi yang menakjubkan di daerah “Kita” di Osaka, berhampiran stesen Osaka dan Umeda. Ia juga dikenali sebagai “Umeda New Town”.
Hari 2 : Kyoto Day Tour
- Arashiyama ialah daerah pelancongan yang di pinggir barat Kyoto. Arashiyama amat popular semasa musim bunga sakura dan musim gugur.
- Jambatan Togetsukyo (Togetsukyo bridge) ialah mercu tanda pusat Arashiyama yang terkenal, banyak kedai kecil, restoran dan tarikan lain terdapat berdekatan, termasuk Tenryuji temple, Bamboo Forest dan bot-bot yang boleh disewa di sungai.
- Bamboo Forest adalah tempat pengunjung boleh berjalan di sepanjang laluan-laluan di dalam hutan yang menakjubkan ini diselangi oleh ribuan batang buluh yang menjulang tinggi.
- Fushimi Inari ialah kuil Shinto yang penting di selatan Kyoto. Ia terkenal dengan beribu-ribu pintu gerbang torii berwarna merah jambu, yang merangkumi rangkaian denai di belakang bangunan utamanya.
Hari 3 : Nara
- Nara Park adalah salah satu tempat yang mesti dilawati kerana tarikan di kawasan tersebut yang terdapat rusa-rusa yang jinak dan bebas berkeliaran.
- Rusa-rusa di sini di bawah perlindungan “Deer Preservation Foundation” di mana tindakan akan dikenakan oleh pihak berkuasa di Jepun sekiranya didapati bersalah.
- Rusa-rusa di sini tersangat jinak dan akan menunduk kepada pengunjung yang hendak dan memberi mereka makanan.
Hari 4 : Osaka Walking Tour
- Osaka Castle mempunyai sejarah yang panjang dan merupakan salah satu istana yang banyak berperang di zaman dahulu dan terselamat dari banyak bencana.
- Kini, Istana Osaka menjadi tarikan pelancong di mana masih lagi berdiri dan moden dan boleh di lihat dari luar kawasan istana.
- Shinsaibashi Street atau dikenali sebagai Dotonbori adalah daerah hiburan yang paling terkenal di bandar ini dan menawarkan pilihan tempat makan dan membeli-belah yang banyak.
- Osaka House of Living Museum muzium orang tempatan yang mana lebih dari 200 tahun dahulu di tempoh waktu zaman Edo
Hari 5 : Kuromon Market & Departure
- Kuromon Market
- Bertolak ke lapangan terbang untuk pulang ke tanah air.
Hari 6 : Ketibaan
- Ketibaan KUL
Inclusion
🏠Accomodation 3 Star (Hotel : Double Bed)
🚝Airport transfer Osaka Return (Train)
💳Kansai Thru Pass
💳Osaka Subway Pass
💳Single Ticket Train
👮🏻♂Tour Guide & Tipping
🚅 Shinkansen Ticket Kyoto
Pocket Wifi
Exclusion
- Tiket penerbangan antarabangsa
- Check in luggage
- Meal onboard
- Insurans perjalanan
- Meal plan
- Sebarang bayaran tiket lawatan yang tidak dinyatakan
- Surcaj flight tempoh puncak / musim perayaan
- Perbelanjaan peribadi
Tarikh Pelepasan (Min 6 pax)
24–28 Jan (❄️ Winter • Shopping sale)
13–17 Feb (❄️ Winter • Universal Studio low crowd)
6–10 Mac (🌸 Spring start)
17–21 Apr (🌸 Sakura akhir)
8–12 Mei (🌿 Spring • Greenery)
12–16 Jun (🌿 Early Summer • Best deal)
10–14 Jul (☀️ Summer • Theme park)
7–11 Ogos (☀️ Summer • Shopping)
4–8 Sept (🍁 Autumn awal)
2–6 Okt (🍁 Autumn • Weather terbaik)
6–10 Nov (🍁 Autumn PEAK)
11–15 Dis (❄️ Winter • Christmas vibe)
HARgA PAKEJ
Dewasa
11 tahun ke atas-
Tanpa Flight
-
5 pax RM4,270/pax
-
4 Pax RM4,780/pax
-
3 Pax RM5,370/pax
-
2 Pax RM6,770/pax
-
Deposit RM500
-
Bilik seorang +RM1,000
Dewasa
11 tahun ke atas-
Flight Direct AA
-
5 pax RM6,570/pax
-
4 Pax RM7,080/pax
-
3 Pax RM7,670/pax
-
2 Pax RM9,070/pax
-
Deposit RM500
-
Bilik seorang +RM1,000