SWISS, GERMANY & AUSTRIA 10H7M
INFO KEMBARA
Small Group 7 pax
Flexible Itinerary
Nature & Outdoor
Perjalanan bermula dari Zurich, meneroka bandar cantik Lucerne sebelum menuju ke Lauterbrunnen dan Interlaken yang dikelilingi gunung dan air terjun Rheinfall. Kemudian ke Füssen di Jerman untuk melawat Neuschwanstein Castle. Perjalanan diteruskan ke Salzburg, Austria, dan Hallstatt yang indah. Hari terakhir kembali ke Zurich sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Road trip ini meliputi pemandangan alpine, bandar bersejarah dan lokasi ikonik dalam 10 hari 7 malam penuh pengalaman.
DESTINASI menarik
Lucern
Lucerne Old Town memukau dengan seni bina bersejarah, jalan berbatu, Chapel Bridge yang ikonik, dan Menara Air. Dikelilingi bangunan klasik, ia menggambarkan keindahan budaya Swiss.
Munich
Munich merupakan bandar besar di selatan Germany yang terkenal dengan Marienplatz, Allianz Arena dan industri BMW. Berjalan di bandar lama Munich, menyaksikan bandar lama dan pasar yang lively dengan aktiviti.
Isetwald
Isetwald merupakan perkampungan klasik berhadapan Brienz Lake menampilkan air biru turquoise yang jernih, dikelilingi gunung indah. Naik bot, berkayak, atau nikmati pemandangan lokasi filem Korea, Crash Landing on You!
Lauterbrunnen
Lauterbrunnen dikenali sebagai lembah air terjun, dengan Staubbach Falls dan Trümmelbach Falls. Kampung ini menawarkan pemandangan desa Alpine klasik dengan latar belakang gunung bersalji.
Hallstatt
Hallstatt, perkampungan tepi tasik di Austria, terkenal dengan pemandangan indah, rumah tradisional, dan lombong garam tertua di dunia. Keunikan landskapnya menjadikannya destinasi pelancongan terkenal dan Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Salzburg
Bandar kelahiran Mozart, kaya dengan seni bina baroque, taman Mirabell, dan suasana muzik klasik yang hidup.
Interlaken
Pekan yang tenang terkenal dengan aktiviti paragliding dengan berlatarbelakangkan pergunungan puncak Jungfrau, Monch dan Eiger antara kawasan glacier yang tercantik di Switzerland
Mount Titlis
Mount Titlis terkenal dengan glasier kekal, Titlis Rotair, dan Titlis Cliff Walk. Ia destinasi wajib untuk bermain salji, ski, serta menikmati panorama Alps.
Eibsee
Tasik di selatan German yang membiru, tenang untuk bersantai. Merupakan permulaan jika mahu naik ke puncak tertinggi German Zugspitze pada ketinggian 2,972 meter.
Rheinfall
Rhine Falls, air terjun terbesar di Eropah, menampilkan air deras yang mengagumkan. Pelancong boleh menaiki bot ke batu tengah untuk merasai kekuatan air terjun.
Neuschwanstein Castle
Neuschwanstein Castle di Jerman ialah istana dongeng dengan seni bina Romanesque Revival yang mengagumkan. Terletak di Bavaria, istana ini menjadi inspirasi Disney dan menawarkan pemandangan gunung serta lembah yang menakjubkan.
Zurich
Zurich ialah bandar terbesar Switzerland, terkenal dengan Old Town, Bahnhofstrasse untuk membeli-belah mewah, serta keindahan Lake Zurich. Ia pusat budaya, kewangan, dan seni Switzerland.
TRAVEL STYLE
SPECIAL SERVICE TERMS
Accommodation
Kemudahan penginapan sama ada hotel, homestay atau guest house di kawasan luar bandar. Jumlah penginapan adalah terhad tetapi menawarkan pengalaman unik.
Private Transport
Transport menggunakan MPV 9 seater. Kanak-kanak dianggap sebagai 1 seat seperti dewasa, dan diwajibkan memakai child seat.
Cabin Luggage
1 x Check-in Luggage
1 x Cabin Luggage
1 x Bag Personal Item (i.e hand bag, backpack, laptop)
Saiz luggage tidak melebih 26 inci. Ini penting dipatuhi kerana ruang MPV yang tidak besar.
