11 Hari 9 Malam
Banjaran Tian Shian
Kazakhstan, negara terbesar di benua Asia Tengah, memukau pengunjung dengan keindahan alam yang mempersona. Pergunungan Altai dan Tian Shian menawarkan pemandangan yang dramatik, sementara tasik Kolsay dan Kaindy memberikan ketenangan yang luar biasa.
Kyrgyzstan pula adalah negara indah di Asia Tengah dengan pergunungan megah, tasik biru jernih, padang rumput luas, dan budaya nomad yang kaya.
Bumi Uzbekistan tidak asing lagi untuk diperkenalkan. Ianya merupakan negara tapak warisan dunia UNESCO. Kaya dengan senibina bangunan yang menakjubkan dari madrasah, makam,pusat pengajian Islam dan masjid yang penuh dengan sejarah dunia Islam.
Almaty : Bandar kosmopolitan dengan pemandangan pergunungan, taman indah, dan budaya yang kaya.
Symbulak : Resort ski terkenal dengan pemandangan salji, laluan ski, dan kemudahan rekreasi.
Green Bazaar: Pasar tempatan meriah menawarkan pelbagai produk segar, makanan, dan barangan tradisional.
Tashkent : Pengunjung berpeluang melawat ibu negara nya iaitu Tashkent yang pesat membangun dan membeli belah hasil tempatan di Bazar Chorsu. Anda boleh merasai makanan tradisional Uzbekistan yang lazat dan enak, seperti nasi plov, samsa, dan shashlik. Gunung Chimgan yang menghijau menjadi tempat popular untuk pengunjung yang inginkan ketenangan.
Samarkand: Bagi yang suka bergambar dan mengambil gambar, sememangnya kota Samarkand merupakan tempat yang tepat untuk anda berkarya. Mempunyai kepelbagaian etnik dan agama, di sini pengunjung boleh melawat masjid-masjid yang indah, istana, madrasah, muzium dan makam-makam yang bersejarah.
Skazka Canyon : Skazka Canyon dalam bahasa Rusia, perkataan Skazka bermaksud “Dongeng,” Di sini, anda berpeluang untuk merasai keindahan landskap pergunungan lapisan warna yang paling indah
Charyn Canyon: Formasi batuan spektakuler dengan pemandangan dramatik dan laluan mendaki.
Lake Kolsay & Kaindy : Tasik-tasik biru yang menakjubkan dengan hutan tenggelam dan laluan mendaki.
Djeti Oguz Gorge: Djety-Oguz dalam bahasa Kyrgyz bermaksud “Tujuh Lembu Jantan” – inilah nama yang diberikan oleh penduduk tempatan kepada lembah gunung yang dibentuk oleh sungai.
Issykul Lake: Salah satu tasik alpine terbesar dan terdalam di dunia. Dikelilingi oleh banjaran gunung Tien Shan, tasik ini kekal bebas ais sepanjang tahun, menjadikan namanya dalam bahasa Kyrgyz bermaksud “Tasik Hangat.”
Jyrgalan Valley : Sebuah lembah unik terletak di antara bukit-bukit hijau dan puncak tinggi di sebelah timur Kyrgyzstan, lembah Jyrgalan merupakan destinasi pelancongan pengembaraan yang semakin berkembang.
Bishkek :Bandar yang dirancang pada zaman Soviet; ia dibina dengan susun atur grid, jalan-jalan lebar yang diapit oleh terusan pengairan dan pokok-pokok besar, bangunan dan kompleks apartmen Soviet.
Tasik yang dikenali sebagai “Pearls of Tien Shan” oleh penduduk tempatan. Tasik ini terhasil kesan daripada tanah runtuh akibat pergerakan plat tektonik sekitar tahun 1887.
Symbulak Ski Resort merupakan resort ski terbesar di Central Asia. Ia terletak di Lembah Medeu berketinggian 2,200 meter dari aras laut.
