10 Hari 7 Malam
Edinburgh, Isle of Skye & Highland
Road trip ini membawa anda menyusuri keindahan alam semula jadi dan warisan budaya Scotland dalam tempoh 10 hari 7 malam, bermula dan berakhir di Edinburgh. Perjalanan dimulakan dengan eksplorasi kota bersejarah Edinburgh, termasuk Royal Mile dan Edinburgh Castle. Hari berikutnya membawa anda ke Loch Lomond dan Glencoe yang memukau dengan pemandangan gunung dan tasik yang menenangkan. Seterusnya, anda akan meneroka Loch Ness dan Eilean Donan Castle sebelum merentasi Skye Bridge ke Isle of Skye. Di Skye, anda akan mengunjungi tarikan ikonik seperti Old Man of Storr, Fairy Pools dan Quiraing. Perjalanan pulang melalui Glenfinnan Viaduct dan pekan kecil Pitlochry sebelum kembali ke Edinburgh. Sepanjang perjalanan, anda akan menikmati kombinasi landskap dramatik, perkampungan tradisional, laluan pemanduan yang indah serta peluang merasai budaya tempatan. Road trip ini sesuai untuk pencinta alam, sejarah dan fotografi.
Edinburgh : Sebagai ibu kota Scotland, Edinburgh menampilkan gabungan sejarah dan tradisi yang unik. Bandar ini terkenal dengan Istana Edinburgh yang terletak di atas bukit dan menawarkan pemandangan bandar yang luar biasa.
Isle of Skye : Isle of Skye terkenal dengan landskap dramatik, tebing tinggi, air terjun, dan mitos purba. Tarikan utamanya termasuk Old Man of Storr, Fairy Pools dan Quiraing yang memukau.
Highland Glencoe : Highland Glencoe merupakan salah satu destinasi semula jadi paling ikonik di Scotland. Lembah ini terkenal dengan landskap yang dramatik dan mempesona, menjadikannya tempat yang popular untuk aktiviti mendaki, fotografi, dan menikmati pemandangan alam.
Old Mann of Storr
Formasi batu unik di Isle of Skye, terkenal untuk hiking dan pemandangan matahari terbit yang sangat menakjubkan.
Kilt Rock & Meat Falls
Tebing batu menyerupai kilt Scotland dengan air terjun yang jatuh terus ke laut, pemandangan luar biasa.
Quiraing
Laluan pejalan kaki dengan landskap dramatik, bukit beralun dan tebing curam hasil pergerakan tanah purba yang menakjubkan.
Neist Point Lighthouse
Mercu tanda ikonik di hujung barat Skye, sesuai untuk melihat matahari terbenam dan ikan paus jika bernasib baik.
Glencoe: Lembah dramatik dengan gunung-gunung tinggi, popular untuk mendaki, fotografi, dan landskap alam yang mempesona.
Loch Lomond
Tasik terbesar di Britain, menawarkan pemandangan tenang, sukan air, dan kampung-kampung indah di tepi tasik.
Elien Donan Castle
Istana fotogenik di persimpangan tiga tasik, lokasi filem popular dan simbol klasik Scotland yang penuh sejarah.
Fort Augustus
Kampung cantik di tepi Terusan Caledonian, terkenal dengan pemandangan Loch Ness dan kunci terusan.
Loch Ness
Tasik legenda dengan kisah raksasa Nessie, menawarkan pemandangan indah dan lawatan berperahu yang menarik.
Edinburgh Castle
Istana bersejarah di puncak bukit, memberi pemandangan bandar indah dan sejarah yang kaya.
Royal Mile
Jalan berbatu bersejarah di Edinburgh, menghubungkan istana dengan istana, penuh kedai, muzium, dan kafe.
Glenfinnan Viaduct
Jambatan kereta api ikonik yang terkenal dalam filem Harry Potter, dengan pemandangan lembah dan tasik yang indah.












Berikut adalah cadangan itinerari perjalanan kembara. Tertakluk kepada perubahan.
✅ International flights KUL – EDINBURGH or GLASGOW
✅ Including check-in 23kg luggage
✅ Accommodation Hotel / Apartment / Guesthouse
✅ Double Room or Triple Room
✅ All airport transfers
✅ All local transport within the tour
✅ Including Fuel, Toll & Parking
✅ Experienced English / Malay speaking Tour Leader
✅ Travel Insurance
📌 Personal Expenses
📌 Driver Tipping GBP2/day/pax
📌 Personal Expenses
📌 Any meal plan
📌 Entrance Fee
WhatsApp us