DOLOMITES, MILAN, VENICE, SWISS 10H7M

INFO KEMBARA

10 Hari 7 Malam

Nature, Town & Island

KUL – MXP or KUL-ZRH

Small Group 7 pax

Flexible Itinerary

Nature & Outdoor

Milan, Venice, Dolomites, Seelisberg dan kawasan pergunungan Swiss menawarkan pengalaman pelancongan yang pelbagai dan menakjubkan. Milan, pusat fesyen Itali, menampilkan mercu tanda ikonik seperti Duomo dan Galleria Vittorio Emanuele II serta kehidupan bandar yang moden. Venice pula dikenali dengan terusan romantik, gondola, dan seni bina bersejarah di sekitar St. Mark’s Square. Tidak jauh dari situ, Dolomites memukau dengan pemandangan gunung dramatik yang sesuai untuk aktiviti mendaki, bermain ski dan fotografi alam. Merentasi sempadan ke Switzerland, Seelisberg merupakan sebuah perkampungan kecil yang indah menghadap Tasik Lucerne, menawarkan ketenangan semula jadi dan budaya Swiss yang autentik. Seluruh kawasan Switzerland pula terkenal dengan keindahan Alps, bandar-bandar bersih seperti Lucerne dan Interlaken, serta sistem pengangkutan awam yang efisien.

DESTINASI menarik

Dolomites Mountain Range

Dolomites ialah rangkaian gunung di utara Itali, terkenal dengan puncak dramatik, landskap indah, aktiviti ski dan hiking, serta kampung alpine yang memukau seperti Cortina dan Val Gardena.

Lago di Braies

Tasik alpine yang sangat fotogenik untuk berjalan santai atau menaiki bot kayu. Bergantung pada cuaca, berjalan sekitar tasik sangat healing dan cantik.

Tre Cime di Lavaredo

Nikmati pendakian ringan di Tre Cime di Lavaredo, kawasan puncak Dolomites yang ikonik dengan pemandangan menakjubkan. 3 puncak pergunungan ini, menjadi ikon pemandangan yang wajib bila ke Dolomites.

Perkampungan Lauterbrunnen

Lauterbrunnen dikenali sebagai lembah air terjun, dengan Staubbach Falls dan Trümmelbach Falls. Kampung ini menawarkan pemandangan desa Alpine klasik dengan latar belakang gunung bersalji.

Mount Titlis

Mount Titlis terkenal dengan glasier kekal, Titlis Rotair, dan Titlis Cliff Walk. Ia destinasi wajib untuk bermain salji, ski, serta menikmati panorama Alps.

 

Verzasca Valley

Verzasca Valley terletak di wilayah Ticino, Switzerland, terkenal dengan air sungai jernih kehijauan, jambatan batu Ponte dei Salti, dan landskap semula jadi yang menakjubkan. 

Seelisberg Lake

Seelisberg merupakan sebuah perkampungan kecil yang indah menghadap Tasik Lucerne, menawarkan ketenangan semula jadi dan budaya Swiss yang autentik.

Milan

Milan, pusat fesyen Itali, menampilkan Duomo di Milano yang megah, Galleria Vittorio Emanuele II yang ikonik, serta pentas opera La Scala. Bandar ini menggabungkan kemewahan, seni, dan warisan sejarah yang menawan.

Venice

Venice, kota terapung di Itali, terkenal dengan Grand Canal, gondola romantik, dan seni bina bersejarah seperti St. Mark’s Square dan Rialto Bridge. Keunikan terusan menjadikannya destinasi ikonik dunia.

TRAVEL STYLE

SPECIAL SERVICE TERMS

Accommodation

Kemudahan penginapan sama ada hotel, homestay atau guest house di kawasan luar bandar. Jumlah penginapan adalah terhad tetapi menawarkan pengalaman unik.

Private Transport

Transport menggunakan MPV 9 seater. Kanak-kanak dianggap sebagai 1 seat seperti dewasa, dan diwajibkan memakai child seat.

Cabin Luggage

1 x Check-in Luggage 
1 x Cabin Luggage
1 x Bag Personal Item (i.e hand bag, backpack, laptop)

Saiz luggage tidak melebih 26 inci. Ini penting dipatuhi kerana ruang MPV yang tidak besar. 

Meal Plan

Penyediaan makan untuk sepanjang perjalanan di bawah tanggungjawab peserta.  Jika ada dapur di guesthouse, boleh digunakan untuk memasak. 

PERGI SENDIRI, PULANG IBARAT FAMILI

ITINERARI DOLOMITES, MILAN, VENICE & SWISS 10H7M

Berikut adalah cadangan itinerari perjalanan kembara.
(Tertakluk kepada perubahan)

Hari 1 : Penerbangan KUL - Milan

Perjalanan kita akan bermula dengan penerbangan dari K.Lumpur ke
Milan.  

Hari 2 : Hari Ketibaan Milan

  • Kapten / Tour Leader akan menunggu di airport untuk bawa
    berjalan ke bandar Milan sebelum terus ke penginapan
  • Tertakluk kepada masa ketibaan penerbangan, kita akan berjalan-jalan di bandar Milan.

