14 Hari 11 Malam
South Iceland, Dublin
Selatan Iceland menawarkan pemandangan alam luar biasa dengan tarikan seperti Seljalandsfoss dan Skógafoss, Black Sand Beach di Reynisfjara, serta Jökulsárlón Glacier Lagoon. Laluan Golden Circle pula memberi peluang mengunjungi Þingvellir National Park dan Gullfoss. Ireland adalah sebuah pulau yang memukau dengan landskap hijau, sejarah kaya, dan budaya unik.
Dublin, ibu negara, menawarkan gabungan sejarah dan moden dengan tarikan seperti Trinity College dan Temple Bar. Di barat, Galway mempesona dengan suasana santai, muzik tradisional, dan keindahan Salthill Promenade. Cliffs of Moher yang megah di County Clare adalah salah satu tarikan alam terindah, menawarkan pemandangan Atlantik yang memukau.
Tapak bersejarah dan geologi penting, Þingvellir merupakan lokasi parlimen tertua dunia dan titik pertemuan plat tektonik Eurasia dan Amerika Utara, dikelilingi landskap dramatik.
Air terjun ikonik dengan aliran kuat yang terjun ke lembah, mencipta pemandangan menakjubkan. Gullfoss sering dihiasi pelangi pada hari cerah, menjadikannya tarikan fotografi utama.
Kawasan geoterma terkenal yang menampilkan Strokkur, geyser yang memuntahkan air panas setiap beberapa minit, memberi pengunjung pengalaman melihat fenomena semula jadi yang luar biasa.
Air terjun yang unik kerana pengunjung boleh berjalan di belakang alirannya. Panorama yang dihasilkan sangat fotogenik, menjadikannya tarikan popular dalam lawatan ke Iceland.
Salah satu air terjun terbesar di Iceland, dengan aliran air yang kuat dan pelangi yang kerap muncul. Pendakian ke puncak menawarkan pemandangan lembah dan sungai yang indah.
Pekan kecil berhampiran pantai pasir hitam Reynisfjara, terkenal dengan suasana tenang dan formasi batu Reynisdrangar yang menyerlah. Ia merupakan lokasi popular untuk menginap dan meneroka selatan Iceland.
Pantai dengan pasir hitam dan formasi batu basalt yang unik. Ombak kuat dan landskap dramatik menjadikan pantai ini salah satu lokasi fotografi paling ikonik di Iceland.
Ibu negara Iceland yang unik dengan mercu tanda seperti Hallgrímskirkja dan Harpa. Reykjavík menyajikan gabungan budaya Nordic, seni, dan suasana bandar yang mesra.
Aurora adalah fenomena cahaya alami yang terjadi apabila partikel bermuatan dari matahari bertemu dengan atmosfer bumi, menghasilkan cahaya hijau, ungu, dan merah yang menari di langit malam. menyaksikan aurora, terutama pada musim sejuk ketika langit lebih gelap.
Tasik glasier yang dipenuhi bongkah ais terapung dengan pemandangan indah. Lokasi ini berdekatan Skaftafell, taman nasional yang menawarkan laluan pendakian di sekitar gletser.
Pantai yang dipenuhi dengan bongkah ais yang terdampar di atas pasir hitam, mencipta kontras mempesona. Tempat ini menawarkan pemandangan unik yang sering dicari jurugambar.
Kawasan tebing yang menawarkan pemandangan laut luas, formasi gerbang laut besar, dan habitat burung puffin. Tempat ini sangat sesuai untuk menikmati panorama pantai selatan.
Dublin terkenal dengan Temple Bar, Trinity College, menawarkan pengalaman sejarah, budaya, serta kehidupan malam yang meriah di ibu kota Ireland.
Cliffs of Moher menampilkan tebing dramatik setinggi 214 meter dengan pemandangan Lautan Atlantik yang memukau, menjadi tarikan alam paling ikonik di Ireland.
Killarney adalah destinasi yang mempesona dengan tasik, air terjun Torc, dan istana Muckross, menawarkan keindahan alam dan sejarah yang menakjubkan.
Ring of Kerry adalah laluan berpanorama sepanjang 179 km, menampilkan pantai, gunung, dan desa indah seperti Sneem serta Killarney National Park.
Kildare Outlet adalah syurga membeli-belah dengan jenama mewah, harga diskaun, dan suasana butik, menarik pengunjung untuk membeli-belah dalam gaya elegan.
Dingle Peninsula menawarkan pemandangan dramatik, pantai terpencil, laluan tepi laut Slea Head Drive, serta budaya Gaeltacht yang kaya dengan muzik dan bahasa Ireland.
Kemudahan penginapan sama ada hotel, homestay atau guest house. Jumlah penginapan adalah terhad dan tidak banyak pilihan dan beada bukan di bandar dan kebanyakannya di luar bandar.
Transport menggunakan MPV 9 seater. Kanak-kanak dianggap sebagai 1 seat seperti dewasa, dan diwajibkan memakai child seat (tambahan caj).
1 x Check-in Luggage 23kg
1 x Cabin Luggage 7kg
1 x Bag Personal Item (i.e hand bag, backpack, laptop)
Saiz luggage tidak melebih 26 inci. Ini penting dipatuhi kerana ruang MPV yang tidak besar.
Penyediaan makan untuk sepanjang perjalanan di bawah tanggungjawab peserta. Jika ada dapur di guesthouse, boleh digunakan untuk memasak.












Berikut adalah cadangan itinerari perjalanan kembara.
(Tertakluk kepada perubahan)
* Penerbangan jam 2100 Kuala Lumpur – Reykjavik dengan transit di London.
Cliff of Moher dikunjungi lebih 1.6 juta pelancong, adalah tarikan nombor satu Ireland. Dengan tebing tinggi lebih 214 meter menghadap laut, ia dipelihara sebagai tapak warisan dunia UNESCO.
Perjalanan diteruskan bakal melalui lembah hijau dan tebing tinggi dan indah sebelum tiba ke Killarney.
International Flight KUL- London – KUL
Domestic Flight London – KEF – London
Domestic Flight London – Dublin
Checked in Luggage 23kg + 1 Cabin Luggage 7kg (International Flight)
Private Chartered Transport
Accommodations (Guesthouse / Cabin / Hotel)
Airport Transfer
Travel Insurance
Experienced Tour Leader
Drivers ExpensesNOVEMBER 2026
13-26 Nov
WhatsApp us