Buat yang belum lagi mempunyai rezeki untuk ke US, ini dia peluangnya untuk menikmati keunikan canyon yang terhasil daripada hakisan angin & air. Canyon kat sini lebih kurang macam grand canyon di US tapi lebih kecil.
Dataran ikonik di Samarkand, Uzbekistan, dikelilingi madrasah bersejarah dengan seni bina Timurid, mozek indah, dan kubah biru memukau.
Kampung tradisional di Samarkand, Uzbekistan, terkenal dengan penghasilan karpet dan tenunan tangan, serta kehidupan dan budaya tempatan yang autentik.
Mausoleum bersejarah di Samarkand, Uzbekistan, tempat persemadian Emir Timur dan keluarganya, terkenal dengan seni bina megah dan mozek yang rumit
Restoran terkenal di Tashkent, Uzbekistan, menyajikan plov tradisional yang lezat, hidangan nasi beraroma dengan daging dan sayuran.
Kompleks bersejarah di Tashkent, Uzbekistan, dengan masjid, madrasah, dan makam Imam Khast, terkenal dengan seni bina Islam yang menawan dan ukiran halus. Dimana Quran mushaf Uthmani ditulis tangan.
Kompleks makam di Samarkand, Uzbekistan, terkenal dengan seni bina Islam yang rumit, mozek biru, dan sejarah berabad lamanya.
Perjalanan masuk ke Kaindy Lake dari Saty adalah engalaman menaiki UAZ, sejenis kenderaan pacuan 4 roda buatan Rusia dan kemudian bersambung terus ke tasik. Pilihan berkuda di tebing bukit menyajikan pemandangan gunung bertopikan salji.
Rasai pengalaman penternakan ikan trout sebesar lengan dan hidangan ikan yang segar. Ikan disini diternak dengan sumber air sungai yang sejuk dari pergunungan.
Tahukah anda daging disini disembelih segar sebelum dimasak? Ia menjadikan dagingnya tidak berbau hamis, ‘berbau kambing’ atau meloyakan. Sebaliknya ia sangat enak dan rasa kemanisan daging tersebut.
Sejak pembukaannya pada 1875, Green Bazaar menjadi pusat perniagaan utama yang menjual pelbagai barangan dari keperluan harian sehinggalah ke cenderahati.
Aktiviti untuk keluarga yang paling digemari oleh anak-anak dan juga ibubapa. Kita akan ke Chocolate Factory untuk merasai kesedapan coklat tempatan Kazakhstan.
Berpeluang mengenali kehidupan bangsa nomad dengan lebih dekat dengan tradisi penginapan mereka di yurt.
Formasi batuan merah megah, menyerupai tujuh ekor lembu, dengan pemandangan lembah hijau.
Canyon unik dengan formasi batuan berwarna-warni menyerupai landskap dongeng, menawarkan pemandangan dramatik dan laluan mendaki.
Salah satu tasik alpine terbesar dan terdalam di dunia. “Tasik Hangat” ini sesuai untuk piknik, bermain air atau boleh mandi sekiranya anda kental fizikal.







































































Berikut adalah cadangan itinerari perjalanan kembara.
International Flight Airasia KUL-ALA
Checked in Luggage 20kg
Domestic Flight + checked in Luggage 20kg
Private Chartered Transport
Entrance fees as per itinerary
Accommodations (Double) with Breakfast
Meal Plan as per itinerary
Airport Transfer
Train
Travel Insurance
Experienced Tour Leader
Eagle Hunters Show
National Park Entrance Fee
Drivers Expenses2025
October : Pelepasan setiap hari Rabu
November : Pelepasan setiap hari Rabu
Disember : Pelepasan minggu pertama
2026 (Tarikh Pelepasan)
7 & 21 January
4 February
15 & 29 April
6 & 13 April
9 & 23 Set
7 & 21 Oct
4 & 18 Nov
WhatsApp us