Hari 3 :Venice Day Trip

  • Bertolak ke Venice
  • Mulakan lawatan dengan bersiar-siar di Piazza San Marco serta melawat Basilica di San Marco dan Doge’s Palace. 
  • Nikmati gondola ride atau berjalan di Jambatan Rialto. 
  • Jelajah jalan kecil Venice yang penuh dengan butik unik.

Hari 4 : Dolomites Day 1

  • Bertolak dari Venice awal pagi menuju ke Cortina d’Ampezzo, bandar peranginan gunung yang terkenal.
  • Seterusnya, nikmati pendakian ringan di Tre Cime di Lavaredo, kawasan puncak Dolomites yang ikonik dengan pemandangan menakjubkan.
  • Petangnya diteruskan ke Lago di Braies, tasik alpine yang sangat fotogenik untuk berjalan santai atau menaiki bot kayu.

Hari 5 : Dolomites Day 2, Lake Garda

  • Mulakan pagi dengan lawatan ke Lago di Carezza, tasik kecil dengan refleksi indah gunung Dolomites.
  • Kemudian teruskan ke Alpe di Siusi, dataran tinggi tertinggi di Eropah untuk berjalan santai sambil menikmati landskap padang rumput dan puncak berbatu.
  • Selepas makan tengah hari, teruskan perjalanan ke Bolzano dan akhirnya tiba di Lake Garda pada waktu petang

Hari 6 : Verzasca Valley

  • Kita akan menikmati ketenangan kampung-kampung tradisional Swiss yang masih terpelihara
  • Terkenal dengan air sungai jernih kehijauan, jambatan batu Ponte dei Salti, dan landskap semula jadi yang menakjubkan. 
  • Berhenti di perkampungan Seelisberg dan nikmati pemandangan damai tasik.

Hari 7 : Mt Titlis / Seelisburg Lake

  • Mount Titlis terkenal dengan glasier kekal, Titlis Rotair, dan Titlis Cliff Walk. 
  • Ia destinasi wajib untuk pemandangan pergunungan Swiss, bermain salji, ski, serta menikmati panorama Alps.
  • Jika cuaca tidak mengizinkan, kita akan berjalan di Old Town Lucerne atau Seelisburg Lake

Hari 8 : Lauterbrunnen

  • Lauterbrunnen dikenali sebagai lembah air terjun, dengan Staubbach Falls dan Trümmelbach Falls.
  • Kampung ini menawarkan pemandangan desa Alpine klasik dengan latar belakang gunung bersalji.
  • Dinobatkan antara perkampungan yang tercantik di Switzerland. Dengan airterjun dan lembah indah, memang mudah jatuh cinta disini.

Hari 9 : Penerbangan Pulang

  • Tertakluk kepada masa penerbangan, kita akan bersiar-siar 
  • Penerbangan pulang

Hari 10 : Ketibaan Kuala Lumpur

  • Dijangka tiba di Kuala Lumpur

Nota

  • Perjalanan akan merentasi kawasan pergunungan
  • Aktiviti tertakluk kepada cuaca dan musim.
  • Masa perjalanan tertakluk kepada cuaca dan jadual keretapi kenderaan
  • Itinerary alternatif boleh bermula dari Zurich.

Inclusion

  • ✅ International Flight Return KUL- MXP
  • ✅ Checked in Luggage + 1 Cabin Luggage 
  • ✅ Private Chartered Transport
  • ✅ Accommodations (Guesthouse / Hotel)
  • ✅ Airport Transfer
  • ✅ Car Train
  • ✅ Travel Insurance
  • ✅ Experienced Tour Leader
  • ✅ Drivers Expenses

Exclusion

  • ❌ Meal Plan
  • ❌ Entrance Fee
  • ❌ Personal Expenses
  • ❌ Driver Tipping EUR2/day/pax (2026)

HARgA PAKEJ

Dewasa

12 tahun ke atas
MYR 10,780 / pax
  • Deposit RM500
  • Group Size Min 7 pax
Popular

Kanak-kanak

2 tahun ke atas
MYR 10,280 / pax
  • Deposit RM500
  • Group Size Min 7 pax
FAMILI

Ground Service

Exclude Flight
MYR 8,780 / pax
  • Deposit RM500
  • Group Size Min 7 pax
D.I.Y

TARIKH KEMBARA

Tarikh Open Trip

FEBRUARY 2026
4 – 13 Feb 2026

OCTOBER 2026
4-13 Oct

Check Availability & Deposit Payment

  • Klik Check Availability untuk memeriksa jumlah seat yang masih ada
  • Borang hanya boleh memproses pembayaran deposit sahaja.
  • Bagi tujuan pembayaran lain, hubungi terus Travel Consultant.
INGIN BUAT TEMPAHAN?

TRAVEL CONSULTANT SEDIA MEMBANTU

ISIKAN BORANG TEMPAHAN
(DAN KAMI AKAN HUBUNGI MELALUI WHATSAPP)