Meal Plan
Penyediaan makan untuk sepanjang perjalanan di bawah tanggungjawab peserta. Jika ada dapur di guesthouse, boleh digunakan untuk memasak.
PERGI SENDIRI, PULANG IBARAT FAMILI









ITINERARI PUNCAK ALPS 9H7M
Berikut adalah cadangan itinerari perjalanan kembara.
(Tertakluk kepada perubahan)
Hari 1 : Penerbangan KUL - Munich
Perjalanan kita akan bermula dengan penerbangan dari K.Lumpur ke
Zurich.
Hari 2 : Tiba di Munich
- Tiba di Munich Airport
- Bergerak ke Lucerne
- Chapel Bridge & Old Town (tertakluk waktu ketibaan)
- Overnight: Lucerne
Hari 3 :Munich Town Tour
- Berjalan ke Mariezplat & Kaldstat
- Singgah di Viktualienmarket dan Munich Residence
- BWM Welt
Hari 4 : Hallstatt dan Salzburg
- Bertolak ke Hallstatt
- Jalan tepi tasik, bergambar di viewpoint terkenal
- Singgah di pekan Salzburg
Hari 5 : Neuschwanstein Castle & Eibsee
- Bertolak ke Füssen
- Berjalan di sekitar Garmish Partenkirchen, dan Zugspite & Eibsee
- Melihat keindahan kawasan Schwagau dari Neuschwanstein Castle
Hari 6 : Rheinfall, Lucerne
- Kita kunjungi air terjun terlebar di Eropah dan lihat pemandangan
dari atas istana sehingga ke jambatan yang merintangi sungai
tersebut. - Lihat bot kecil yang cuba menghampiri arus terjun yang
deras. Pengalaman berdiri 1 meter dari air terjun. - Berjalan di Old Town Lucernce
Hari 7 : Mount Titlis
- Kita akan menikmati keindahan Engelberg dan juga tarikan utama Mount Titlis yang akan membawa anda ke puncak.
- Aktiviti seperti sledging dan luncur salji disini (winter), tetapi awal jangan terlalu seronok kerana mungkin tergolek pula nanti.
Hari 8 : Interlaken & Lauterbrunnen
- Dua perkampungan tercantik tetapi jarang dilawati akan kita jelajahi hari ini.
- Minum Hot Chocolate di perkampungan yang dipenuhi air
terjun di Lauterbrunnen
Hari 9 : Zurich
- Check out
- Singgah di bandar Zurich
- Bersedia untuk pulang.
- Penerbangan pulang
Hari 10 : Ketibaan Kuala Lumpur
- Dijangka tiba di Kuala Lumpur
Inclusion
International Flight Return KUL- ZRH / MUN
Checked in Luggage + 1 Cabin Luggage
Private Chartered Transport
Accommodations (Guesthouse / Hotel)
Airport Transfer
Travel Insurance
Experienced Tour Leader
Drivers Expenses
Exclusion
- ❌ Meal Plan
- ❌ Entrance Fee
- ❌ Personal Expenses
- ❌ Driver Tipping (2026) EUR2/day/pax
*Itinerary boleh juga bermula dari Munich dan berakhir di Zurich.
HARgA PAKEJ
Dewasa
12 tahun ke atas-
Deposit RM500
-
Group Size Min 7 pax
(Surcaj Flight RM600 Cuti Sekolah)
Kanak-kanak
2 tahun ke atas-
Deposit RM500
-
Group Size Min 7 pax
Ground Service
Exclude Flight-
Deposit RM500
-
Group Size Min 7 pax
TARIKH KEMBARA
Tarikh Open Trip
DECEMBER 2025
4-13 Dec 2025
APRIL 2026
10-19 Apr
DECEMBER 2026
4-13 Dec
Check Availability & Deposit Payment
- Klik Check Availability untuk memeriksa jumlah seat yang masih ada
- Borang hanya boleh memproses pembayaran deposit sahaja.
- Bagi tujuan pembayaran lain, hubungi terus Travel Consultant.