11 Hari 8 Malam
Dublin, Manchester, Edinburgh
Dublin, ibu negara, menawarkan gabungan sejarah dan moden dengan tarikan seperti Trinity College dan Temple Bar. Di barat, Galway mempesona dengan suasana santai, muzik tradisional, dan keindahan Salthill Promenade. Cliffs of Moher yang megah di County Clare, dan keindahan semula jadi. Lake District pula terkenal dengan tasik-tasik indah dan laluan mendaki yang mengagumkan. Di Scotland, ibu kota Edinburgh menonjol dengan seni bina zaman pertengahan, istana megah, dan suasana seni yang hidup, manakala Glencoe memukau dengan lembah gunung berkabus yang dramatik — syurga untuk pencinta alam dan jurugambar.
Dublin terkenal dengan Temple Bar, Trinity College, menawarkan pengalaman sejarah, budaya, serta kehidupan malam yang meriah di ibu kota Ireland.
Cliffs of Moher menampilkan tebing dramatik setinggi 214 meter dengan pemandangan Lautan Atlantik yang memukau, menjadi tarikan alam paling ikonik di Ireland.
Killarney adalah destinasi yang mempesona dengan tasik, air terjun Torc, dan istana Muckross, menawarkan keindahan alam dan sejarah yang menakjubkan.
Lake District di England terkenal dengan tasik-tasik tenang, bukit hijau dan kampung tradisional. Tapak Warisan Dunia ini ideal untuk mendaki, bersiar-siar, dan menikmati alam semula jadi Inggeris.
Edinburgh, ibu kota Scotland, terkenal dengan Istana Edinburgh, Festival Fringe, dan seni bina zaman pertengahan. Gabungan budaya, sejarah dan pemandangan bukit menjadikannya bandar paling ikonik di Scotland.
Manchester ialah bandar moden di utara England, terkenal dengan bola sepak, muzik, seni jalanan, sejarah industri, dan membeli-belah. Ia juga menjadi pusat budaya dan inovasi yang berkembang pesat.
Ring of Kerry adalah laluan berpanorama sepanjang 179 km, menampilkan pantai, gunung, dan desa indah seperti Sneem serta Killarney National Park.
Kildare Outlet adalah syurga membeli-belah dengan jenama mewah, harga diskaun, dan suasana butik, menarik pengunjung untuk membeli-belah dalam gaya elegan.
Dingle Peninsula menawarkan pemandangan dramatik, pantai terpencil, laluan tepi laut Slea Head Drive, serta budaya Gaeltacht yang kaya dengan muzik dan bahasa Ireland.
Kemudahan penginapan sama ada hotel, homestay atau guest house. Jumlah penginapan adalah terhad dan tidak banyak pilihan dan berada di luar bandar dengan landskap yang menenangkan
Transport menggunakan MPV 9 seater. Kanak-kanak dianggap sebagai 1 seat seperti dewasa, dan diwajibkan memakai child seat (tambahan caj).
1 x Check-in Luggage 23kg
1 x Cabin Luggage 7kg
1 x Bag Personal Item (i.e hand bag, backpack, laptop)
Saiz luggage tidak melebih 26 inci. Ini penting dipatuhi kerana ruang MPV yang tidak besar.
Penyediaan makan untuk sepanjang perjalanan di bawah tanggungjawab peserta. Jika ada dapur di guesthouse, boleh digunakan untuk memasak.









Berikut adalah cadangan itinerari perjalanan kembara.
(Tertakluk kepada perubahan)
* Penerbangan jam 2100 Kuala Lumpur – Dublin.
Cliff of Moher dikunjungi lebih 1.6 juta pelancong, adalah tarikan nombor satu Ireland. Dengan tebing tinggi lebih 214 meter menghadap laut, ia dipelihara sebagai tapak warisan dunia UNESCO.
Perjalanan diteruskan bakal melalui lembah hijau dan tebing tinggi dan indah sebelum tiba ke Killarney.
International Flight KUL- DUB / EDI – KUL
Domestic Flight DUB – MAN
Checked in Luggage 23kg + 1 Cabin Luggage 7kg
Private Chartered Transport
Accommodations (Guesthouse / Hotel)
Airport Transfer
Travel Insurance
Experienced Tour Leader
Drivers ExpensesMAY 2026
1-11 May
NOVEMBER 2026
19- 29 Nov
WhatsApp us